Pages

Followers

Friday, August 12

BEAUTIFUL IS TWO

Assalamualaikum w.b.t.

I hope you all are having a splendid time fasting in the holy month of Ramadhan. :)

Class Assignment.
DURING the English class, the teacher asks the class to define the word beauty based on the quote given by her. And the quotation my group received was, “It is better to be beautiful than good. But it is better to be good than ugly.”

WE, the magnificent creation of Allah s.w.t. are made with the desire to adore anything beautiful. But what is beautiful? O. o

WELL, from my point of view, beautiful is about having a well-mixed combination of nice appearance and nice attitude. Beautiful can’t stand only by having a wonderful physical appearance but it must be accompanied by having a nice manner too.

Theory of K: Beautiful is Two.
TO make a long entry short, I present you (drum roll) from the mathematical point of view, under the theory of K*: Beautiful Is Two.

Given appearance=1 and attitude=1.
So,
Beautiful = Appearance + Attitude → 1+1 = 2
Ugly = - Appearance + (- Attitude) → -1+(-1) = -2
Good = ± Appearance + Attitude → ±1+1 = 0* or 2
Bad = ± Appearance + (- Attitude) → ±1+(-1) = 0 or -2

We can conclude that,
Beautiful ≥ Good ≥ Bad ≥ Ugly

Why both bad and ugly shares the value of -2?
Let, Attitude =Akhlak = Extreme value.
We can deduce that, without akhlak, value of the person itself is very low. 
So, let us all improve our akhlak based on the holy Quran and As-Sunnah. :)

(* by havin’ the value 0, I didn’t mean that a good person is a zero person. It’s just a numerical value though.)

p/s: For your information, now (upon this entry is written) we are in the second phase of Ramadhan; the phase of forgiveness. So, grab this golden chance to purify our sins and wrongdoings. :D

Saturday, August 6

MEMBINA ASAS 'KLCC'.

Assalamualaikum w.b.t.

HEH, aku ada soalan. Korang pernah pergi KLCC tak? Paling kurang pun, korang tahu tak KLCC ni makhluk apa? Yep, aku confirm the majority of us kenal and tahu apa itu KLCC. KLCC ni singkatan kepada Kuala Lumpur Convention Centre, menara berkembar tertinggi kat dunia.
"WHAT?! Tertinggi kat dunia?!"

YEP. Tertinggi kat dunia la, bro. Ko tak tahu ke? Tak percaya? Okay. Give me a name of any tallest twin towers in the world. Tak ada kan? Kat Malaysia je ada stok menara berkembar yang tertinggi ni. Hebat tak? Well, tu muqadimmah je. Pembukaan atau pun intro entri kali ni. Jom! Kita masuk the main topic for this entry, which is ‘Membina Asas KLCC’

BEFORE this, aku ada join something macam gathering yang membicarakan tentang pembinaan KLCC. Bila aku dengar pasal ni, aku rasa macam ‘‘WOW! Cool giler.’’ So, that’s why aku nak sangat sangat share pasal benda ni dengan korang semua.


TAHUKAH korang asas atau foundation kepada KLCC ne telah disiapkan dalam masa kurang lebih 3 tahun. Hasil usaha mat indon, bangla dan yang seantero dengannya, tercatatlah nama Malaysia kat atas peta dunia. Dan bermulalah era nama Malaysia disebut-sebut oleh pelancong asing dengan frekuensi yang agak tinggi.

MACAM mana? Kagum tak?

THEN, bergerombolan lah manusia dari segenap pelosok dunia datang ke Malaysia. Datang bergembira dan shopping kat Suria KLCC. Tak lupa jugak ada yang bergambar berlatar belakangkan KLCC. Mereka memuji-muji, “Wow! Hebatnya!” “Tingginya menara ni!” “Dasyat! Dasyat!” “Hensem nya penulis blog ni!” Okay. Hanya gurauan di situ. =.='

KEMBALI serious.

MOST of us akan berasa bangga dan kembang hidungnya tatkala mendengar pelancong memuji gahnya KLCC. Eleh, jangan tipu aku la. Korang mesti ada rasa bangga kan? At least, korang akan ada secamca rasa bangga dalam diri korang.

TAPI berapa ramai di kalangan kita yang bangga akan usaha sama pembancuh simen serta pemandu lori yang keluar masuk dari tapak pembinaan tu? I guess none of us actually appreciate their efforts in making our country stands tall. Seriously, tak akan ada pelancong yang datang KLCC semata-mata untuk bergambar dengan buruh binaan yang membina KLCC.

AND how many of us, Malaysian, are willingly to work, constructing the tallest twin tower, KLCC itself? You know, starting from the foundation and so on. Maybe there are some of us will say “Yes, I will” but I’m sure lebih ramai yang prefer hanya melihat orang lain berusaha membangunkannya.

BETUL tak? Korang tak rasa lain macam ke bila negara kita menempa nama daripada usaha orang lain? Tak mahu kah kita menjadi sebahagian dari usaha tersebut? Adakah kita lebih gembira dengan hanya menjadi spektator? But wait! That is not the issue!

THE issue is berapa ramai daripada kita yang bangga akan usaha para sahabat dan Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan syiar Islam? Berapa ramai dari kita yang willingly membina asas agama di kalangan komuniti tanah tumpahnya darah ku ni. Eh, macam dah off-topic je.

