Kecewa? Ah, biasalah tu. Aku sendiri pun seorang penkecewa tegar. Selalu sahaja kecewa bilamana apa yang dirancang tidak menjadi. Juga kecewa, bila apa yang diharap tidak direaliti. Hm… kelakar sebenarnya. Kerana dari sebuah kecewa, sebenarnya ada gembira yang bersembunyi di baliknya. Tuhan ni… bila Dia nak bagi hadiah, Dia akan balut hadiah tersebut dengan mehnah dan tribulasi. Jadi, beruntunglah kalian yang diuji banyak-banyak sepanjang jalan ini. Bersyukurlah. Bersyukurlah. Bersyukurlah.
***
Terkadang itu, bila kita disirami kecewa, apa yang kita perlukan adalah
masa untuk diri sendiri. Masa untuk meraih sebuah ketenangan. Masa untuk
mencari sebuah harapan yang kian lama makin pudar di pandangan. Masa untuk
membuah semangat untuk terus berlangkahan di jalan ini. Kerna adalah satu kesalahan
jika kita mengharapkan jalan ini penuh bunga-bunga yang berwarna-warni juga harum
semerbak.
Dan pada biasanya, aku pun memilih untuk menyendiri. Terseorang di sebuah
sudut. Di balik kaca yang memisahkan aku dan hiruk pikuk dunia yang meracau.
Lalu, aku pejamkan mata dan pekakkan telinga. Agar tiada anasir-anasir jahat
mahupun bisikan syaitan yang mampu buat ku jadi tidak keruan. Lantas, perlahan-lahan
mata hati ku buka seluas-luasnya. Dengan harapan agar cahaya yang kurang terang
pun tidak aku persiakan.
***
Pada sekeliling aku melihat. Jutaan manusia berlumba-lumba dari satu arah
ke satu arah yang berlawanan. Begitu sibuk lagaknya. Seperti kesuntukkan masa.
Entah ke mana pula tujunya. Diam sahaja aku menghayati setiap makhluk yang
dicipta Tuhan. Setiap dari mereka berbeza. Namun, ku dapati ada satu persamaan.
Yakni, mereka punya tujuan.
Persoalan muncul. Bagaimana pula dengan tujuan hidup ku? Ke mana
sebenarnya aku sedang mengarah? Ke syurga atau neraka? Kalau benar ke syurga,
kenapa di hari-hari ku terpenuhkan dosa dan noda? Adakah aku keliru dengan
matlamat hidupku? Atau sebenarnya, aku tidaklah begitu yakin dengan apa yang
aku ketahui? Adakah aku ini mangsa doktrinisasi? Hanya sebuah jasad tidak
berakal yang hanya diprogram untuk melakukan itu dan ini? Hey, siapa aku?!
***
Hm…
Terlihat pula seorang lelaki umur 40-an. Bergerak perlahan dari sebuah
kereta ke sebuah kereta yang lain, menjual barangan. Aku perhatikan sahaja.
Dari sepuluh kereta yang melintasi hanya ada satu yang berhenti membeli. Namun,
di wajahnya tiada raut kerisauan. Malah memancar pula penuh kesungguhan.
Hairan. Kenapa dia begitu bersemangat? Aku kagum seketika. Kenapa aku
tidak bersemangat sebegitu yeh? Apa sebenarnya yang memandu dia? Apa sebenarnya
yang menjadi pencetus semangat dia? Aku pun nak. Dia tampak benar-benar
bersemangat. Mungkin tujuan hidupnya menjadi faktor pembakar semangatnya.
Ah! Soalan yang sama lagi. Apa tujuan hidup aku sebenarnya? Kalau benar
aku yakin, pasti aku payah untuk berasa kecewa? Kerana sepatutnya, keyakinan
itulah yang membenam kecewa. Persoalan. Persoalan. Hey! Aku perlukan jawapan!
***
Teringat sebuah mesej yang baru kuterima sebentar tadi. Sepotong mesej
dari seorang penggerak yang kecewa. Kecewa yang memaksa dirinya menghantar
mesej ringkas, ‘Stress, rasa nak give up’.
Allahu Allah.
Jawapan balas ku padanya? ‘Baguslah
nak give up. Ummat memerlukan seorang rijal yang qawiy seperti enta. Susah
senang tu lumrah. Sebab tu perlukan pada usaha dan tawakal yang qawiy. Kita
kena give up, bagi naik. Jangan give down, bagi turun.’
Allahu Allah. Sekarang aku pulak yang rasa macam nak give up? Garu
kepala. Pandai cakap je aku ni. Pfft. Macam entah apa-apa. Ahh! Aku tak boleh
macam ni.
***
Dalam kesibukkan di luar sana, aku terlihat seorang kanak-kanak di
belakang sebuah lori. Bermain seorang penuh gembira. Dari suatu sudut yang lain
pula, aku terlihat tiga orang kanak-kanak yang menaiki kereta kuda, mengutip
kotak-kotak di longgokkan sampah. Mereka nampak ceria. Innocent.
Merekalah yang generasi yang bakal mewarisi bumi ini. Bumi ini? Aku tak nak dia jadi macam aku. Aku tak nak diorang membesar dalam sebuah dunia yang penuh kelam kabut. Aku mereka bahagia. Aku mahu dunia ini kembali ke atas paksinya yang lurus.
Tapi...
MashaAllah. ‘Apa aku tengah buat ni? Sekarang bukan masa untuk kecewa.’ Teringat pula
sebuah quote menarik yang dikongsi seorang ikhwah, ‘Kalau kita sedang kecewa.
Fikir kembali, adakah kita kecewa dengan niat kerana Tuhan? Atau kecewa kerana
sebuah kelemahan?’
Zass!!
Dan aku pun tersedar dari sebuah lamunan penuh kehampaan. Ku gosok mata dan ku lihat keliling. Aku masih di sini, tidak ke mana. Aku tersenyum. Kerana jelasnya aku masih di sini dan belum lagi mati. Masih ada waktu untuk aku terus melangkah. Cukup sebentar berehat. Sekarang masa untuk bergerak. Ayuh, akhi, sambut tanganku. Ayuh, kita melangkah menuju Tuhan .
enonimes: Akhi, ana pun tengah down. Tapi sama-samalah kita saling
menguatkan. Kita kena kuat. Supaya orang lain tak down dan terus kuat. Itulah
fungsi ukhuwah; saling kuat menguatkan, saling tampung menampung, sebagai
cerminan antara satu sama lain. Semuga Tuhan pinjamkan kita secebis dari kekuatan
Dia yang pasti tiada tolok bandingnya. Ameen. ;)
No comments:
Post a Comment