Kringgg!!!
Saat loceng terbunyikan, seluruh isi sekolah yang tadinya gegak gempita
beransur sunyi. Kesemua pelajar pantas bergegas memenuhi ruangan kelas yang
lompong. Baik dari perpustakaan mahupun kantin, semuanya lincah berjalan. Waktu
rehat sudah tamat. Dan kini slot pembelajaran kembali bermula.
Menjengah ke dalam kelas 5 Muntalaq. Semua pelajar sedang duduk setia
menanti kemunculan sang guru. Masing-masing melihat jam yang di dinding.
Menanti saat demi saat. Detik demi detik. Sang guru masih juga tidak
menampakkan kelibat. Ini adalah satu keajaiban! Sang guru yang seorang ini
manalah pernah lewat. Disiplin sang guru yang teliti sentiasa dikagumi sekalian
anak muridnya. Namun. Kali ini dia terlambat pula.
Berbagai andaian permainan pemikiran yang berlegar dalam minda pelajar 5
muntalaq. Tidak kurang juga, seorang pelajar lelaki yang segak berkaca mata.
Rambutnya terbelah dua. Tingginya menggalah. Namanya Fatih. Dia turut dilanda
mainan prasangka. Tapi. Teringatkan makna ayat 12 dalam surah al-Hujurat,
segala sangkaannya termatikan: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak
dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu
mencari-cari kesalahan orang lain…”
Huh. Fatih menghela nafas panjang. Dibiarnya putaran kipas menghapus
panas di kelas. Air yang dibawanya diteguk, penghilang dahaga yang menggila.
Fatih mendagu ke meja dan menunggu penuh setia.
Seketika kemudian, muncul lah kelibat sang guru. Dia kelihatan tenang
seperti kebiasaan. Tiada langsung raut rasa bersalah terukir di wajahnya. Dia melangkah
masuk penuh cermat dan meletakkan buku yang dibawa ke atas meja guru.
Dan sudah menjadi seperti ritual berkala, semua pelajar akan berdiri
dengan otomatik dan patuhnya. Salam diucap dan doa diaminkan secara berjemaah. Kemudian,
semua duduk ringkas, tanda ritual menyambut kehadiran sang guru sudah tamat.
Seorang pelajar memberanikan diri mengangkat tangan dan lantas bertanya, “Why
you late today teacher?” Mendengarkan soalan tersebut, seantero kelas mula
menumpukan perhatian pada bait-bait perkataan yang bakal terhambur dari mulut
sang guru. Semua menanti penuh suspen.
Sang guru kehairanan. Melihat jam Seiko bertali hitam di tangan, dia
langsung memberi jawapan, “Oh. I’m truly sorry for being late. Maafkan saya deh.”
Sang guru tunduk stail jepun. Lalu memperjelaskan sebab dia kelewatan dan sumpah!
saya malas nak tulis apa yang sang guru cakapkan. Hahah.
“Hm. Okay. Sekarang, semua orang letakkan sehelai kertas atas meja. Hari ni
kita nak belajar melukis,” kata sang guru.
Dengan penuh eksaited, mereka mengeluarkan kertas A3 “PAPP!” ke atas
meja. Segala alat lukis turut tersediakan. Masing-masing menanti arahan
selanjutnya.
“Hari ni, saya nak kamu semua lukis satu benda yang kamu tak pernah
lukis. Satu benda yang kamu semua tak pernah terfikir pun nak lukis…” sang guru
sengaja berhenti bercakap. Dia langsung ke papan putih dan menulis satu
perkataan yang memang tidak asing: S-Y-U-R-G-A. “…hari ni, saya nak kamu lukis
syurga.”
Syurga? Alangkah anehnya sang guru. Bagaimana mahu lukis sesuatu yang
tidak pernah terlihatkan? Gila atau hilang waraskah sang guru? Meminta sesuatu
yang luar dari kebiasaan.
Semua murid tenggelam dalam kepelikkan. Tidak pernah langsung terfikirkan
rupa sebuah laman kedamaian.
“Eh, kamu semua tunggu apa lagi ni? Cepat lah lukis,” sang guru cuba
provoke sambil buat muka kerek. “Kamu semua ni nak masuk syurgakan?” Satu kelas
menggangguk patuh mengiyakan soalan sang guru. “Kalau betul nak masuk syurga,
tak kan lah kamu tak tahu kot macam mana rupa syurga? Kamu ni tak baca Quran
ke?” provoke sang guru lagi.
