Selesai makan malam. Aku berjalan pantas menuju bilik TV. Tiada apa yang bermain di fikiran aku. Hanya penyesalan hari-hari yang telah berlalu. Terasa sedikit runsing dengan sikapku yang agak dingin terhadap mereka. Bodohkah aku kerana tidak mensyukuri nikmat berkeluarga?
Tanpa ragu-ragu aku terus menukar saluran 811. Highlights untok Liga Perdana Inggeris sedang tersiar. Ini telah menarik-narik minat aku yang sebentar tadi tidak keruan. Aku duduk. Berada di posisi yang selesa dan menyaksikan ulang tayang dengan kool. Tidak! Spurs kalah lagi. Sedikit kecewa tapi tak mengapalah. Apa boleh buat?
Semakin ramai manusia memenuhkan bilik TV. Aku hanya duduk tekun seperti biasa sehinggalah dia datang. Ketika itu, ulang tayang perlawan Arsenal sedang tersiar.
“Yang ni paling bengong! Frust aku tengok! Bodoh Wenger keluarkan Alex.”
Banyak lagi kata-kata yang dia keluarkan tapi cukuplah sekadar itu. Malas ingin aku menaip. Buang masa sahaja. Kata-kata dia amat lah mencuri tumpuan. Dengan nada yang tinggi, gaya yang bersahaja dan perkataan yang tajam, benar-benar buat aku tertarik. Terasa ingin memangkah, tapi aku membiarkan sahaja dek perasaan yang tidak berapa keruan. Khuatir berlaku pergaduhan kerana faktor yang tidak munasabah.
Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan untok meredakan keadaan. Sejenak aku terfikir, kenapa kadang-kadang manusia terlalu (mungkin juga terlampau) yakin dengan hujah-hujah yang mereka sampaikan? Macam mana mereka mampu berasa diri mereka di pihak yang betul-betul benar? Ajaib! Dari mana karisma itu datang?
Persoalan ini terus berlegar-legar tanpa tujuan dalam kotak pemikiran aku. Aku tersipu malu. Eh? Hari ini aku berkesempatan berada di Pusat Sumber untuk membaca akhbar yang tersedia. Seperti biasa ruangan sukan menjadi destinasi utama. Dan hari ini terdapat sesuatu yang extra menarik untuk tatapan aku. Sedikit berita berkenaan keputusan Wenger mengeluarkan Alex ketika perlawanan epik menentang Manchester United tempoh hari.
Tertulis bahawa Wenger telah mengeluarkan Alex kerana dia didapati mengalami kecederaan. Wahai, apakah? Tak ramai yang tahu pasal tu tapi ramai yang ‘condemn’ keputusan Wenger. Rupa-rupanya Wenger tidaklah begitu bodoh. Siapa yang bodoh ya? Aku tersenyum sendiri membaca artikel tersebut. Ingin sahaja aku menggunting keratan itu dan menunjukkannya kepada dia. Kemudian ketawa kegirangan puas-puas seperti orang yang baru buat hatrik. Jangan risau. Ini hanyalah angan-angan yang tidak kesampaian.
Jelas. Sebenarnya tak semua benda yang kita tahu itu betul. Mungkin juga ia salah dan patut dipersalahkan bertubi-tubi. Cuma kita yang tidak sedar. Dek begitu selesa menjadi tumpuan orang ramai. Anda bagaimana, pernah terlibat dengan situasi yang dua kali lima? Pasti anda berasa teruja, bukan, setelah mengetahui perkara yang sebenarnya? Berbalik kepada pohon persoalan. Kenapa manusia sering kali tertipu dengan khayalan dunia ciptaan sendiri? Terasa diri selalu betul dan salah itu milik orang lain sahaja. Kenapa kita sukar menerima salah? Adakah salah itu tidak manis? Entahlah. Manusia memang makhluk unik ciptaan Rabb Yang Esa.
Apa yang ingin aku ketengahkan di sini adalah, janganlah terlalu suka condemn manusia lain. Kerana setiap manusia yang normal itu hanya dilahirkan dengan sepasang mata. Dan tak salah kalau kita menerima pandangan orang lain. Sebab kita tak boleh pandang ke kiri dan kanan pada detik yang sama, bukan? Okay. Sila insaf dengan kadar yang sangatlah segera. Sekian. Terima kasih.
“Sebab kita tak boleh pandang ke kiri dan kanan pada detik yang sama.”
Selamat tinggal.
I enjoyed your post. It’s a lot like college – we should absorb everything we can but ultimately you need to take what you’ve learned and apply it.
ReplyDeleteVolkswagen Phaeton AC Compressor
mendalam
ReplyDelete