Pages

Followers

Tuesday, December 3

Kehambaan

Assalamualaikum
Wahai, sambut salam ku walau sibuk melanda
Kerana dunia ini tempatnya sementara
Janganlah pernah engkau berduka
Kita di sini hanya pengembara
Dari satu tempat ke tempat berbeza
Akhirnya matlamat yang sama
Menuju yang maha berkuasa

Mengimbau kenangan lalu, mengimbas memori lama
Buatkan aku bertanya,
“Apa pula jasaku?”
Kini sudah dua puluh
Usia pun meningkat, ajal pun merapat
Ironinya, aku masih di sini
Tidak ke mana

Di terminal akhir
Antara jurang shurga neraka, timbang tara pahala dosa
Mana letakku? Mana penghujung buatku?
Jelas tiada dalam bayangan fikiran yang selalu meleka
Sungguh kecewa itu milik aku
Milik mayat hidup dengan jantung yang berdegupan
Aku hidup tapi tidak menghidupkan
Aku lagi mati dari mereka yang telah pergi
Aku lagi kotor dari sampah yang bertaburan
Aku sampah yang penuh kehinaan

Aku makhluk yang berdosa
Aku mengaku Allah itu Tuhan
Tapi tidak tunduk patuh penuh kehambaan
Aku mengaku Muhammad itu Rosul
Tapi tidak aku jadikan ikutan
Aku mengaku al-Quran itu benar
Tapi tidak aku sebarkan
Aku mengaku jihad itu jalanku
Tapi tidak berusaha ke arah itu
Aku mengaku maut kerana Allah kemahuanku
Tapi cita-citaku tidak setinggi itu

Allahu Allah
Siapalah aku dihadapMu?
Seorang hamba yang pantang bersyukur
Walau dikurnia nikmat seluas isi dunia
Maafkan aku, ampunkan aku
Dosaku seluas bebuih di lautan

Tak bisa terampun melainkan dengan rahmat dari Tuhan

No comments:

Post a Comment