Pages

Followers

Thursday, December 26

Dilema

Baru-baru ini telah berlaku suatu insiden yang tiada siapa pun ingini. Seorang mahasiswa telah diragut dan mengalami kecederaan pada tahap minimal. Semuga kesembuhan pada dirinya.

Berikutan itu, terluah juga sesuatu yang terbuku dalam diri seorang sahabat seaqidah.

Beliau melangsungkan ketidakpuashatian (di kumpulan mukabuku) terhadap sikap sesetengah akhowat yang berjalan-jalan tanpa mushrif. Katanya, “Saya duduk tepi jalan, menunggu kalau-kalau ada yang mahu minta menjadi mushrif. Tapi tiada siapa pun yang meminta.”

Selang beberapa minit.

Seorang akhowat pula memberi respon, “Takkanlah saya nak cakap, boleh tak jadi mushrif? Malulah.”

Tatkala membaca dialog (yang sengaja saya ubah suai) ini, saya pun terfikir akan dua jenis kenapa. Kenapa yang pertama, “Kenapa perlu menunggu untuk diminta tolong?” dan kenapa yang kedua, “Kenapa malu untuk meminta tolong?”

Melalui dialog di atas juga, dapat kita lihat, pertembungan ‘interest’ yang sebenarnya bersifat sama (kedua-duanya pun mahu akan kebaikkan) tapi dicemari dengan perkara-perkara yang bakal kita bincangkan di bawah.

Sebelum itu.

Sebagai pemudah cara, saya ringkaskan permasalahan di atas kepada, “Kenapa perlu menunggu untuk berbuat kebaikkan dan kenapa perlu menunggu untuk mendapat kebaikkan?”

Si ikhwah tidak mahu membuat kebaikkan (contoh: menjadi mushrif) kerana tidak mahu si akhowat tersalah anggap.

Si akhowat pula tidak mahu meminta kebaikkan kerana tidak mahu si ikhwah tersalah anggap.

Akhirnya, kedua-dua pihak pun diam membisu bersama dilema yang (pada pandangan saya) sangat aneh ini.

Masing-masing meragui akan respon yang bakal diterima,

‘Kalau aku tiba-tiba offer nak tolong, diorang cakap apa pulak nanti? Aku tunggu jeala dulu kat tepi ni,’ monolog si ikhwah

‘Kalau aku minta tolong tiba-tiba nanti, diorang cakap apa pulak?’ monolog si akhowat.

Kenapa perkara-perkara sebegini berlaku? (bagi saya) ia berlaku kerana kita berasa takut atau khuatir andainya keikhlasan kita dipersoal.

Dari fikiran seorang ikhwah, si akhowat (mungkin) akan beri respon seperti, “Ish, mamat ni, macam poyo je, tetiba nak tolong-tolong. Ni mesti nak mengorat aku! Tak  malu betul!”

Dari fikiran seorang akhowat, si ikhwah (mungkin) akan beri respon seperti, “Ish, apehal pulak minah ni? Tiba-tiba je mintak tolong. Gedik betul! Haih, perempuan zaman sekarang.”

Dan berlarutan lah sebuah konflik dalaman yang tidak putus-putus.

Ya.

Mungkin orang akan mempersoalkan. Dan dalam pada masa yang sama, mungkin juga tidak.

Solusinya?

Mudah yang amat!

Perlu kita sendiri persoalkan kembali, tenung dalam-dalam jauh ke lubuk hati dan langsung bertanya, “Kenapa aku buat benda-benda ni?”

Jika kerana Tuhan, “Go for it!” selagi mana caranya betul.

Jika bukan kerana Tuhan, “Stop! Maybe u shud rethink my dear.”

Begitu ramai di kalangan manusia yang hari-harinya dihabiskan dengan amal tanpa niat. Sebagai bukti, betapa ramai di antara kita-kita yang berbuat sesuatu dengan niat “saja-saja”. Tak perlu tanya orang. Tanya diri sendiri pun sudah cukup.

Dari sudut psikologinya. Golongan remaja-remuji sememangnya begitu; sentiasa mendahulukan impresi manusia daripada impresi Sang Pencipta. Kerana golongan ini begitu menjaga dan mementingkan pandangan serta komentar orang lain terhadap dirinya.

Baiklah. Saya harap anda-anda dapat poin yang ingin saya sampaikan:

Ikhlaskan niat dan dalam pada yang sama, cubalah bersangka baik ;)

Sekarang.

Saya mahu kemukakan sesuatu yang lebih universal.

Saya amat percaya. Dalam diri kita-kita (baik ikhwah atau akhowat), telah Tuhan letakkan satu portion keinginan kepada perkara-perkara yang baik.

Masalahnya sekarang, majoriti di antara kita-kita ini, berasa segan silu tersipu malu pabila ingin berbuat kebaikkan dan pabila ingin berbuat kejahatan, terus sahaja melaju. Kepelikkan apakah ini?

Pertama, mungkin kita segan untuk berbuat baik kerana (seperti yang disebut sebelum ini) kita khuatir ikhlas kita dipersoalkan orang di sekeliling.

Wahai.

Soal ikhlas bukan soal manusia. Hanya Tuhan sahaja yang tahu akan ikhlasnya kita.

Sila betulkan persepsi dan cara fikir.

Kedua, kerana kita begitu mementingkan pandangan atau pun komentar orang lain terhadap kita.

Kita takut dilabel. Kita takut hilang kawan.

Sehingga ketakutan ini, membuatkan kita mendahulukan pandangan yang dicipta berbanding yang mencipta.

Dan suka saya ungkapkan, kedua-duanya ini merupakan antara faktor yang menyebabkan keramaian orang tidak mahu ditarbiyah, baik melalui sistem usroh mahupun wasilah yang lain. Yakni kerana takut dipandang enteng dan takut dilabel bajet baik, poyo atau apa-apa kata yang seerti dengannya.

Seperti yang saya tulis di atas.

Jika kita berbuat kerana Tuhan, “Just go for it!” selagi mana caranya betul.

Tak payah pening kepala.

Tak perlu runsing-runsing.

Impresi Tuhan itu paling utama. Dan dalam apa-apa hal pun, Tuhan jugalah yang perlu diutama :)

enonimes: Bila saya baca kembali. Sebenarnya, manusia ini begitu takut akan impresi orang lain terhadap dirinya. Seakan-akan manusia hidup untuk menyembah manusia dan bukan untuk menyembah Tuhan.

No comments:

Post a Comment