Assalamualaikum wbt
Saya benar-benar berharap anda sedang tersenyum riang ria gembira pada ketika ini. Kerana, saya sendiri sedang tersenyum. Jadi, mari kita tersenyum beramai-ramai, 1,2,3. Senyummm! :)
Berukhuwah sebentar di hadapan mimbar
Baru-baru ini seusai solat fardhu Maghrib berjemaah di Surau An-Nur, saya dan ikhwan yang lain telah berbual seketika. Bermesra, berbicara tentang apa-apa topik yang terlintas di dalam kepala otak kami. Seronok sebab sudah lama saya tidak berpeluang bersembang bersama mereka. Apa boleh buat, diri ini selalu disibukkan dengan perihal keduniaan.
Namun, apa yang pada kiraan saya agak menarik adalah satu isu yang dibangkitkan dengan secara yang amat tiba-tiba oleh seorang ikhwah. Hehe. Isunya adalah berkenaan rakan lamanya yang sering kali mempersoalkan perihal keagamaan. “Kenapa Rasul itu lelaki?’’ “Kenapa solat fardhu Maghrib perlu 3 rakaat?” dan pelbagai lagi soalan yang berkaitan.
Kata ikhwah ini, "Tidak perlulah bertanyakan soalan bodoh seperti ini. Tiada manfaat langsung. Bukan dapat top-up iman pun. Buang masa je. Aku rasa nak je tumbuk muka member aku tu. Selalu je tanya soalan pelik-pelik macam tu. Tak puas hati betul lah." Er. Mungkin ada sedikit tokok tambah di situ tapi saya yakin lagi pasti anda nampak point nya, kan?
Saya bukan tidak setuju dengan pendapat ikhwah tersebut, juga tidak pula saya bersetuju bulat-bulat dengannya. Cuma sifat saya yang amat suka membangkang dan memberontak memaksa saya untuk berfikir di luar kotak. Jadi, anda bebas untuk menyokong pendapat saya atau membangkangnya dengan senang hati.
Soalan bodoh atau jawapan bodoh
Pada pemikiran tahap biasa-biasa je, saya berasa agak terkilan dengan pendapat ikhwah tersebut. ‘Kenapa perlu condemn mereka yang tak tahu?’ satu persoalan menerjah. ‘Bukankah bersikap ingin tahu lebih itu bagus dan fitrah bagi seluruh umat manusia?’ Hmm. Persoalan yang ingin saya ketengahkan ialah, “Wujudkah soalan yang bodoh?”
Dr Harlina, pakar motivasi dan pensyarah dari HUKM, ketika slotnya bersama pelajar Kolej MARA Banting pernah berkata, “Ask me anything. There is no such thing as stupid question but stupid answer.” Masih segar kata-kata tersebut dalam kotak pemikiran saya. Ada siapa-siapa yang nak bangkang tak? Hehe.
Jika diaplikasikan kata-kata beliau dalam siri cerita kehidupan kita, memang tak wujudlah soalan yang bodoh. Kerana itu adalah hak mereka yang tidak tahu untuk bertanya, menuntut kefahaman dari orang yang tahu. Tidak adil dan zalim lah andai kita membenci golongan seperti ini. Ya, mungkin acap kali persoalan yang di tanya agak ekstrim dan HL untuk dijawab. Tapi, itu memang hak mereka.
Jadi, apa pula yang dikatakan sebagai jawapan yang bodoh? Jawapan yang bodoh, dapat disandarkan pada cara kita memberi respon terhadap soalan ‘bodoh’ yang diaju kepada kita. Contoh jawapan-jawapan bodoh adalah dengan mencemuh mereka dengan kata-kata kesat, bertindak agresif menggunakan fizikal dan mempersendakan mereka.
Jangan malu berkata tidak tahu
Adakah soalan ‘bodoh’ ini perlu dibalas dengan jawapan yang bodoh? Tidak! Seorang manusia yang berilmu tidak sepatutnya menjawab dengan jahil. Sebaliknya, jawablah dengan penuh hikmah dan bimbingan. Mereka tidak tahu dan menjadi tanggungjawab kita untuk memberi tahu.
Adakah soalan ‘bodoh’ ini perlu dibalas dengan jawapan yang bodoh? Tidak! Seorang manusia yang berilmu tidak sepatutnya menjawab dengan jahil. Sebaliknya, jawablah dengan penuh hikmah dan bimbingan. Mereka tidak tahu dan menjadi tanggungjawab kita untuk memberi tahu.
Saya yakin terkadang, mereka akan bertanya soalan tahap ultra mega super giga susah payah untuk dijawab. Andai kata kita tidak punya jawapan yang tepat, usahlah segan tersipu malu-malu kucing Parsi untuk berkata, “Maaf, saya tidak tahu.” Ketahuilah tidak tahu itu juga ilmu. InsyaAllah itu adalah lebih baik.
Masalahnya, (mungkin) sudah menjadi norma masyarakat apabila ditanya soalan yang ‘pelik-pelik’ begini, masyarakat akan sama ada memandai-mandai menjawab atau menjadi marah kerana kelihatan seperti orang bodoh lah katanya. Percayalah, tiada apa yang perlu di malukan untuk mengaku tidak tahu. Percayalah!
Memberi hidayah tugas siapa?
Persoalan kedua yang turut merayau-rayau dalam benak fikiran saya adalah, “Adakah dengan bertanya soalan ‘bodoh’ tidak dapat menambahkan keimanan?” Hmm. Pada saya, iman, taufiq dan hidayah itu milik Allah. Mungkin tampak tiada releven tapi itulah hakikatnya, hidayah itu milik Allah.
Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
- Surah Al-Qasas ayat 56.
Mungkin sahaja mereka-mereka ini akan ditambah keimanan mereka. Mungkin juga tidak. Tapi itu bukan soalnya. Matlamat berdakwah adalah menyampaikan dan mendidik BUKAN bertujuan untuk memberi hidayah. Kerana memberi hidayah itu adalah BUKAN urusan kita. Suka saya ingatkan, hidayah itu milik Allah, dan hidayah itu hanya diberikan kepada manusia yang terpilh SAHAJA. Wallahu’alam. :)
“There is no such thing as stupid questions but stupid answers.”
No comments:
Post a Comment