Zass!
Satu kelas terkena libasan keinsafan. Semuanya tunduk. Memikirkan bilakah
kali terakhir al-Quran dalam dekapan. Merenungkan bilakah kali terakhir ayat
suci teralunkan.
“Okay. Saya bagi kamu masa 30 minit. Suka hati kamulah nak lukis macam
mana, nak warnakan macam mana pun,” sang guru mengakhiri kata dengan penuh
bijaksana. Dia mengeluarkan senaskhah al-mathurat dan membacanya penuh tartil.
Pelajar 5 Muntalaq kesuntukkan idea. Tiada buah fikiran yang bernas tertunas.
Masing-masing mengerah sepenuh kudrat bagi etlis membuahkan sedikit bayangan perihal
syurga, walau seciput cuma. Suasana menjadi kelam kabut. Semua menjadi resah
gelisah. Tidak tahu apa yang mahu dicurahkan ke atas helaian A3 yang memutih. Pensil
digenggam erat dan setiap cubaan mencipta lukisan dipadamkan kerana kepastian
belum memihak.
Begitulah keadaannya. Sehinggalah seorang murid berkata kuat, “Weh, dalam
syurga ada bidadari kan?” Kesemua yang lain mengangguk sambil buat tanda bagus
kerana gembira dan setuju dengan pandangan tersebut.
‘Haih. Bidadari jugak yang diorang ni duk fikirkan,’ sang guru geli hati
sendiri.
Dan ribut idea mula melanda seluruh isi kelas. Masing-masing tiba-tiba
sahaja melontarkan idea osem yang entah dari mana muncul. Satu demi satu
bidikan terkena sasaran. Ada yang menyebut perihal dipan-dipan dan ada juga
yang berkata tentang sungai bawah kaki dan binaan mahligai yang indah tersegam.
Dasyat! Satu kelas dah jadi macam ulama di ketika itu.
30 minit pun berlalu dengan sekejap sahaja. Terukir senyum gembira pada
wajah mereka yang siap melakar gambaran keindahan syurga.
Walaupun saya tak ada kat kelas 5 Muntalaq, saya dengan sesuka hatinya berasa
amat kagum dengan kehebatan hasil seni pelajar kelas tersebut. Baik lelaki
mahupun perempuan, kesemuanya menghasilkan satu karya yang cukup indah di
tatapan mata. Lebih indah daripada potret monalisa. Lebih indah juga daripada
poster pilihanraya yang tertampal di sekeliling kota. Eh.
Dan sang guru pun meminta muridnya menjulang tinggi apa yang terhasilkan.
Dan seperti yang saya cakap tadi, sang guru juga turut berasa kagum dengan
indahnya lukisan. Dia tersenyum.
“Hm. Pandai pulak kamu melukis hari ni yeh,” sang guru sedikit memuji. “Mana
kamu dapat idea nak lukis segala bagai neh?”
“Kitorang rujuk al-Quran lah cikgu,” seorang pelajar membalas sambil buat
muka kerek. Rakan-rakan yang lain tertawa kecil.
“Tapi…” sang guru sambung berbicara. “Kamu rasa, macam ni ke bentuk
syurga yang kamu nak pergi nanti? Kalau sayalah, tak akan mahunya pergi syurga yang
rupa macam ni,” kata sang guru.
Satu kelas diam. Semua kebingungan. Aphal pulak cikgu ni? Tadi suruh
orang lukis, ni nak komen-komen pulak. Kalau nak cantik sangat, lukis
sendirilah. Murid-murid kembali mencuka muka. Tidak puas hati dengan komentar
dari sang guru. Sudah puas otak diperah, tidak juga menjadi hasilnya. Kecewa sungguh.
“Kamu rasa, susah tak nak lukis syurga ni?” sang guru tetiba menguntum
senyum, mengaju tanya.
Secara berjemaah, sekalian murid menjawab, “Susahhhhh.”
“Kamu rasa kenapa?” sang guru menambah tanya.