SERIOUS ni. Korang pernah terfikir tak?

KLCC itu dibina dengan asas yang sangat kukuh. Islam juga begitu. Tanpa asas yang kukuh, takda nya korang berpeluang berbinkan atau berbintikan ayah korang. Mungkin, Islam itu sendiri tak akan sampai kat Tanah Melayu. Amacam? Logik jugak kan?

MENGIKUT pandangan mata rabun aku lah kan, kat Malaysia ni macam dah huru-hara. Orang Terengganu cakap, “Berat sunggoh. Dok leh nok wat mende doh.” Islam itu hanya pada nama (ayat klise kan) tapi inilah hakikatnya.

TAKKAN lah kita nak tunggu Islam ni naik dengan tiba-tiba je kan. Tak mahukah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang berusaha meletakkan Islam di tempatnya? Persoalannya, adakah kita hanya mampu berpeluk tubuh?

Apakah peranan kita?
NAQIB aku cakap, “First thing, or at least apa yang kita boleh buat adalah dengan menjadi seorang individu muslim. Seterusnya, mengajak orang lain agar terbentuknya komuniti muslim. Dengan kelompok individu muslim ni lah (insyaAllah) akan terbentuknya foundation Islam kat Malaysia.”
Jom! Kita tarbiyah diri kita untuk jadi muslim yang super hebat. Jom! Jom!

p/s: Semangat sedang menyala-nyala setelah ditiup-tiup ketika sesi perkongsian tadi. Tu pasal la entri panjang sedepa. :)

Friday, August 5

TETAMU RAMADHAN?

Assalamualaikum w.b.t.

Hai, semua manusia pembaca. Aku harap korang masih mampu senyum lebar-lebar sambil membaca entri sulung di bulan Ramadhan ni. Hari ni aku nak ajak korang berfikir dengan aku.­ Dah sedia? Cepat! Jawab soalan ni: “Kita tetamu Ramadhan atau Ramadhan tetamu kita?”

Anda pening? Confuse? Keliru? Okay. Rilek lu. Meh, kita sama-sama faham erti tetamu. Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain samada dijemput atau tidak dijemput.

So, dari pandangan minda korang kan, agak-agak sape yang datang kat sape? Ramadhan datang kat kita atau kita datang kat Ramadhan? Ketahuilah walaupun kita tak berniat nak berjumpa dengan Ramadhan, Ramadhan akan tetap datang seperti yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Nyata di sini, Ramadhan sepatutnya dianggap sebagai tetamu VVVIP kepada kita sebagai muslim yang sejati. Rugilah muslim yang membenci kehadiran bulan ni. Betul tak?

Dan tetamu ni terbahagi kepada dua kelompok pulak.
1. Tetamu yang diundang- manusia yang di ajak atau di jemput singgah ke rumah kita.
2. Tetamu yang x diundang- manusia yang tiba-tiba datang kat rumah kita.

Depending on the person itself, ada orang akan anggap Ramadhan ni sebagai tetamu yang diundang dan of course akan ada minoriti menganggapnya sebagai tetamu yang xdiundang. Na’uzubillah. Tapi kita kena tahu. Melayan tetamu yang datang adalah sesuatu yang wajib.

Cuba anda bayangkan…

Anda telah singgah ke rumah sahabat anda. Anda masuk dan terus ke dapur untuk menyiapkan sedikit makanan dan minuman. Seterusnya, anda menghidangkannya dan melahapnya bersama sahabat anda. Then, setelah selesai makan dan minum, anda membasuh pinggan mangkuk yang digunakan dengan bersungguh-sungguh, bersalaman dan terus beredar pulang.

Eh, tak pelik ke?

Anda adalah tetamu tetapi anda pula yang terpaksa bertungkus-lumus melayan tuan rumah. The concept is certainly not right. Sebetulnya, tuan rumah lah yang perlu melayan tetamu dan bukan sebaliknya.

Logik akalnya, kita lah yang bertanggungjawab melayan (menghidupkan) Ramadhan dengan cara beribadat. Kita lah yang kena bertungkus lumus menyambut dan meraikannya bukan sekadar membiarkan tetamu itu berlalu pergi tanpa sebarang endah.

Dapat kita sama-sama simpulkan kat sini bahawa kita perlu berusaha untuk menghayati bulan yang mulia ni. Janganlah just mengharapkan bulan Ramadhan ni datang untuk mentarbiyah kita tapi berusaha lah untuk mengtarbiyah diri sendiri melaluinya.

Jom jom! Kita hayati bulan Ramadhan, bulan padat dengan barakah berganda-ganda.

Eh eh, jap! One last simple reminder question for you guys. Tatkala azan Maghrib berkumandang, yang mana satu terlintas kat hati korang?
(a) “Yeay! Dah berbuka! Sikit je lagi then dah raya. Yeay!” atau
(b) “Eh, dah berbuka ke? Alamak, cepatnya Ramadhan kali ni.”

Renung-renungkan, jangan sampai termenung. Bye. :)

p/s: for those bloggers I’m following; im sorry for not leaving any comment in your entries lately. Internet kat sini lambat. Hanya sesuai untuk meng‘update’ blog sahaja.