Indah.
Di depan matanya terpampang sebuah keindahan jauh melangit di atas para
norma. Keindahan itu menafi apa jua yang mahu terkhabarkan. Langsung tiada kata
yang mampu terlafaz dek terpana dengan indahnya nikmat dari Tuhan.
Terukir senyum penuh kesyukuran. Melihat mereka semua akhirnya
berpegangan tangan. Sama-sama melangkah menuju keabadian. Sungguh indah.
Bagaikan mimpi di malam hari. Ya. Sungguh indah! Jauh menandingi apa-apa yang
terlihat di pelusuk bulat Bumi.
Ah, persetankan sahaja selisih pendapat kerana kita akhirnya sebuah keluarga.
***
“Ish! Mana boleh macam ni!” bentak cikgu Andi. “Kita tak boleh buat
banyak-banyak rumah sukan! Hijau, biru, merah, kuning. Amende semua ni?!” cikgu
Andi masih juga berkeras dengan pendiriannya itu.
Suasana dalam bilik mesyuarat kelihatan tegang seketika. Semua pun
terdiam sebaik cikgu Andi menyuarakan pendapat yang sekian terpendam. Wajahnya
merah. Degup jantungnya tidak perlahan. Laju sahaja iramanya. Bagai degup
pahlawan yang sedang berasakan di medan perang.
Isunya bukan apa pun.
Karnival sukan tahunan akan diadakan tidak lama lagi. Jadi, semua cikgu
dan staf sokongan pun dipanggil untuk berbincang. Sedang semua persediaan dan
perancangan berjalan lancar, cikgu Andi kemudian mencelah. Dia tidak bersetuju
pabila dinyatakan murid-murid di sekolah itu akan dikumpulankan kepada beberapa
kelompok yang berbeza. Yakni rumah sukan hijau, biru, kuning, dan merah.
PAPP!!
Meja bilik mesyuarat sengaja di tepuk kuat.
“Tak boleh macam ni! Kalau kita pecahkan murid-murid ni, nanti diorang
mulalah nak assobiyah, nak fanatik dengan rumah sukan masing-masing. Lepas tu,
bergaduh, berbalah, semua nak tunjuk hebat. Payah nanti! Cikgu-cikgu semua tak
boleh fikir ke?!” cikgu Andi masih juga bertegas.
Volume kipas seakan dikuatkan. Kerana hanya bunyi kipas sahaja
kedengaran. Bunyi cengkerik pun tiada. Hanya bunyi kipas. Bayangkan betapa
sunyi keadaaan ketika itu. Bayangkan. Cepat! Cuba bayangkan. Eh. Hahah. Okay.
Maaf saya merapu.
***
Di satu suasana yang lain. Yang lebih damai dan tidak se kritikal dalam
bilik mesyuarat sebentar tadi. Di hadapan sebuah kelas, kelas 6 Melaka.
Kelihatan dua tubuh kecil sedang berbual sesama mereka. Nampak seperti
mustahak. Entah apa la yang mereka sedang bualkan agaknya.
“Weh, hari ni cikgu Andi tak masuk kelas. Semua cikgu ada mesyuarat. Mesyuarat
pasal sukan tahunan kalau aku tak silap,” ujar Farid.
“Ouh. Camtu ke,” balas Badri pendek. “Hm… Hari-hari pun cikgu ada
mesyuarat. Bila kita nak belajar ni? UPSR pun dah dekat.”
“Ha’ah. Betul jugak tu. Cuak la pulak bila kau cakap camtu,” Farid turut
berkongsi risau.
Jelas. Kebimbangan itu terpancar dari kilauan mata mereka yang penuh
risau. UPSR adalah tujuan hidup mereka. Mereka sudah pasti tidak mahu gagal
dalam peperiksaan tersebut. Kerana kegagalan bermakna mereka layak untuk terjun
dari bangunan tingkat 12. Dalam kerisauan mereka itu, satu kelibat laju
melintasi. Mereka berdua menoleh cuba lihat siapa.
“Eh, tu bukan cikgu Andi ke? Kau cakap dia tak masuk kelas,” kata Badri
penuh kehairanan.
“Entahlah. Sepatutnya cikgu tak masuk hari ni. Hm… Dah dah. Jom cepat
masuk kelas. Nanti kena denda pulak,” Farid dan Badri langsung laju berlari
anak menuju ke kelas.
***
Tengah hari itu, sekolah sesi pagi pun tamat. Badri dan Farid kelihatan sedang
berjalan menuju ke pintu pagar utama sekolah. Rumah Badri dekat, dia hanya
pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Farid pula menunggu bapanya yang akan
mengambilnya untuk pulang ke rumah.
“Farid, kau faham tak apa yang cikgu tadi?” Badri bertanyakan Farid.
“Faham? Pasal apa?” Faris menyoal kembali.
“Tadikan cikgu Andi ada cakap. Jangan setuju kalau pihak pengurusan
sekolah cakap nak buat banyak-banyak rumah sukan. Nanti balik rumah bagitahu
kat mak ayah supaya jangan setuju jugak. Pastu dia cakap, nak tak nak mesti ada
satu rumah sukan je,” Badri berhenti sejenak mengambil nafas. “Aku tak faham la
apa cikgu cakap tu. Kau faham ke?”
“Entah. Aku pun sebenarnya tak faham jugak. Huhu,” keluh Farid.
***
Dan diakibatkan penulis sudah malas untuk menulis arakian kelaparan yang
teramat sangat. Penulis pun membuat keputusan untuk memendekkan entri yang
kelihatan agak meleret. Penulis rasa dia mahu masak nasi goreng selepas ini. Hahah.
Uhuk. Uhuk. Ok. Ayuh sambung cerita.
***
Kemudian, setelah beberapa bulan UPSR dijalankan. Hari yang ditunggu pun tiba. Hari keramat yang bisa membuat sesiapapun turut teruja. Keputusan UPSR pun
diumumkan. Badri, Farid dan kebanyakkan rakan-rakannya yang lain tidak berjaya mendapat
5A. Langsung mereka pun naik ke tingkat
12 dan terjun bunuh diri beramai-ramai.
Dan sementara itu, di bilik mesyuarat. Cikgu Andi masih juga bertikam lidah tidak bersetuju dengan pembahagian rumah-rumah sukan yang akan dilaksanakan.
enonimes: Ah, persetankan sahaja selisih pendapat yang kecil kerana kita akhirnya sebuah keluarga. Aman.
No comments:
Post a Comment