Pages

Followers

Saturday, November 3

#1

Betulkan Nawaitu!

“InshaAllah. Aku harap, aku tulis ni bukan sebab nafsu aku suruh tapi sebab Allah (Takut jugak kalau-kalau aku menulis ni, nafsu aku yang pandu..Kan?). Harapnya, aku menulis kali ni, betul-betul Allah yang guide lah (bukan nafsu aku).

Sesungguhnya dalam hadis 1 ada sebut, mafhum*nya: Setiap amal itu bermula dengan niat. Kalau kita niat sebab Allah, dapatlah Allah. Kalau niat sebab nak kahwin, dapatlah kahwin. Simple je. Korang yang tengah baca ni pun: Jom sama-sama tajdid* niat kita balik.

Mari membaca kerana Allah.” :)

al-Fatihah Pembuka Majlis?

“Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku tak buka belog ni dengan al-Fatihah. Jawapannya: Hm. Entahlah. Aku sendiri tak tahu apa-apa dalil, yang suruh kita buka majlis ilmu dengan ummul kitab al-Fatihah. Kalau korang tahu, sudi-sudilah komen kat bawah. Nak jugak aku belajar benda baru.”

Tiada Kebetulan!

“Satu prinsip yang aku pegang. Satu pegangan yang aku rasa saaangat osem: Dalam hidup kita ni, tak ada kebetulan. Maksudnya, semua benda yang berlaku ni, ada sebab kenapa benda ni berlaku. Samaada kita tak tahu atau kita belum tahu je apa sebabnya.

Bagi aku, kalau kita cakap kebetulan itu ada: Maka kita tengah zalim kat Allah. Macam kita cakap satu benda tu berlaku tiba-tiba je (tak ada sebab pun nak berlaku). Macam, Allah tu bukan Maha Mengetahui pulak.

Tapi aku yakin, kita beriman yang Allah tu Maha Mengetahui lagi Maha Perancang yang Maaaha Hebat! Kiranya, Allah dah tetapkan dah yang perkara sekian sekian akan berlaku on that very moment. Tak lambat dan tak cepat walau sesaat.

Allah dah tetapkan benda tu untuk berlaku (dari sebelum kita lahir lagi). Allah dah rancang semua ni untuk berlaku! Seriously, tak ada kebetulan dalam hidup kita ni. Semuanya Allah dah plan baek punya.

Nak conclude: Sebenarnya aku nak cakap, yang korang baca-baca belog aku ni bukan kebetulan. Tapi Allah memang dah rancang untuk korang baca belog ni. Yalah, kalau kita fikir balik. Ada banyak lagi belog lain! Tapi kenapa belog aku jugak korang nak baca..Kan? :)

Maksudnya, ada sebab lah kenapa Allah gerakkan hati korang untuk baca entri ni. Cuma, mungkin kita je belum tahu apa sebab dia. Hm.”

*mafhum-apa yang aku faham
*tajdid-memperbaharui

No comments:

Post a Comment