Beberapa
kali juga sebenarnya saya mahu give up dan berhenti.
Namun, setiap
kali itu jugalah saya teringat pesan seorang teman, “Jika benar mahu berhenti,
adakah kerana Allah? Jika bukan kerana Allah, baik tak payah.”
Hm.
Ringkas dan
mencucuk-cucuk.
Pada
kebiasaannya, bila rasa down saya akan menyendiri. Saya akan pergi ke sebuah
lokasi favourite. Satu tempat di mana saya boleh melihat, mengamati dan belajar
dari mereka-mereka yang ada di sekeliling saya.
Ia bukanlah
tempat yang tersorok pun. Cuma, tempat yang orang tak suka duduk.
Ada sekali
tu, sedang saya mengelamun, saya ternampak seorang lelaki berumur 30-an di
jalanan (pada masa ini saya berada di tingkat 2). Dia sedang bekerja. Dari satu
kereta ke satu kereta menjual barangan.
Tingkahnya selamba
tapi begitu banyak jugalah yang saya pelajari daripada dia.
Antaranya:
Jangan mudah
mengalah. Jika ‘kereta’ yang pertama tak mahu membeli tak mengapa, masih ada
lagi lambakan kereta di belakang.
Kena pandai
cari peluang. Mesti jadi opportunist. Masa orang reramai ni lah kita nak ber’niaga’.
(note: time tu tengah traffic jam)
Jangan mudah
melatah. Sabar itu perlu. Jika orang tak mahu layan kita, tak mengapa. Jangan kita
pergi marah-marah semula. Sebaliknya, doakan hati mereka terbuka.
Begitulah.
Wallahu’alam
;)
enonimes: Buka mata, alam sedang mengajarkan.
enonimes: Buka mata, alam sedang mengajarkan.
No comments:
Post a Comment