Dan bermulalah alunan merdu penuh harmoni simfoni orkestra jutaan cengkerik
dari pelbagai arah. *Krikkk! Krikkkk!*
“Sebenarnya kan. Syurga ni adalah
satu keindahan yang luar dari batasan pemikiran. Kecantikkannya pasti tidak tergambarkan
walau oleh seniman yang terpopular di dunia. Kemolekkannya tidak langsung sama
mahupun pelanduk dua serupa dengan setiap apa yang ada atas bumi ni. Kesempurnaannya
mengangkasa dan sungguh hiperbola lagaknya. Pasti tak akan ada walau seorang
pun manusia yang mampu menghasilkan gambaran walau secebis kemasyuran syurga,” sang
guru berfalsafah panjang.
Pelajar 5 muntalaq terlopong ternganga.
Seorang pelajar mengangkat tangan, “Apa poin cikgu? Saya tak faham,”
soalan tersebut diakhiri dengan aksi menggaru kepala.
“Oh. Jujur kata, saya sendiri pun pasti tak akan berjaya menghasilkan
pemandangan sebuah syurga. Dan melihatkan lukisan kamu tadi. Saya yakin, kamu
pun akan setuju bahwa kamu semua tak reti nak lukis syurga…”
“Merujuk surah Muhammad ayat 15: perumpamaan taman surga yang dijanjikan
kepada orang-orang yang bertakwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak
payau, dan sungai-sungai air susu yang tidak berubah rasanya dan sungai-sungai
khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai madu yang murni. Di
dalamnya mereka memperoleh segala macam buah-buahan dan ampunan dari tuhan
mereka…”
“Lagi. Dalam surah an-naba’, allah cakap, sungguh, orang-orang yang
bertqwa mendapat kemenangan, kebun-kebun dan buah anggur, dan gadis-gadis
montok yang sebaya dan gelas-gelas yang penuh…”
Semua pelajar serta anda semua pun masih setia suspen menunggu jawapan
sang guru.
“Poin saya. Syurga itu tersangatlah indah. Sangat indah melebihi apa yang
mampu terimaginasikan. Dan saya begitu kepingin menapaki syurga sambil
berpimpinan tangan dengan kamu semua…”
Semua murid dan anda yang membaca tiba-tiba rasa terharu yang mendalam.
“Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Jika kamu impikan syurga, impikan
lah syurga yang paling atas.” Begitupun masih. Saya sangat kepingin menyaksikan
keindahan wajah Sang Pencipta bersama kamu. Saya amat kepingin berdampingan
dengan Muhammad bin Abdullah bersama-sama dengan kamu semua…”
“… Jadi maafkan lah saya kerana terlambat tadi. Saya khuatir akibat
berlaku zalim kepada kamu kerana terlewatkan kelas, kaki saya tak terlangkah
pula melewati syurga.”
Air mata kejantanan mula perlahan mencurahi pipi Fatih. Dia menahan
semampu-mampu. Wajah sang guru ditenung, direnung tajam. Sengaja dia biarkan
manik-manik kaca yang keluar dari kelopak mata jatuh bercucuran. Insaf seketika.
Menyesal sedalam-dalamnya. Istigfar di bibir. Erti keampunan dihayati. Demi syurga
yang kini jadi obsesi.
Dan sebuah tepukan lembut menyapa bahu kanannya. “Woi, Fatih! Bangunlah.
Asyik tidur je kau ni,” sindir Umar, teman sedarjahnya.
‘Eh! Mimpi rupanya aku ni,’ monolog Fatih berseorang. Dia mengesat air
mata yang sedikit membasahi.
“Tu hah. Cikgu dah masuk,” tunjuk Umar ke arah cikgu yang di hadapan.
Melihat ke hadapan. Fatih kehairanan lalu bermonolog dalaman lagi. ‘Eh,
apsal kaunselor masuk pulak ni? Dah tukar jadual ke?’
Baru ingin mula ritual menyambut kehadiran guru, kaunselor tersebut
mengarahkan sekalian pelajar 5 muntalaq agar kembali duduk. Katanya ada
pengumuman mustahak. “Hm. Pelajar semua…” kaunselor mulakan bicara. “… Cikgu
kamu terlibat dalam sebuah kemalangan. Dan dia telah pun pulang ke rahmatullah.”
Amekaw!
Terus aje air mata kejantanan itu kembali tertumpah.
“Dan saya begitu kepingin menapaki syurga sambil berpimpinan
tangan dengan kamu semua…”
***
[theEnonimus]
Selamat hari guru ;)