Assalamualaikum w.b.t.
Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW;
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Kenapa agak agak nya "bacalah" merupakan wahyu yang pertama eh?
[1] time exam kita akan selalu buat rujukan samada melalui buku atau internet untuk mencari jawapan terhadap sesuatu persoalan. BETUL?
[2] bila waktu senggang kita akan bace surat khabar untuk tahu isu semasa. BETUL?
[3] untuk mereka mereka yang seperti aku, lebih prefer blogwalking untuk mendapatkan input. BETUL?
[4] ramai orang Islam sekarang, lebih pandai membaca daripada memahami maksud ayat-ayat Al-Quran. BETUL?
Jelas di sini. walaupun ramai orang berkata, "membaca ni untuk budak nerd." ATAU "membaca ni tak seronok lah." HAKIKATNYA, semua orang suka membaca.
Buktinya. . .
[1] lebih ramai orang suka membalas mesej daripada menelefon. lebih murah katanya.
[2] lebih ramai memilih untuk melekat di hadapan komputer untuk ber'facebooking' daripada bermain di luar. lebih selamat katanya.
[3] lebih ramai suka blogwalking daripada vlogwalking. lebih laju, tak perlu tunggu buffering katanya.
Kenapa wahyu pertama bukan "amatilah" atau ''dengarlah" atau '' ungkaplah" ?
[1] Allah Maha Mengetahui. televisyen bakal menjadi satu medium menyalurkan maklumat yang paling utama pada masa kini. TAPI. . .
[2] Allah Maha Mengetahui. ramai hambanya di masa kini, suka akan hiburan walaupun sudah jelas, hiburan itu menampilkan artis-artis yang seksi dan memaparkan adegan yang kureng menarik.
[3] Allah Maha Mengetahui. ketika akhir zaman, manusia suka upload gambar, lagu dan video porno daripada upload video dan lagu bercorak keagamaan.
[4] Allah Maha Mengetahui. akan datang, hambanya suka bergosip, memaki, dan bertengkar daripada berkongsi ilmu atau berdakwah.
[5] Allah Maha Mengetahui. sekarang, manusia lebih suka mendengar lagu lagu daripada mendengar alunan zikir dan bacaan surah.
Buktinya. . .
[1] secara jujur. kamu, pembaca, lebih suka menonton Imam Muda (aku pun tak selalu tengok) ATAU program realiti hiburan seperti Mentor, AF, dan American Idol?
[2] secara jujur. kamu lebih prefer cakap pasal dunia ATAU akhirat?
[3] secara jujur. kamu prefer untuk download dan dengar lagu ATAU surah dalam laptop serta handphone?
Agama sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad akan kembali terasing.
"Islam mula tersebar dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing pula"
-Hadis Sahih Riwayat Abu Hurairah. (RUJUKAN)
Dalam entri ni, aku cuma nak tekankan. peranan manusia blogger sebagai agen dakwah islamiah. yea, aku bukan pemimpin sehebat Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Aku jugak tak berani atau kuat macam Saidina Umar Al-Khattab. Aku jugak tak sekaya Saidina Uthman bin Affan. Aku jugak tak pandai macam Saidina Ali Karamallahuwajhah.
TAPI
Aku ada hati. aku percaya kamu, pembaca, jugak ada hati untuk berdakwah. cuma takde dorongan dan terlalu merendah diri. TAK. aku bukan nak provoke mana-mana blogger. cuma ingat, di blog kita akan ada follower. dan setiap apa yang mereka baca di blog kita adalah tanggungan kita samada dosa ATAU pahala.
So, kenapa tak kita manfaatkan blog ni untuk memenuhkan akaun akhirat kita?
Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)-RUJUKAN
However, lebih baek baca Al-Quran daripada bace blog orang laen. sekarang baru aku faham kenapa wahyu yang pertama diturunkan adalah "bacalah". my opinion, bila membace, bermakna kite sedang mencari. so, carilah petunjuk jangan hanya berdoa memintanya tanpa sebarang usaha. :)
Ni semua pendapat aku, seorang manusia blogger muslim, ilham daripadaNya. kalau ada yang tersilap. sudikanlah diri kamu, pembaca, untuk komen entri ni.
Ni semua pendapat aku, seorang manusia blogger muslim, ilham daripadaNya. kalau ada yang tersilap. sudikanlah diri kamu, pembaca, untuk komen entri ni.
sekian. :)
p/s: korang jangan ingat aku, aezudin, budak baek+alim lepas baca post ni taw. ini serius! (-.-')
nice entry..
ReplyDeletekta selalu nda sedar dgn apa yg telah di berikan kepada kita bukan :)
pehh . terbaek wokk . tapi aku jarang ber-mesej sbb aku suke bergayutan . boleh cakap banyak bende dari mesej . bagi aku la ..
ReplyDeletebest la entri ni wehh .
woah. terbaeeek ini entry. thumbs up! :3
ReplyDeletemoga anda diberkati selalu. mmg tugas setiap muslim utk sentiasa menasihati dan bertawakal setelah mencuba. entri ni mmg menarik ^^
ReplyDeleteterima kasih (:
ReplyDeletewoah!!
ReplyDeletebaru kejap dah ramai org komen kat sini..
btw, aku lgi suke koling2 dari msej2 org...
lagi bes bercakap dr menaip.. :D
tapi aku lagi suke membace dari menengok tibi.. :)
suke entri niy....serius x perasan sblum ni...ni baru sedar..alhamdulillah....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenice one, din. truskan usaha dlm b'dakwah. demi kbaikan diri n org lain..
ReplyDeleteberada kat sini , muhasabah diri ~
ReplyDeleteheheehe...boleh pulak dye bru perasan..aisehmen.... :P
ReplyDeleteai pernah belajar ni kat sejarah islam dulu
ReplyDeletehehe =)
aku bile ase2 cm insap tetibe...aq bukak le suroh dlm on aq neh....tp x sekerap dengor lagu...yg lagho..lagho..astaghfirullah...
ReplyDeletekau bagi aku smgt utk teroskan usaha aku nak buat page khas utk kisah2 hidup nabi muhammad..btol ckp kau...y not jdkan blog ni sbg saham akhirat kita..awesome.!
ReplyDelete