Pages

Followers

Sunday, July 17

Dua Pilihan Yang Utama

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.
Bila aku ada kat sini, macam-macam input berpaksikan agama dapat aku peroleh. Kalau kat rumah dulu, aku memang malas nak cari makanan untuk ruh aku. Hanya solat 5 waktu menjadi makanan harian. Dan aku tahu 'makanan ruji' itu, tidak pernah cukup bagi memutihkan hati aku yang semakin kotor.

Semalam, aku sempat menonton perlawanan persahabatan antara Harimau Muda dan Liverpool (kat TV je). Hebat. Sungguh mengagumkan. Tak sangka Malaysia masih ada pemain yang 'power' seperti Safiq Rahim dan Safee Sali. Untuk Khairul Fahmi, aku rasa kau perlu lebih latihan. Eh. Tiba-tiba pula bercerita tentang perlawanan bola sepak. =.='

Tamatnya perlawanan tersebut kami bergegas ke Surau An-Nur. Selesai solat jemaah maghrib, tibalah masa untuk 'makan'. 'Menu' pada hari semalam ialah berkenaan pilihan dalam kehidupan. Ya. sebelum ini pernah juga aku menulis berkaitan pilihan. Tetapi kali ini aku ingin menspesifikasikan mengenai pilihan antara benar dan salah.
Tiba-tiba terasa diri seperti ustaz yang berjanggut dan berkopiah sedang memberi tazkirah. Ah, abaikan sahaja.

Bermulalah 'the sharing moment'.
Saudara Naim, berkata dengan penuh yakin, "Hari ini aku nak kongsi tentang pilihan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim." Lantas, dia membaca terjemahan ayat 8 surah As-Syams.
"Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa."
Ditegaskan, Allah telah memberi kita dua pilihan utama dalam kehidupan. Jalan menuju jahat dan jalan menuju benar. Dan Allah tidak pernah memaksa kita untuk memilih.

Then, saudara Airod membaca pula terjemahan ayat 9 - 10 Surah As-Syams.
"Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya)."
"Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat)."

Allah berfirman bahawa, kemenangan itu untuk orang yang membersihkan dirinya dari dosa (bukan dengan mengikuti BERSIH 2.0 ya) Dan orang yang rugi ialah orang yang bergelumang dengan maksiat. Jelas. Tepat. Jitu. Tiada apa lagi yang dapat di sangkal.

So, the choice is ours. Hell or Heaven, choose one.  
"Tapi kan. Saya dah banyak buat dosa. Banyak sangat maksiat yang pernah saya buat. Macam mana dowh?"

Ya. Inilah persoalan yang sering bermain-main serta beriadah dalam fikiran aku. Ia sering menganggu konsentrasi hidup. Hm. Macam mana ya? Teringat aku, berkenaan jawapan teman sebilik mengenai persoalan berusia 18 tahun itu.

"Aku ada dengar satu hadis berkaitan benda ne. Bunyi dia lebih kurang macam ni lah. ''Andai kata dalam sesebuah kaum itu tiada orang yang berbuat dosa, nescaya Allah akan mengantikannya dengan kaum yang lain. Di mana ahlinya berbuat dosa dan meminta keampunan dari Aku.''

Aku mendengar dengan penuh taat. Kerja yang sedang dibuat dibiarkan tidak berteman di atas meja. Sahabat aku itu menyambung lagi. "Kalau kita faham en. Allah amat paling sungguh suka dan sayang hambaNya yang sentiasa memohon keampunan daripadaNya."

Terkesima. Aku seperti mendapat satu kunci untuk merungkai persoalan yang selalu mendampingi aku. Dan saudara ku menambah lagi. "Dalam satu hadis yang lain, ada tiga orang pemuda datang bertemu Rasulullah s.a.w."

Pemuda 1: Ya Rasulullah, aku ingin menjadi kaya.
Rasulullah : Beristigfar lah.
Pemuda 2: Ya Rasulullah, aku ingin mendapat zuriat.
Rasulullah : Beristigfar lah.
Pemuda 3: (Okay. Part ne aku tak ingat. Sorry.)
Rasulullah : Beristigfar lah.

The main point kat sini, beristigfar lah bila dah sedar bahawa diri sedang atau telah melakukan dosa. Tak rugi pon. :D

Okay. That's all peeps. Aku ne, kerja tak siap lagi. Tapi sibuk nak update blog. Haha. Bye.

p/s: room mate aku takde. so, laptop dia, aku yang punya. hahah. credit to him as well, okay.

4 comments:

  1. ...hasbiallahuwani'malwakil...=)

    ReplyDelete
  2. jazakallah khairan kathira..heh, post ni dah berhabuk tapi aku baru nak baca.. :)

    -Admin Eye of Mind-
    http://nur-eyeofmind.blogspot.com

    (internet slow, tak dpt login..)

    ReplyDelete