[Disklaimer: Aku tak tahu banyak, tapi
aku tahu apa yang aku tahu. Terima kasih.]
Assalamualaikum WBT
"Menurut
Kamus Dewan Edisi Ke-4 demonstrasi memberi definisi, tunjuk perasaan dengan
cara BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI.”
Demonstrasi telah menjadi satu trend
masyarakat. Asal ada isu yang dibangkitkan, pasti akan ada kumpulan yang
menganjurkan demonstrasi jalanan. Dan selama ini aku fikir, ‘aktiviti masa
lapang ini’ adalah sesuatu yang awesome. Tapi kini tidak lagi.
Pelbagai ambiguiti turut terselit
melalui kegiatan ini. Contohnya, apa signifikan berdemonstrasi? Apa kesan demonstrasi
kepada kumpulan sasaran? Adakah demonstrasi ini satu ikutan ATAU satu
keperluan? Tiada jalan lainkah yang lebih layak? Demonstrasi sebagai satu
solusi? Oh, aku rasa tidak!
Ohoh. Tak mahu cakap banyak.
Point
pertama: (Setakat yang aku belajar) Demonstrasi adalah BUKAN sunnah Rasulullah
SAW.
Kamu tahu cerita dakwah Muhammad SAW di
Thaif? Kalau tak tahu sila tanya ustaz Google atau syeikh Yahoo. Er. Tapi
disebabkan aku berburuk sangka bahawa tak ramai yang akan cari maklumat yang
berkenaan. Jadi, aku dengan selambanya tiru dan tampal (baca: copy and paste)
teks di bawah. Sila baca:
“Ketika itu baginda merasakan perasaan duka dan lara yang
memenuhi hatinya kerana penduduk Thaif menolak sama sekali da’wah baginda
kepada mereka. Bahkan tolakan mereka diikuti pula dengan CERCAAN dan MAKI HAMUN
serta LEMPARAN BATU kepada baginda dan Zaid bin Haritsah yang menemani baginda.
Di sini diperlihatkan satu bentuk mehnah psikologi dan mental yang amat berat
buat baginda sehinggakan baginda S.A.W. dalam satu hadith riwayat Al-Bukhary
dengan sanadnya dari Urwah bin az-Zubair daripada Aisyah r.a menyatakan bahawa
ia merupakan saat yang paling berat dalam hidup baginda. Di dalam teks Raheeq
Makhtum diceritakan bagaimana penduduk Thaif dari golongan hamba sahaya,
anak-anak kecil dan orang-orang jahat dari kalangan mereka mengekori beliau
sehingga tiba ke kebun anggur itu, iaitu kira-kira tiga batu dari bandar Thaif
sambil MENCACI dan MELEMPARKAN BATU kepada baginda dan Zaid. Pada ketika itu
dikisahkan terumpah baginda yang basah dengan lelehan darah sedang Zaid bin
Haritsah mengalami luka-luka yang amat banyak di kepala dan badannya demi
melindungi Rasulullah S.A.W.”
Berhenti penuh (baca: full stop).
Hebatkan? Demi misi menyebar risalah
suci, Muhammad SAW rela dicerca, dimaki serta dilempar batu. Kita bagaimana?
Sudahlah tidak rela dicerca dan dimaki, kerja dakwah pun tak mahu buat! Sob.
Sob. Hm.
Point yang aku nak luahkan disini
adalah berkenaan reaksi Rasulullah SAW seusai peristiwa tersebut:
“Nabi
tidak menyetujui akan cadangan malaikat Jibril dan malaikat penjaga gunung
untuk meratakan Akhsyabaini. Sebaliknya baginda mengharapkan agar Allah S.W.T
mengeluarkan dari kalangan mereka yang menyembah Allah dan tidak
menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Di dalam keadaan baginda yang kesedihan
dan kedukaan, baginda tetap mengharapkan kebaikan dari mereka.”
Nabi SAW tidak melatah. Nabi SAW tidak
berteriak kembali melontar maki hamun dan caci maki keji. Sebaliknya, baginda
SAW berdoa, memohon kepada Allah SWT mengharapkan kebaikan kepada mereka.
Malah, baginda SAW juga menolak bantuan malaikat yang mahu meratakan
Akhsyabaini.
(Maaf. Aku tak tahu apa itu Akhsyabaini. Aku agak, ini adalah nama lain bagi Thaif.)
Jadi, di sini aku tak nampak point
untuk berdemonstrasi. Jika demonstrasi adalah sesuatu yang betul dianjurkan
oleh ugama KITA, kenapa tidak Rasulullah SAW sebagai qudwah memulakannya
dahulu? Suka juga aku petik kata-kata seorang penceramah di IKIM bahawa,
“Ramai
orang yang sangat MARAH apabila Nabi SAW dihina, tapi tak ramai yang cuba CINTA
Nabi SAW sebagaimana yang sepatutnya..”
