Ia merupakan hari yang panas. Matahari terasa bagai sejengkal dari
kepala. Bahkan, Gunung Everest pun mungkin cair dengan begitu sahaja. Entah
kenapa, tiada pula awan berarakan di kala ini. Ganjil.
Ali el-Gharibi di ketika itu sedang dalam berperjalanan ke rumahnya yang
terletak di Syari’ Hendawi. Dia jalan seorang. Sebelum itu dia telah ke pasaraya
Metro, sebagai musyrif, menemani beberapa akhowat. Sementelah menghantar kumpulan
akhowat tersebut ke rumah mereka, dia pun segera menuju pulang.
Nak dikatakan betapa dasyatnya hari itu, Ali el-Gharibi telah beberapa
kali terasa bagai nak pitam. Namun, dikuatkan juga sisa langkahan untuk tiba di
kediaman.
***
Peluh semakin banyak merembes keluar. Menyebabkan kandungan air di dalam
badan semakin mengurang. Lalu, sensasi kehausan itu membuatkan Ali el-Gharibi
jelas kelihatan pucat tidak bermaya. Kasihan. Tambahan pula, dia tidak berpeluang
untuk bersarapan. Hatta minum susu kotak perisa cokelat cap Juhayna pun tidak
sempat.
“Ting!!”
Muncul satu mentol menyala terang di atas kepala Ali el-Gharibi.
Satu idea yang menarik-narik tiba-tiba timbul. ‘Hm… kalau dapat pekena
aiskrim ni, nikmat jugak. Slrrppp.’ Lalu, bermula lah kembara Ali el-Gharibi
untuk mencari aiskrim bagi melawan rasa dahaga yang mencucuk-cucuk.
***
Sasaran pertama, restoren Bakso Maha.
Restoren ini adalah kedai makan paling dekat dengan kedudukannya
sekarang. Ali el-Gharibi dengan muka yang sumpah bersemangat penuh keterujaan
melangkah ringan terus ke Bakso Maha. Bahang mentari terasa bagaikan bukan lagi
sesuatu yang menyiksakan. Malah, akibat daripada keasyikkan yang
melampau-lampau, Ali el-Gharibi terasa bagai dia sedang terawang-awangan di
awan empuk sana. Sungguh indah.
Setibanya di sana, pintu kedai tersebut dibuka cermat. Dan dengan selambaderknya
dia ke meja untuk membuat tempahan dan memesan, “Bu, aiskrim ada enggak?”
“Aiskrim? Bu, mana ada jual aiskrim sih. Apa-apaan saja kamu ni,” balas
pemilik Bakso Maha, seorang warga Indonesia.
Wajah yang ceria bertukar gundah gulana, “Takpa la bu, saya pergi kedai
lain ya. Semekom.”
Hampa penuh kecewa. Ali el-Gharibi pun berpergian lemah keluar dari
perkarangan Bakso Maha. Jelas di raut wajahnya, terpancar satu cahaya mendung
redup bersahaja.
***
Sasaran kedua, kedai Login.
Kedai ini pula terletak di selekoh sebelum masuk ke Syari’ Hendawy.
Kiranya, alang-alang sudah melalui kedai tersebut, dia pun singgah lah
sebentar. Dengan harapan, ada aiskrim dijual. Ali el-Gharibi kembali
bersemangat.
Di hadapan kedai tersebut dia berkata, “Tolonggglah ada…” dengan penuh
pengharapan.
Dia pun membuka pintu kedai tersebut. Dengan langkah kanan dia menjejaki
ke dalam kedai Login. Sunnah Rasulullah katanya. Di lihat keliling, ada
pelbagai barangan elektronik dijual. Ada TV plasma, radio, pembesar suara dan
pelbagai lagi barangan yang Ali el-Gharibi langsung tak berkeinginan untuk
membelinya.
Penuh tersusun dia melangkah ke seorang pekedai yang sedang bertugas, “Lausamah.”
