Aril. Dia terdiam membisu. Senyap tidak bersuara. Dari saat kakinya
melangkah keluar rumah. Hingga kini dia juga tetap begitu. Melayan perasaan.
Mengimbau cebisan memori yang berlalu sepi. Memori bahagia dan kecewa ketika
bersama kumpulan penggerak di kolejnya dahulu.
Jiwanya terasa sebak. Kenangan itu sungguh indah dan bermakna buat
dirinya.
Manakan tidak. Dia begitu cinta akan persaudaraan yang terjalin. Dia
begitu sayang pada saudara-saudaranya itu. Mereka ibarat abang tapi bukan
abang. Mereka ibarat adik tapi bukan adik. Mereka lebih dari itu. Mereka lebih
istimewa daripada apa yang teristimewa. Kerana hati mereka terhubungkan dek
aqidah sejahtera. Bukan terpaut kerana dunia, bukan kerana harta, TAPI kerana
cinta pada Yang Esa.
‘Akhi, tunggu ana. Ana datang.’
Aril langsung memecut. Meluncuri kekosongan jalan raya. Ford Fiesta
kuningnya pantas melaju. Menuju destinasi perpisahan.
***
‘Aduhh. Letihnya. Mati aku kalau hari-hari macam ni.’
Aril menapaki tangga satu demi satu. Biliknya di tingkat atas. Setiap langkahan
yang diambil terasa begitu menyiksakan. Berat. Bagai ada satu bebanan halimunan
yang terbahu.
Hari ini merupakan antara hari yang sangat sibuk. Banyak assignment yang
perlu disudahkan. Kerana dateline hampir juga menjelmakan diri.
‘Aduhai. Kalau aku tahu jadi camni, dah lama aku settlekan semua kerja
ni.’
Aril terhenti di hadapan biliknya. Lampu biliknya bertutup. Gelap. Mungkin
teman sebiliknya masih belum pulang. Atau mungkin pula dia sudah tidur. Kerana kipas
sedang ligat berputar laju. Perlahan-lahan sahaja Aril membuka pintu. Khuatir teman
sebiliknya terjaga pula nanti.
‘SURPRISE!!’
Kaget. Aril terperanjat. Biliknya dilimpahi kenalan. Turut serta, mereka,
ikhwah kesayangan. Dia tersenyum.
‘Ada kejutan untuk aku rupanya.’
Dan lagu selamat hari lahir pun kedengaran. Mengisi ruang-ruang
kekosongan hening malam.
***
Sesak. Segala ruang dipenuhkan orang. Hampir mustahil untuk Aril mencari
saudara kesayangannya. Aril cuba juga menembusi benteng manusia. Sedikit demi
sedikit cuba melepasi.
‘Mana diorang ni?’
Aril menghala ke sebuah kumpulan manusia. Aril fikir mungkin dia ada di
situ. Dia cuba mencari-cari. Menjenguk ke sana ke sini. Dalam himpunan manusia
itu, Aril gagal jua menemukan.
***
“Weh, aku stress lah. Banyak lagi subjek aku tak cover ni. Adik-adik
usroh aku pun, aku tak sempat nak buat sitting lagi minggu ni. Masak aku camni,”
keluh Aril.
“Relaks lah. Jangan stress-stress sangat. Nanti bila otak blank, satu
kerja pun kau tak boleh nak buat. Chill okay.”
“Kau apa citer sekarang? Cool jer aku tengok. Semua dah settle ke?” Aril
menanya.
“Ahahah. Aku lebih kurang dengan kau je sebenarnya. Belambak lagi yang
aku tak cover. Tapi setakat ni okaylah kot. Ada masa lagi… kan? Kita usaha
sehabis upaya. Barulah berjaya.”
“Usroh adik-adik okay?” Aril menambah soal.
“Alhamdulillah lah. Adik-adik usroh aku semua okay je. Malam esok in sha
Allah aku buat sitting dengan diorang. Kalau kau okay, apa kata kita buat liqa’
sekali? Nak?”
“Hah. Okay jugak tu. Takdelah beban sangat aku nanti,” Aril menjawab
gembira.
“Helllooo. Usroh bukan beban okayy. Usroh tu tanggungjawab.”
“Yealah… Yealah… Jom sambung belajar."
***
‘Beep! Beep!’ bunyi ada mesej baru masuk.
“Salam. Akhi. Ana terpaksa gerak
dulu. Flight ana dah sampai. Ana minta maaf sebab tak sempat jumpa enta. Semuga
kita berjumpa lagi lain kali. Kalau tidak di sini, di Shurga nanti hendaknya.
Wslm. :’)”
Hampa. Tidak sempat jua akhirnya dia hendak bertemu. Aril kecewa. Dia berlalu
penuh kesal. Malam itu Aril benar-benar rasa rindu. Rasa seperti sebuah
kehilangan; kehilangan yang besar. Dan di saat itu juga dia teringat sebuah
ungkapan dari Saiyyidina Umar al-Khattab:
Malam berlalu,
Tapi tak mampu kupejamkan mata dirudung rindu kepada mereka,
Yang wajahnya mengingatkan aku akan Shurga,
Wahai fajar terbitlah segera,
Agar sempat kukatakan pada mereka,
Ana uhibbuka fillah.
Perlahan air mata kembali mencurah. Membasahi pipi Aril. Dia cuba menahan
sebak.
‘Akhi. Tak sangka. Dalam sekejap kita berjumpa. Allah temukan hati kita. Dari
tak kenal. Sampai jadi serapat-rapatnya. Allah mesti ada perancangan yang lagi best,
sebab tu dia tak jumpakan kita hari ni… kan? Mungkin Allah nak uji, siapa di
antara kita yang segar keimanannya...
Akhi, jika sebelum ni kita ramai, mungkin lepas
ni kita sedikit. Lepas ni jugak. Mesti ada cabaran yang lebih hebat menanti. Ana harap enta terus kuat dan tsabat. Ana pun harap ana jadi
kuat juga. In sha Allah. Akhi, nanti kita pasti akan jumpa lagi. Pasti. Terima
kasih ya Allah sebab temukan aku dengan hambaMu yang taat...
Kau jagalah mereka
sebaik-baiknya. Semuga Kau tempatkan kami di atas jalan kebenaran. Semuga Kau
masukkan kami ke dalam ShurgaMu agar tiada lagi perpisahan. Sesungguhnya keranaMu
ya Allah, kami bersaudara. Dan keranaMu juga ya Allah kami akan tetap
bersaudara, walau dalam sebuah kejauhan.
Pergi. Terbanglah akhi. Terbang! Sebarkan dakwah
dalam perpisahan.’
-THE END-
enonimes: Semuga saudara-saudara ku yang akan berangkat terbang terus membina legasi gemilang. Semuga kita semua terus usaha membina sebuah kedamaian yang kita impikan. Ameen. ;')
No comments:
Post a Comment