Pages

Followers

Friday, January 27

Bukit Broga, Here We Go!

Pukul 3.30 pagi – Di sebuah surau, aku telah dikejutkan oleh Encik Pami agar bersiap-siap untuk aktiviti menawan puncak Bukit Broga. Terasa liat dan lemah tapi keinginan yang membuak-buak seakan memberi kekuatan untuk aku bangun dari indahnya lena.

Segalanya bermula pada petang Jumaat, hari yang sebelumnya. Aku bersama ikhwah yang lain telah berkumpul di hadapan surau untuk sesi taklimat ringkas. Sebelum Maghrib menjelang tiba, kami telah berangkat ke Putrajaya Sentral dengan menaiki bas. Seusai tiba, kami teruskan perjalanan ke Stesen Serdang, juga menaiki bas tetapi yang lain.

Tiba di sana, kami menunaikan solat Maghrib sementara menunngu komuter (kot) tiba untuk membawa kami ke destinasi yang seterusnya. Surau dipenuhi ikhwah. Aku terpaksa menunggu giliran bersama beberapa yang lain. Tiba-tiba datang Encik Naim mengajak kami solat di luar surau, di tempat yang terbuka, di ruang menunggu komuter. Woah! Sedikit terkejut. Apa lagi? Ada di antara kami cuba mengelakkan diri daripada menyertai solat Jemaah di tempat terbuka itu. Aku? Hanya berdiam diri sambil berlagak kool.

Alhamdulillah. Kami dibenarkan untuk menggunakan bilik rehat Pak Cik Driver Teksi untok solat berjemaah. Sempit! Ruang terlalu kecil tapi kami cuba memenuhi segala kekosongan yang ada. Muat-muat sahaja untuk kami. Bersyukur sekali lagi kerana tidak perlu menunggu mereka-mereka yang sedang soalt di surau yang disediakn. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke stesen kemudian.

Suasana gelap. Lampu jalan tidak begitu memainkan peranan. Dan ada sebuah gerai burger yang menjadi tempat kami menunggu abang super senior. Sementara menunggu, perut di isi dengan burger pilihan hati. Burpp! Tidak kenyang tapi cukup sekadar mengalas perut yang kosong. Selepas beberapa ketika, kelibat-kelibat Super Senior (SuSe) tiba dan membawa kami ke surau, tempat persinggahan sebentar.

Zzzzz.

* * * 

Gelap. Di ladang kelapa sawit itu tidak menjanjikan sebarang nyalaan lampu yang terang. Hanya ada lampu jalan dan lampu kereta yang melintas secara tiba-tiba. Selesai taklimat oleh abang SuSe, kami serta-merta mendaki Bukit Broga. Keadaan bentuk muka Bumi yang tak nampak dimata menyukarkan pergerakkan. Suluhan torchlight rakan di belakang menjadi tujuan. Berjalan dengan berhati-hati. Penat. Amat penat.

Setiba di puncak pertama, kami telah disambut oleh hilai tawa remaja-remuji yang sedang bermain gitar. Tanpa mengambil berat tentang hal itu kami terus mencari area yang luas sebagai port untuk kami berehat-rehat. Tiba waktu, azan dilaungkan oleh Encik Ammar. Hati terasa sayu. Tersentuh dengan segalanya. Kemudian, kami ber-tiga puluh orang++ mendirikan saf dan solat secara berjemaah.

Di bawah jutaan bintang yang berkelipan itu, aku sekali lagi bermain-main dengan persoalan. Namun, aku cuba khusyuk agar solat ku menjadi lebih berkualiti. Bunyi hilai tawa masih kedengaran. Tidak lupa bunyi kamera yang mengambil gambar kami sedang solat. Dan bunyi bacaan imam yang sunggoh syahdu. Selesai bersolat, SuSe Encik Adam pula mengambil tempat untok sedikit tazkirah. Aku mendengar dengan patuh.

Pukul tujuh mungkin – matahri terbit, memancarkan sinarnya yang indah. Aku terpesona. Lalu bermulalah aktiviti mengambil gambar. Dan kami meneruskan perjalanan hingga ke puncak ke-3 Bukit Broga. Tinggi dan meletihkan aku yang masih belom sarapan. Pedih. Tapi tetap ingin meneruskan. Hasilnya: Keindahan di atas sini lebih menakjubkan! Sekali lagi aku terpana dengan keindahan ciptaan Maha Pencipta. Subhanallah!

* * * 

Tidak mungkin aku melupakan kembara ini. Tautan persaudaraan yang terjalin dan semakin memuncak. Ini adalah objektif. Oh, ya! Tidak lupa kepada Encik Kamil dari KY, semoga persaudaraan ini kekal terjalin. Lagi. Urm. Hah! Kepada SuSe Encik Zaid, terima kasih kerana sudi membawa kami menaiki kereta anda.

Sebelum terlupa, aku ingin menyatakan sedikit perasaan kagum tentang, “Bagaimana mereka; SuSe yang telah berkahwin dan berkerjaya masih berkesempatan meluangkan masa bersama kami-kami?” Hebat, bukan?

"Persaudaraan itu indah kerana tiada tertaut dengan pertalian darah, cuma ada ikhlasnya kecintaan terhadap Allah."

Sekian sahajalah. Selamat tinggal. :)

No comments:

Post a Comment