Pekedai tersebut yang sedang menonton TV pun segera memperlahankan volume
TV dan menoleh ke arah Ali el-Gharibi. Dia tersenyum.
Ali el-Gharibi ni bukanlah fasih sangat bahasa Arab. Dia pun bertanya
ringkas, “Aiskrim?” sambil membuat bahasa isyarat sedang makan aiskrim.
Pekedai tersebut buat muka pelik. Oleh kerana, pekedai tersebut pun tidak
faham dan malas nak layan, dia membalas, “Laa…” sambil buat bahasa isyarat
tiada.
Sekali lagi, Ali el-Gharibi dikecewakan. “Syukran. Semekom,” dan dia pun
berlalu pergi dengan penuh kekecewaan yang menimpa-nimpa.
Di luar kedai, fikiran Ali el-Gharibi kusut. Kekering kontangan di tekak
masih belum berjaya diraikan. Dia sudah hilang sabar, “Ah! Sudah ah! Balik
rumah lagi bagus. Main Fifa ke, tengok movie ke lagi bagus.” Dan Ali el-Gharibi
pun pulang menuju ke rumahnya dengan segunung perasaan duka lara.
***
Sahabat dan juga teman serumah Ali el-Gharibi, Abu Mahmudah, terperasan
akan raut wajah Ali el-Gharibi yang tidak seperti biasanya. Dia pun dengan
penuh prihatin pergi mendapatkan Ali el-Gharibi.
“Hang ni pasai pa muka duk monyok lagu tu?” tanya Abu Mahmudah dengan
loghat utagha.
“Tadi aku pi cari aiskrim. Semua kedai aku pi, semua takdak jual
(aiskrim). Sedey kot. Tension ah.”
“Laa... Hang pi kedai mana? Selama ni aku pi elok je ada.”
“Aku pi Bakso Maha ngan kedai Login,” jawab Ali el-Gharibi penuh selamba.
Lantas, wajah Abu Mahmudah pun berubah. Dari simpati kepada muka angkat
kening sebelah “Seriously??”
“Yang hang pi Bakso Maha tu pasai pa?! Kedai tu kan jual makanan goreng-goreng
ja. Kalau hang kebuluq Ayam Bakaq Balado ka, Nasi Goreng Pattayaq ka, baru ah hang
pi kedai tu. Pastu, hang pi mana tadi? Pi Login? Kodai tu kan juai
barang-barang komputer segala bagai je. Yang hang duk loklaq pi sana pasai pa pulak?
Hadoi. Hang ni buat serabut otak ja. Hish. Ceq pulak tension dengan hang ni.
Len kali, kalau nak makan aiskrim, pi lah kedai Sahabat ke, CFC ke, masuk di akai
la jugak. Hm…” Abu Mahmudah berhenti seketika mengambil nafas baharu. Sebelum…
“Sama la kalau kita nak pi bawak budak ikut usroh pun. Kita kata, objek
dakwah kita ni hati. Tapi kita duk loklak pi beli makanan sedap-sedap, bawak
adek-adek pi jejalan sana-sini. Pastu, belanja makan kat Hadramout la, kat
Buffalo Burger la, Hambana laa… macam-macam. Bila adek-adek tak mau dengan
kita, bila adek-adek ‘tak menjadi’, kita tension, kita marah. Padahal kita tak
pernah pun nak pi mintak ngan ‘Tuan’ hati tu, supaya tautkan hati kita dengan
hati adek-adek tu. Sembahyang malam malas, baca Quran malas. Pastu nak kecewa?
Amboi. Chantek muka hang!”
Ali el-Gharibi pun insaf sebentar. Dia tertunduk malu. Sungguh, dia sedar
akan kesilapannya itu.
“Hah. So, pasni kalau nak aiskrim pi mana?” tanya Abu Mahmudah tersenyum
penuh retorik. :)
“Pergi… Err… Pergi jumpa tuan aiskrim.” :D
-THE END-
enonimes: Jom, qiam! Lalala~
No comments:
Post a Comment