Assalamualaikum wbt
Hey, awak! Nak tahu tak? Kat Kolej MARA Banring saya ambik 4 subjek High Level; Chemistry, Biology, Math and English. Gila kentang gua cakap lu. Senyum kecewa bergaul kegirangan. Kenapalah aku amek 4 HL? Wahaha. Ketawa tiba. Kenapakah?
Tarik nafas. Terus hembus. Fuh! Memerlukan ketenangan untuk terus menaip. Taip. Taip. Taip. Yeay!
Seperti digembar-gemburkan sebelum ni, aku amek Math HL. So, ni lebih kurang entri nak test power lah. Setiap hari melalui liku-liku kehidupan yang dipenuhi panca roba. Jiwa pasti tertekan melihat kerenah manusia keliling. Ada yang begitu ada yang begini. Pasti ada. Kerana kita hanya manusia biasa dan kesilapan itu perkara biasa. Ayat klise. Wahaha.
Jikalau begitu, mari fokuskan minda ke arah perkara negatif yang dilakukan oleh mereka. Negatif sahaja okeh. Sementelah terlihat perbuatan kurang ilmu manusia-manusia ini, apakah yang perlu dilakukan? Macam mana nak tegur? Heish. Pening, runsing memikirkan rona-rona kehidupan. Pasti ada cara dan aku tahu aku perlu menegur. Mata bersinar. Yaah! Thats the spirit!
Tapi apakah perkaitan dan perhubungan antara permasalahan ini dengan matematik? Mengikut konsep asas ilmu numerikal Matematik, ada dua cara simple untuk mempositifkan nombor yang negatif. Jeng! Jeng! Jeng! Sila ambil buku nota, pensil dan bersedia untuk menulis. Wah! Seperti racangan masakan di mana para penonton bersiap sedia untuk mencatat resipi.
Tuan-tuan, puan-puan, dan sekaliannya.
LANGKAH PERTAMA.
Menambahkan nilai positif yang tinggi kepada nombor negatif tersebut.
[Contoh: -1 + 2 = 1]
Semudah 1, 2 dan 3, bukan? Bagi menegur mereka yang berperangai negatif, kita perlu menasihatkan mereka dengan kata-kata yang penuh hikmah. Dengan penuh hikmah okeh. Bukan dengan kutukan menghina atau cemuhan membunuh. Dalam proses nasihat-menasihati, kesabaran adalah elemen yang amatlah penting. Kesabaran menjadi tunjang keberjayaan sesuatu itu untuk berlaku. Ini sedikit sirah:
Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
So, dalam berhikmah perlu ada senyum. Perlu ada kata-kata yang tepat. Perlu ada gaya yang kool. Janganlah menyerang seraya membaham dengan tiba-tiba. That is not the way to approach human kinds. Semua orang sukakan kebaikan, kan? Senyum, berkata tepat dan bergaya kool. Dan sabar. InsyaAllah pintu hati mereka terbuka untok berbuat baik. Amiin. Tapi kalau mereka tak nak dengar jugak, apa nak buat?
[Contoh situasi: -2 + 1 = -1]
LANGKAH 2.
Menegatifkan nombor yang negatif.
[Contoh: -(-1) = 1]
Nampak? Bila nombor negatif di negatifkan, ia terus menjadi positif. Which mean, bila manusia itu membuat keburukan dan enggan menerima hakikat kebaikan, tegur mereka dengan lebih keras. Sekeras batu kerikil. Eh? Harap kamu nampak apa yang aku cuba maksudkan. Bukan dengan cara memukul ya. Keras tak semestinya bermaksud perbuatan fizikal.
Tapi dalam langkah 2 ini, hikmah masih diperlukan. Jangan lupakan hikmah kerana ia amat power. Mampu mengubah haluan hidup manusia dengan izin daripadaNya. Contoh lain, adalah dengan menempelak apa yang mereka lakukan terhadap diri mereka sendiri. Tak faham? Sabar-sabar.
Pernah suatu ketika pada masa Nabi Muhammad SAW masih hidup, ada seorang pemuda yang mendatangi beliau. Pemuda tersebut meminta izin kepada Nabi Muhammad SAW agar diberikan izin untuk melakukan perzinahan. “Wahai Rasulullah bolehkah aku melakukan zina”? Maka Rasulullah SAW pun berkata kepada si pemuda, “wahai engkau pemuda, aku ingin bertanya terlebih dahulu kepadamu, jika ada seseorang datang kepada mu kemudian ia bicara kepadamu “bolehkah aku menzinahi ibumu” si pemuda itu pun lantas menjawab dengan lantang TIDAK.
Rasulullah Muhammad SAW kemudian berkata lagi kepada si pemuda, “jika datang seorang laki-laki kepadamu dan bertanya kepadamu “bolehkah aku menzinahi saudara perempuanmu? Pemuda tersebut dengan geram dan emosi menjawab ‘tidak’.
Rasulullah meneruskan pembicaraannya kepada si pemuda tadi, jika datang seorang laki-laki kepadamu dan bertanya kepadamu bolehkah aku menzinahi anak perempuanmu?
Si pemuda tadi terdiam dan kemudian ia menangis sujud dihadapan Rasulullah. Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada si pemuda, “setelah engkau mendengarkan ceritaku tadi apakah aku akan mengizinkanmu untuk melakukan zina? Si pemuda tadi terkulai, menangis, dan berkata maafkan aku ya Rasulullah. Rasulullah SAW menyuruh pemuda itu berdiri, “mohonlah Ampun kepada Allah SWT dan jangan pernah terlintas lagi dalam fikiranmu apalagi sampai melakukan perbuatan zina. Sesungguhnya telah disampaikan kepada kita melalui Al Quran bahwa kita harus menjauhi zina karena kesemuanya itu akan membuat kita jauh dari Rahmat Allah SWT.
Then, kesabaran juga perlu. Don’t go over limit OR you’ll definitely regret it. Tegur dengan kasih sayang, hikmah dan kesabaran. Anda pasti akan kelihatan kool pada masa yang sama. Tapi kalau mereka masih berdegil bagaimana? Pandang kiri. Pandang kanan. Datang rapat dengan posisi berbisik. Telan air liur dan berkata dengan kool, “Hidayah itu milik Allah swt.” Tugas kita bukan memberi hidayah tapi memberi peringatan. Hidayah itu urusan Tuhan Yang Maha Adil. So, if such thing ever happened to you, never hesitate to keep on giving advices because that is our role. Leave the rest to Him, He knows things very well.
“Pasti ada cara dan aku tahu aku perlu menegur.”
p/s: woah, sudah masuk bulan febuari. Selamt tinggal encik januari 2012.
macam mana kamu boleh trefikir benda ni? kagum!
ReplyDeletebanring @ banting...?
ReplyDeleteits great, praktikkan lam hidup
ReplyDeleteteruskan menulis din. :)