Dan
ini membawa kepada point kedua: (Kebanyakkan) Demonstrasi TIDAK mempunyai
objektif yang awesome.
Lawan bagi kata marah adalah sayang.
Jika benar cinta Nabi SAW, kenapa KITA tidak hidupkan sunnah baginda SAW?
Kenapa kita mengada-adakan sesuatu yang tiada terakam dalam lensa sirah
nabawiyah. Adakah mereka-reka itu sunnah juga? Hmpf.
Kita sibuk berasak sesak melaungkan
cinta akan Nabi SAW pada hari demonstrasi. Semangat kita berkobar! Bagai mahu
pergi perang! Sepanduk dibawa! Takbir dilaungkan! “ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!”
Dan ulang lagi!
TAPI bagaimana dengan IMAN kita?
Bertambah atau statik di takuk yang sama? ATAU lebih teruk, adakah iman kita
semakin menurun merudum? Aku mahu bertanya, “Apa TUJUAN utama buat demonstrasi
ni?”
Adakah sekadar untuk mengisi masa
lapang? Adakah sebagai pertandingan siapa jerit paling kuat? Adakah hanya sebagai
ikutan? “Eh, orang lain buat demo. Jom, ikut!” Adakah sebagai pertandingan
mereka slogan paling kreatif? Adakah pertandingan mereka sepanduk paling
cantek?
Demonstrasi yang diagung-agungkan ni
boleh tambahkan iman ke?
(Insha’Allah mungkin ada yang bertambah
imannya..)
Tapi aku yakin dengan penuh gaya,
bahawa kebanyakkan demonstrasi tidak bertujuan untuk menambahkan iman. Hanya
sekadar demonstrasi kering dan lagi mengeringkan. Hanya sekadar mengikuti trend
semasa. “Eh, orang buat demo! Aku mesti join. Nanti boleh update kat belog.
Yeay!”
Dr. Raghib As Sarjani
pernah menyebut dalam satu kuliah-kuliahnya yang berkait soal solat jemaah di
kala subuh,
"Salah seorang
penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali
satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah
solat Jumaat".
Nampak tak point aku kat sini?
Sepatutnya dan sewajarnya, perkara asas seperti pembangunan akidah menjadi
keutamaan BUKAN demonstrasi jalanan. Ya, aku sendiri tak tahu validiti
statement di atas. Tu memang salah aku sebab tak kaji lebih. TAPI jika betul
demo kerana TUHAN, apa kesan pada IMAN?
Nak
habis dah…
Aku melihat MUSLIM sekarang hilang. Hanya muncul pabila ada demonstrasi tunjuk perasaan atau bantahan. Kemudian, hilang kembali. Hanya muncul pabila ada isu baru. Hey, isu yang sedia ada pun tak settle lagi! Kamu nak menghilang ke mana?
Umat masih hanyut dalam lautan budaya
hedonisme, tak ada yang nak buat demonstrasi ke?
Bilangan orang buat kerja dakwah sangat sedikit, tak
ada yang nak buat demonstrasi ke?
Kedai 7 Eleven dan seantero dengannya
bebas menjual arak, tak ada yang nak buat demonstrasi ke?
Ada had umur untuk lihat filem lucah
(18SX), tak ada yang nak buat demonstrasi ke? (Sepatutnya, filem jenis ni
langsung tak ditayangkan.)
Easy access untuk supply rokok, tak ada
yang nak buat demonstrasi ke?
DAN yang paling UTAMA!
“JEMAAH SUBUH MASIH TAK CUKUP, TAK ADA
YANG NAK BUAT DEMONSTRASI KE CIK ABANG HOI?”
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat
bagi orang MUNAFIK. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam
solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan
merangkak” (HR Ahmad dan An Nasa’ie)
Hm. Mampu ke orang
MUNAFIK mempertahankan kesucian Islam? Uhuk.. Uhuk..
p/s: JOM, berdemontrasi
(Sila rujuk definisi demonstrasi di awal entri ini.) di masjid dan surau
berdekatan ketika Subuh dan waktu solat fardu yang lain; untuk SOLAT BERJEMAAH, sebagai bukti perasaan
cinta pada Allah SWT. JOM! :D
Rujukan:
- http://www.tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/minda-pejuang/115-sebelum-demonstrasi-bersih-kita-demonstrasi-subuh-berjemaah-dahulu
- http://dakwah.info/bekal-dakwah/peristiwa-thaif/
- http://keretamayat.blogspot.com/2012/09/demonstrasi-di-mana-kita.html
awesome one!
ReplyDelete