Pages

Followers

Monday, March 12

Ayuh Produktiviti!

Assalamualaikum w.b.t. 


Alhamdulillah, program Nadwah Islamiah kat kolej aku dah selesai. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam usaha sama menjayakan program tersebut. Terasa diri amat letih. Tapi yang paling seronok, hari ni, bermulalah cuti pertengahan semester selama seminggu. Yeay! xD

Tapi.. 

“Assignments aku ada banyak kowt. Mana sempat nak siap dalam masa seminggu ni. Haih. Tak bercuti la aku nampaknya. :( ” 

Hey, kamu! Bercuti tak bermaksud membolehkan kita makan free sambil goyang-goyang kaki. Tak boleh goyang-goyang tahu. Ini perkara serius. Hurm. Tarik nafas panjang-panjang dan hembus perlahan-lahan. Gosok-gosok mata dan teruskan menolis. 

Kecewa. Aku benar kecewa pabila terbaca status mereka-mereka yang melayan cuti bagaikan masa untuk tidur, main game dan goyang-goyang kaki. Lebih kecewa pabila terbaca ada di antara mereka yang marah dan fed up dengan tugasan yang tersedia oleh pihak akademik. Ya, aku juga pernah tergolong dalam golongan itu. Tidak akan aku nafikan ia. 

Setiap kali tiba musim cuti, pasti hati ini akan memberontak tidak mahu melaksanakan segala apa kerja yang dipertanggungjawabkan. Hey! Ini bukan perangai seorang muslim yang kool. Seorang muslim yang kool pasti akan menjalankan amanah yang diberi tanpa rasa terbeban. Jika rasa terbeban, mungkin perlu untuk kita analisa apa niat kita? Mungkin aku perlu koreksi diri. Hmm. 

Adakah cuti untuk berehat?
Tiba-tiba aku terfikir, ‘Kenapa perlu ada cuti?’ ‘Apa tujuan sebenar tersedianya cuti untuk kita ya?’ Hurm. Tak logik jika dikhabarkan, cuti itu ada untuk manusia rehat dengan hati yang senang-lenang gembira riang. Tak logik juga andai kata aku katakan cuti itu tersedia untuk manusia melupakan tekanan di waktu pekerjaan. Lagi lah tak logik jika dikatakan cuti ini memang tersedia khas untuk anda membaca blog saya. Eh? 

Jika benar lah logik saya di atas, pasti tiada tugasan yang perlu dibungkus dan dibawa balik ke rumah. Pasti tiada siapa yang menggangu kita untuk berehat makan Kit-Kat sambil goyang-goyang kaki menonton movie. Pasti! Tapi realitinya, kita pasti disogok dengan tugasan dari setiap penjuru pabila tibanya musim cuti. Jadi, kenapa perlu ada cuti ya? 

Kesimpulan kecil yang boleh saya katakana di sini adalah, cuti bukan untuk berehat dan bersenang-lenang tahu. 

Apa guna cuti?
Jika bukan untuk berehat untuk apa ya ada cuti ni? Secara peribadi, aku rasakan cuti ini tercipta bukan tujuan untuk berehat tapi dengan maksud menyempurnakan perkara lain-lain yang belum selesai. Contohnya, tugasan membuat passport untuk ke Kemboja, tugasan untuk gunting rambut yang panjang dan untuk berjumpa kedua emak ayah tercinta. Woah! 

Ingat ya, cuti bukan tersedia untuk berehat secara total. Bila difikirkan kembali, rata-rata pemuda pada masa kini menganggap cuti sebagai medan bersuka ria berkiblatkan hedonisme. Persoalannya, kenapakah perkara seperti ini berlaku? Jawapannya adalah kerana ketiadaan tujuan yang jelas dan ketiadaan pendedahan mengenai maksud cuti yang sebenar. 

Jika kita benar-benar komited untuk menjadi muslim yang kool, pasti kita sedar bahwa cuti yang sebenarnya bermula tatkala kaki ini melangkah masuk ke dalam syurga. Di ketika itulah, hakikat percutian yang sebenarnya. Tiada lagi tugasan atau assignments yang membukit. Hanya ada indahnya nikmat hidup bertuhankan Allah Azza Wa Jalla. Wallahu’alam. 

Ayuh! Jom kita betulkan niat bercuti! Jom tingkatkan produktiviti sebagai seorang muslim kool yang sejati. Oh, ya. Sebelum mengakhiri penulisan kali ini, ingin saya kongsikan satu video yang amat seronok untuk dilihat. InsyaAllah anda akan belajar suatu perkara yang amat berguna. Sila klik link di bawah. 


Dengan itu, saya berundur diri untuk menyempurnakan semuanya yang tersedia. Ayuh, produktiviti! :D

[ Nota kaki: Akhirnya, hajat untuk makan satay telah sempurna. Alhamdulillah. ]

1 comment:

  1. Hey, it's very true.
    Walaupun kita dpt cuti apapun, kita xboleh panggil itu sebagai 'rehat'. Sebagai seorg muslim, 'mati' baru bererti 'rehat'. :)
    Jom berproduktiviti!

    ReplyDelete