Pages

Followers

Wednesday, November 13

Sempurna


Di bawah cebisan awan putih ini aku bertapak. Berpusing anganku memikir kelam-kabutnya dunia. Rasa gembira dan rasa kecewa sudah pasti akan bersilihan ganti juga bukan? Padam sahaja gundah di wajah mu, buang sahaja resah di hati mu kerana kita masih di sini tidak berganjak.

Silaplah aku jika di benak fikiran, manusia yang lain itu sempurna. Kerana yang sempurna itu hanya ada satu. Dan yang satu itu sudah pasti bukan mereka, bukan kamu dan bukan juga aku. Jadi kenapa perlu kecewa? Kenapa perlu hati ini bersedih tatkala yang berbuat silap itu namanya manusia. Mungkin selalu kebergantungan dan pengharapan itu diletak pada mereka. Sehingga terlupa peranan mutlak yang Maha Kuasa.

Maafkan sahaja mereka. Mereka tidak tahu. Mereka bukan Tuhan yang mampu baca fikiran, yang mampu baca hati, yang mampu baca setiap gerak geri. Mereka hanya manusia yang kurang arif akan erti hidup, sepertimana kita. Usahlah berkecil hati. Tiada makna pada hidup jika diri tidak pernah dikecewa. Kita sendiri pun benci bila dibilang sempurna. Kerana jelasnya kita semua tercipta dengan kurang dan lebih yang berbeda.

Senyum sahajalah. Tebarkan gembira. Kerana Tuhan itu ada untuk kita sentiasa. ;)

enonimes: sempurna dan manusia tak akan sekali

No comments:

Post a Comment