Pages

Followers

Saturday, November 8

New Beginning

This entry will be the mark of my new beginning. Thank you :)


Cinta itu sebuah komitmen

Love is to commit :)

***

Mencintai sesuatu mahupun seseorang adalah bermakna kebersediaan untuk melakukan apa jua demi perkara tersebut:

Seorang ayah yang cintakan anaknya sanggup berhempas pulas mencari rezeki. Seorang kekasih yang cintakan buah hatinya sanggup menjadi pendengar dan peneman yang setia. Seorang anak yang cintakan orang tuanya sanggup mengorbankan kepentingan jiwa mudanya. Seorang hamba yang cinta pada Tuannya sanggup menggadaikan diri dan jiwa raganya.

Begitulah.

***

Cinta pada hakikatnya adalah satu elemen yang putih suci. Namun, sangat mengecewakan bilamana cinta itu disalaherti dan langsung dikotorkan dengan perkara-perkara yang mengotorkan. Hal ini berlaku bilamana definisi cinta yang dipegang itu sendiri adalah tidak tepat.

Cinta itu adalah komitmen. Jelas.

Ia menuntut pengorbanan. Baik dari segi masa, tenaga, mahupun emosi.

Dari sudut masa. Cinta itu adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Dari sudut tenaga. Cinta itu sentiasa menuntut keringat tulang empat kerat. Dari sudut emosi. Cinta itu memerlukan agar kita bertindak berdasarkan upaya fikir dan bukan sekadar ikutan emosi.

***

Sebelum kau benar ingin bercinta, fahamilah, fikirkanlah, renungkanlah dan hayatilah pemaknaan cinta yang sebenar-benarnya.

enonimes: Cinta itu jelas buta dan membutakan... jika dipandu nafsu semata-mata.

Thursday, June 19

Input, process, output hoi hoi!

Tengah kemas bilik. Terjumpa buku warna kuning; buku nota lama.

Rehat jap. Duduk atas katil. Belek-belek buku.

Dalam tu ada banyak nota. Macam-macam ada. Bercampur.

Paling best, ada nota time liqo’ dulu. *senyum*

***

Vending machine.

Ini kiranya, contoh paling senang ah kalau kita-kita yang noob bab-bab cenggini nak faham input, process dan output tu apakebenda.

Masuk duit itu input.

Mesin buat bunyik gedegung gedegang itu process.

Dan tin minuman keluar kat bawah tu adalah output.

Mudah. Ringkas.

***

Aku kira dalam Islam ada tiga perkara utama yakni akidah, ibadah dan akhlak.

Ringkas cerita:

Akidah itu adalah input.

Ibadah itu adalah process.

Dan akhlak itu adalah output.

***

Demi hari kefahaman terhadap Islam pada kita akan semakin menebal dan membanyak. Namun, ia tak bawa sebarang makna jika tiada ibadah yang terbuah daripadanya. Juga, ia tidak bawa makna jika kualiti ibadah kita masih di takuk lama; yakni masih sama dengan ketika kita tidak tahu apa-apa.

Sesuatu yang kita silap pandang.

Ibadah yang sahih itu bukan lah output kepada akidah yang sejahtera. Ia hanyalah satu process untuk menuju akhlak yang sempurna. Kerana jika kita pandang ibadah itu sebagai titik akhir (output), apa pula process nya?

Juga, bila kita pandang ibadah itu titik akhir, secara otomatiknya kita akan tergesa-gesa untuk baiki kefahaman kita terhadap Islam (input); baca buku itu dan baca buku ini dan sampai bila-bila pun ia tak akan pernah mencukupi. Sehingga tiba satu detik, kita rasa muak dan bermalasan.

***

Sepertimana vending machine, tiap wang yang diterima (input) akan di ‘gedegang gedegung’ kan (process) sehingga terkeluarnya tin minuman (output). Kita sumbatlah sebanyak mana pun duit kepadanya, jika tiada process terlakukan, ada mungkin mesin itu akan rosak, meletup KEBABOM!

Begitulah.

Baiki amal kita! Pertingkatkan kualiti!

***

Perlahan-lahan aku tutup buku.

Letak tepi.

Teringat waktu usroh dulu. *senyum sorang-sorang*

Tengok jam. Sudah mahu masuk Zuhr.

Tutup lampu, tutup kipas.

Dan berlalu pergi…

enonimes: Input, process, output. Input, process, output hoi hoi!