- Ramadhan semakin mengakhiri. Dan hampirlah Syawal akan datang. Sungguh. Saya masih belum puas menghirup nikmat di bulan indah ini. Saya yakin anda juga begitu.
- Teringat pula sebuah doa malaikah Jibril yang diaminkan Nabi shallahu alaihi wasalam: “Celakalah mereka yang memasuki bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa mereka.” Na’udzubillah min zalik.
- Kita perlu faham, sebagai hamba Tuhan tidak boleh tidak kita pasti akan melakukan noda… walaupun sebesar zarah. Oleh itu, untuk jadi suci seratus peratus dari sebarang pelakuan yang membuahkan dosa adalah begitu ideal. Kerana sifatnya maksum tidak ada pada kita. Jadi, tidak perlu risau melampau sehingga hilang punca bila buat dosa. Tapi risaulah dengan bersungguh-sungguh bilamana kita bukan sahaja tidak berasa apa-apa seusai bermaksiat bahkan, berasa selesa hidup dengannya. MasyaAllah.
- Pintu taubat itu masih terbuka wahai akhi sayang :)
- “Ya Tuhan kami janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”. (al-Imran; 3:8)
- Masuk poin seterusnya.
- Kamera Litar Tertutup atau lebih mesra dengan panggilan Closed Circuit Television (CCTV) sering kelihatan di mana-mana. Ada dipasang di premis perniagaan, di blok bangunan kerajaan, di sekolah-sekolah dan di rumah-rumah. Ia ada di mana-mana.
- Perkara satu: Hipotesis saya, anda akan fikir, saya akan menulis sesuatu seperti tidak kira di manapun kita berada, sebenarnya kita tidak seorang. Akan sentiasa ada malaikat di kedua kiri kanan bahu yang tekun mencatit setiap amalan kita. Samada amalan baik atau amalan buruk. Bahkan, Tuhan Penguasa Alam juga senantiasa tahu apa yang kita lakukan baik zahir mahupun batin, baik yang terang-terangan mahupun yang bersembunyi. Well, itu antara satunya. Dan saya tidak kisah kalau-kalau hipotesis saya adalah salah. Hoho ;P
- Perkara dua: Bukan para malaikah sahaja yang selalu bersama kita, manusia pun begitu. Manusia akan selalu ada selagi kiamah belum tiba. Hampir setiap gerak geri kita akan jadi perhatian masyarakat.
- Suka saya kuot sebuah kata-kata dari Thufail al-Ghifari, rapper islamis yang hadir dari Indonesia, “Dulu kita masih kecil, lebih kecil dari lubang jarum. Sekarang saat kita sudah besar… tanggungjawab kita bertambah-tambah. Sudah bisa dinilai orang kerana kita sudah sering kelihatan.”
- Secara ringkasnya, begitulah. “Kita sudah bisa dinilai orang kerana kita sudah sering kelihatan”.
- Sepertimana kita tidak suka menilai orang lain dari segi luaran, begitu juga kita tidak suka bilamana diri kita sendiri dinilai masyarakat melalui perbuatan dan sifat luaran yang terpamer dari diri kita. Namun, ia tidak boleh dielak! Kita bukan Tuhan untuk melarang mereka secara total daripada buat penilaian. Itu adalah di luar bidang kuasa kita.
- Apa yang boleh kita lakukan adalah membaiki apa yang bisa dinilai mereka; seperti tingkah laku kita, amal ibadah kita, cara cakap kita, gaya pemakaian kita, disiplin kita, dan begitu banyak lagi yang kita-kita.
- Kita perlu jadi qudwah kerana begitu ramai CCTV yang memerhati. Namun, perlu berjaga-jaga. Takut-takut kita beramal bukan kerana Tuhan pula. Ingat, “Nahnu dua’t qobla kulli shai’in.”
- Perkara tiga: Sistem CCTV secara komersial adalah untuk merakam setiap gerak-geri, tindak-tanduk manusia yang melalui suatu kawasan. Walaupun pada awal sejarahnya ia digunakan untuk merakam pelancaran Roket V2 di Jerman (1942).
- Tidak kisahlah siapa pun manusia tersebut. Datuk, datin, ustaz, ulama, ayah, emak, cikgu, kanak-kanak, makcik-makcik, jiran sebelah rumah mahupun saya yang sedang menulis ini. Tugas CCTV hanyalah itu; memerhati dan merakam. Hingga terkadang menimbulkan rasa gerun dalam diri kita daripada membuat sebarang dosa.
- Tapi alangkah sedihnya. Jika kita hanya bercita-cita seperti itu; perhati dan rakam. Seakan-akan kita redha dengan perkara sumbang dan maksiat yang kian berleluasa di keliling kita ini.
- Mahu tidak mahu, kita Islam. Sudah menjadi kewajipan untuk kita melaksanakan amanat amar ma’ruh nahi mungkar. Atau dalam erti kata lain, berdakwah. Baik melalui perkataan mahupun perbuatan.
- Ya, benar jika dikata, tahapan da’wah itu ada tiga. Pertama, menggunakan tangan (autoriti, hukuman, tindakan). Kedua, menggunakan lidah (lisan, nasihah). Ketiga, menggunakan hati (dengan tidak redha akan maksiat yang berlaku).
- "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman".
- Rata-rata daripada kita mengambil jalan mudah, dan langsung memilih kaedah yang ketiga, menggunakan hati. Tapi menyedihkan bilamana kita kata hati tidak redha tapi masih buat juga. :'(
- Perlu diingat, tahapan ketiga itu adalah tahapan buat mereka-mereka yang serendah-rendah iman (Disklaimer: saya bukan memperkecilkan golongan ini yeh).
- Tanyalah diri kita, “Adakah aku hanya layak memerhati?”
- Wallahu’alam.
- Kita tak mahu lambakan manusia CCTV. Kita tak mahu.
enonimus: Sampai akhirat kah kita hanya mahu memerhati? Buatlah sesuatu wahai akhi sayang. Berbuatlah ;)
No comments:
Post a Comment