Well, hari ini adalah hari yang amat mengujakan. Kerana hari ini merupakan ulang tahun kelahiranku yang ke-19. Tersenyum tanpa berkata apa-apa. Ya, aku telah besar. Tapi adakah aku sudah cukup matang? Satu persoalan berlegar-legar di ruang pemikiran ku. Entahlah. Ini mungkin juga menjadi satu titik pusingan (baca: turning point) yang signifikan.
Hari sebelum, itu aku dikejutkan dengan sebuah mesej daripada rakan lamaku; Cik Farah. Mungkin tidak begitu lama. Dia adalah orang pertama yang mengucapkan selamat kepadaku. Tidak dijangka tapi aku amat berasa gembira. Malam itu, aku berharap agar mungkin any of my relatives or my parents akan berbuat perkara yang sama. Ternyata aku hanya mengharap kecewa. Tak apalah, mereka ada banyak kerja dan banyak lagi benda yang lebih berfaedah untuk diselesaikan.
Tiada sebab yang nyata, aku telah bangun awal pada hari ini. Segar dan terasa begitu indah sekali. Selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim, Encik Taufiq, rakan sekuliahku datang menghampiri dan mengucapkan selamat kepadaku dengan muka yang amat riang tak hengat. Aku menolak. Aku menjelaskan, bahwa, aku tidak mahu mensyukuri nikmat hidup satu angka lebih lama dengan kegembiraan bersorak-sorakan. Cukuplah sekadar dengan suasana yang biasa sahaja.
Pagi ini, sebelum kelas bermula, seluruh ahli kelas telah menyanyikan lagu itu untukku. Seperti biasa aku tidak memberikan respon. Hanya berawakan seperti biasa, menyempurnakan kerja yang sedia tertangguh. Kedengaran bunyi-bunyi suara mereka yang tidak berpuas hati dengan reaksi aku. Aku terus membuka laman muka buku dan menulis sedikit komen di laman kelas M11K, menyatakan penghargaan aku terhadap mereka.
Jelas. Aku sebenarnya berasa sedikit ‘ackward’ dengan suasana itu. Speechless. Aku tidak boleh berkata apa, cuba menyembunyikan perasaan yang sebenar dalam hati kering ku. Aku tidak biasa dengan sambutan seperti itu, Ulang tahun kelahiranku yang jatuh pada awal tahun, sering kali menjadi penyebab rakan-rakanku lupa akan nya. Dan jelas sekali ia menjadi penyebab aku tidak berkesempatan menyambutnya bersama famili. Ini musim persekolahan dan waktu bekerja. Tidak mungkin aku berpeluang utnuk menyambutnya.
Berbalik kepada komen ku di laman M11K: Respon mereka? Alhamdulillah. Mereka (aku rasa) faham. Oh ,ya! Tidak terlupa. Cik Nadya juga sempat berkongsi satu perkara yang menarik. Ulang tahun kelahiran aku dengan dia hanya berbezakan satu digit. Aku lahir pada 9 hb satu, dia pula pada 10 hb dua. Mungkin dia cuba menggembirakan aku tapi dia tak tahu, sudah lama aku sedar akan perkara itu. Aku hanya tersenyum dan cuba memberi respon positif.
* * *
Aku semakin berubah. Dan terus berubah. Penampilan ku tidak begitu berbeza, hanya rambut yang telah di mesin ke tahap 3. Yang lain? Entahlah. Aku masih kekal senyap dan pendiam seperti biasa. Hanya melontarkan pendapat jika ada perkara yang menarik dibincangkan. Aku percaya, pendiam itu lebih kool daripada berkata-kata dengan frekuensi yang ketara tinggi. Sebab ini, aku lebih suka diam dan cuba fokus dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut seorang pensyarah. Hakikatnya: minda aku sering keawang-awangan berimaginasi seperti kanak-kanak mentah yang sedang makan lolipop.
Pada sebelah malam pula – seperti biasa aku tidak menghiraukan hidupan yang ada. Terus menerus menyibukkan diri dengan urusan sendiri. Selesai Isyak, aku ke kelas untuk meluangkan masa berkualiti untuk diriku yang seorang. Tetiba, Encik Izhar mengajak aku ke LRC untok buat kerja. Aku tanpa segan silu mengiyakan ajakan tersebut. Kemudian, Encik Izhar mengajak aku ke KFC, ingin belanja makan-makan katanya. Sekali lagi, tanpa menebalkan muka aku menuruti. Rezeki jangan di tolak, bala jangan di cari. Cuba memujuk hati yang sebenarnya enggan pergi.
Akhirnya, masa untuk balik ke bilik. Kelihatan sepotong kek cokelat manis enak berada di atas meja. Tadaa! Satu kejutan yang tak dijangka. Hadiah perkongsian Encik Roomate, Encik Afiq, Encik Ali, Encik Tetaufiq, dan Encik Izhar. Terharu dengan tiba-tiba. Aku cuba berlagak kool sehinggalah datang pula Encik Pami dengan ucapan selamat secara tiba-tiba. Ini kegembiraan yang bertalu-talu. Dan yang paling istimewa, ucapan selamat daripada Emak yang terchenta:
“Assalamualaikum ! Happy birthday, semuga abg de pjg umur dlm iman, Islam dan kesihatan dan sentiasa dlm peliharaan Allah !”
Ternyata mereka semua tidak melupakan aku. Oh, indahnya kehidupan! Mungkin aku terlalu pesimistik. Okay. Ini mungkin akan menjadi sedikit mood spoiler tapi pada masa yang sama mungkin akan menjadi sesuatu yang berguna dan bergaya. Aku tidak nampak kenapa perlu gembira dengan usia yang semakin menghampiri kematian. Aku tidak faham. Aku tahu Rasulullah tidak pernah menyambut ulang tahun kelahirannya. Jadi kenapa kita perlu? Persoalan ini amat berat utnuk aku tangani.
Tapi. Aku tetap menghargai setiap ucapan selamat daripada kamu semua.I really appreciate it damn much. Thanks kawan, rakan, ikhwah dan my lovely Emak dan Ayah. Semoga kita semua dilimpahkan kurniaan dan keberkatan daripadaNya. Amiin. Love you guys and girls a lot!
Walaupun hidup seribu tahun. Kalau tak sembahyang apa gunanya, kan?
Oke. Itu sahajalah. Selamat tinggal! Buat tanda aman sambil menari-nari kegirangan. Wuhuu!
p/s: Aku telah membeli tikus getah sebagai hadiah kepada diriku sendiri. Dan aku (mungkin perasan sendiri) kian berubah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah memberkati perubahan ku ini.
selamat ulangtahun dik. uhh adik. haha. bersyukurlah masih diberi kesempatan untuk hidup bersama semangat dan kasih sayang yang tersayang. :-)
ReplyDeletehi :) tyme awak buat entry ni sbnrnye birthday saya:) 11 january..btw,happy birthday :)
ReplyDelete