Pages

Followers

Monday, September 24

Logik Catur


Nama: Tuan Raja 
Gerakan: 1 petak ke mana-mana arah
Atribut:
1) Kurang boleh diharap dalam strategi serangan kerana sering menjadi sasaran musuh
2) Lebih gemar melarikan diri dari merempuh
3) Watak yang AMAT penting kerana dirinya menjadi tujuan utama permainan.  
Kelebihan: Mengistana dengan watak Istana
Kelemahan: Langkah pendek
Moto hidup: “Dunia ini berputar di keliling beta. Betalah segala-galanya! Kalau tiada beta, tiada orang mahu main catur. Wahaha”

Nama: Puan Permysuri 
Gerakan: Larian lurus sehala ke mana-mana arah yang disukai
Atribut:
1) Antara watak yang paling digeruni atas papan catur
2) Biasanya menjadi simbol kekuatan barisan serangan
3) Kematian watak ini boleh menjadi satu penangan hebat pada mental
Kelebihan: Dapat gerak jauh-jauh ke mana-mana arah
Kelemahan: Hm.
Moto hidup: “Saya adalah tulang belakang kepada segenap aspek permainan; samada serangan atau pertahanan.”

Nama: Istana
Gerakan: Gerakan lurus melintang atau menegak, sejauh mata memandang.
Atribut:
1) Mungkin watak paling dipercayai oleh Tuan Raja kerana hanya beliau yang boleh mengistana dengan Tuan Raja
2) Antara watak yang digeruni selepas Puan Permysuri
Kelebihan: Mengistana dengan watak Tuan Raja
Kelemahan: Ada kebarangkalian yang tinggi untuk tidak boleh bergerak kerana sesak
Moto hidup: “Aku hidup demi Tuan Raja!”

Nama: Rahib 
Gerakan: Gerakan lurus bukan melintang mahupun menegak.. Hm. Orang panggil apa ye?
Atribut:
1) Duduk di sebelah Tuan Raja dan Puan Permysuri sebagai penasihat
2) Sering kelihatan membawa kitab apaentah
3) Suka baca buku tak kira masa atau tempat
Kelebihan: Persis sniper kerana amat berguna jika ingin membuat serangan mengejut
Kelemahan: Sukar bergerak dan ada tendensi untuk tersekat.
Moto hidup: “Membaca jambatan ilmu.” (Er..)

Nama: Askar Kuda
Gerakan: Gerakan huruf L
Atribut:
1) Ada kuda
2) Suka sangat kuda
3) Em.. Pandai berkuda
Kelebihan: Boleh melangkah apa-apa halangan yang mendatang
Kelemahan: Sering dijadikan bahan korban di medan tempur. (Eh, Ya ke?)
Moto hidup: “Aku ada kuda, kau ada?!”

Nama: Askar
Gerakan: 1 petak kehadapan. Kalau mahu serang, hanya boleh pukul orang yang ada di depankanan atau depankiri
Atribut:
1) Barisan pertama serangan dan pertahanan
2) Hanya mewakili 1 poin dalam catur
3) Tetap berjuang walaupun tahu dia bahawa kehadirannya umpama semut kecil 
Kelebihan: Boleh transformasi kepada apa-apa watak yang diingini jika jejak ke kubu pihak lawan
Kelemahan: Lambat dan lembab
Moto hidup: “Saya hidup untuk mati!”

Nama: Penulis Jalanan
Gerakan: Menaip sepantas kura-kura Red Eared Slider
Atribut:
1) Gemar menulis walaupun tiada yang  mahu membaca
2) Suka merapu dalam penulisan dan perosak bahasa ibunda
3) Suka makan burger.
Kelebihan: Direct translation tahap melampau
Kelemahan: Sering perasan hensem, kacak, kool dan beriman
Moto hidup: "Ehem.. Ehem.. Kepada ANDA (Ya, anda semualah!) wahai watak -watak catur sekalian: Ketahuilah, bila nanti mati anda semua akan ditanam dalam kubur (TANAH) juga."

“DESPITE of your strengths and weaknesses, after the game ENDS, all pieces are kept in the SAME box.”




1 comment: