Perut di isi padat dengan dua keping roti berintikan tuna. Fikiran aku melayang memikirkan apa yang ingin dilakukan pada hari ini. Muncul teman sebilik aku, mengutarakan soalan yang kurang lebih sama, “Apa nak buat pagi ni eh?” Selesai bersarapan, bilik menjadi tujuan. Soalan yang sama terus ligat menghasilkan rotasi, mengganggu arus pemikiran yang normal. Ah-Ha. “Jom pergi joging!”
30 minit sebelum
Aku pergi melawat bilik ke bilik untuk menyeru para ikhwah yang lain untuk berjoging bersama. Ada yang baru bangun tidur. Ada yang baru hendak menunaikan kewajipan solat fardhu. Ada juga yang sakit kaki. Entahlah. Apa boleh buat, kan? Pasti ada hikmahnya. Aku tersenyum sendiri. Di titik perjumpaan (meeting point), bersama dua ikhwah yang lain kami memanaskan badan. Fuhh! Fuhh! Dah lama aku tak jogging. Wahaha. Sementelah meregangkan badan, datang seorang lagi ikhwah menyertai kami. Alhamdulillah.
KM 0
Berlari, berlari dan berlari. Mereka berlari pantas. Aku yang lambat di tinggalkan di belakang. Aku tidak kisah. Kerana tidak mahu melambatkan perjalanan mereka. Bila difikirkan kembali, tujuan kami adalah satu iaitu menghabiskan satu pusingan trek joging. Jadi tak perlulah aku begitu bersemangat berlari, bukan? Ayat cover, sebenarnya aku malas berlari. Wahaha. Kemudian muncul seorang lagi ikhwan dari arah belakang berlari pantas terus meninggalkan aku.
Aku yang berada di belakang, terus cuba mengejar mereka yang di hadapan. Letih. Aku memutuskan untuk mengekalkan tahap kelajuanku. Terus berlari dengan kool. Mereka yang mulanya berlari secara berpasangan terus berlari. Dan berpecah. Ada yang terus memecut dan ada tertinggal di belakang. Kasihan melihat mereka yang tertinggal berlari keseorangan. Apa-apa pun, aku terus berlari dengan kool. Yeay!
KM 0.5
Di sepanjang trek ini, ada bahagian yang berlopakkan air. Woah! Ini satu halangan. Aku melompat dengan berhati-hati seperti kanak-kanak yang baru belajar melangkah parit. Berjaya! Kasut aku tak basah. Aku terus berlari dengan sedikit perasaan bangga. Melintasi court bola keranjang, aku ternampak beberapa akhowat sedang beriadah. Hihi. Menjadi sedikit nakal secara tiba-tiba. Aku cuba tidak mengendahkan mereka dan terus berlari.
Penat. Kelihatan teman sebilik aku yang tertinggal tadi berada di hadapan. Dia sedang berehat sambil bermundar-mandir. “Letih la tu,” aku bermonolog seorang. Setibanya aku, kami meneruskan lagi perjalanan yang sumpah panjang ini. Dia bersuara, “bahaya kot kalau lari sorang-sorang kat sini.” Aku yang kehairanan bertanya, “apasal bahaya pulak?” “Biasanya kalau kat area ni (area kelapa sawit) ada apa?” dia mengajukan soalan. “Ada ular kot,’’ aku cuba menduga.
KM 1.0
Aduh, masih panjangkah trek ini? Kami berlari melintasi blok pelajra perempuan. Hihi. Kmebali menjadi nakal secara tiba-tiba. Kehadiran ikhwan di sebelah ku ini tidak membenarkan aku melakukan perkara-perkara yang bodoh. “Kau tahu tak, berlari dengan berjoging ada beza?” aku memecahkan kesunyian. “Biasanya orang cakap nak joging tapi sebenarnya diorang tengah berlari.” Aku tidak meneruskan kata-kata ku kerana penat.
Berlari sambil mendaki bukit amatlah memenatkan. Alhamdulillah cuaca begitu memahami. Tidak begitu panas dan tidak pula kehujanan. Membuatkan kaki yang melangkah tidak berasa begitu berat. Bukit ni pun takdelah curam sangat. Hanyalah bukit saiz tipikal yang biasa ada di kolej-kolej. Sampai ke puncak, masa untuk menuruni bukit pulak. Tidak boleh begitu laju, khuatir akan jatuh dan menghilangkan elemen kool pada diri ini. Berlari dan berlari.
KM 1.5
Fuh! Akhirnya sampai. Letih. Penat. Puas. Kami berehat sekejap, menstabilkan degup jantung yang sebelumnya rancak mengepam darah. Tarik nafas dan hembus. Kami meneruskan aktiviti pada pagi ini, menuju ke court bola tampar. “Eh, mana fulan bin fulan?” aku bertanya. Sebentar tadi dia ada tapi sekarang tidak pula. “Dia pergi sambung lari kot,” jawab seorang ikhwan.
Begitulah kehidupan. Pada mulanya ingin mengajak ramai orang untuk berbuat kebaikan tapi penapisan akan berlaku dan hanya sedikit sahaja yang akan menyertai. Dalam kehidupan, pasti ada yang akan ketinggalan jika terlambat. Tapi matlamat perlu jelas agar kehidupan kita lebih teratur dan bermutu. Dalam kehidupan juga pasti ada halangan dan cobaan. Jadi, kita perlukan persaudaraan agar tiada keseorangan menempuh jalan yang panjang ini. Tiba-tiba teringat kata-kata murabbi ku,
“Jalan ni tak ada laluan karpet merah dan jalan ni sumpah panjang.”
Okay. Itu sahaja buat sekian kalinya. Selamat tinggal. Semoga rahmat menjadi milikmu.
p/s: Aku ingat boleh buat kerja kalau stay kat kolej time cuti cenggini tapi hampa. Hati ni begitu merindui masakan emak di rumah. Ecece. Anak manja la konon. Menyesal tak balik. Wuwuwu. T__T
penuh tersirat ;)
ReplyDelete"terus berlari dengan kool." lolololol :p
"menjadi sedikit nakal secara tiba-tiba." again,lololololol :p
Dah dah tak payah nak menyesal,siapa suruh tak balik?hahaha
semoga kita tabah mengharungi jalan kehidupan ye kawan! :D