Pages

Followers

Thursday, March 27

Cerita kelakar #1

Ia adalah suatu perkara yang menggeletek hati. Tentang bagaimana suatu 'event' itu mampu mengubah kehidupan seseorang. Pasti jika aku baca entri ini di satu masa yang akan datang, aku akan tersenyum lebar sambil minda ku menerawang ke kisah-kisah semalam.

***

Benci.

Itu satu perkataan yang paling tepat. Terhadap dirinya ada rasa benci yang teramat dari aku.

Kenapa?

Dari sosoknya. Dari tingkahnya. Dari cara cakapnya. Dari lagaknya. Ahh! Benar-benar membuatkan aku rasa bengang dan tidak kena. Hinggakan pernah aku bertanya, "Hairan, wujud juga ya orang yang sebegini?"

Namun, dalam benci itu ada jugalah sedikit rasa hormat atas ilmunya yang -pada pandangan aku- lebih tinggi dari apa yang aku ada. Hanya takat itu. Tidak lebih, tidak kurang.

Nak dijadikan cerita...

Antara aku dan dia wujud satu penghubung. Satu perkara yang langsung tak terfikirkan di benak akal untuk berlaku.

Aku dan dia telah di letakkan dalam satu usroh yang sama!

Pfft.

Sungguh. Rasa tidak puas hati itu meluap-luap dalam dadaku. Bagaimana ini mungkin berlaku? Kenapa dia? Apa tidak ada pelajar lain dalam kolej ni? Argghh! Runsing.

***

Liqo' pertama:

Hati ku berdesis, 'Haih, jumpa mamat ni lagi.' *sigh*

Seperti yang di agak di fikiran, ia adalah sesi yang amat menyakitkan. Cuba bersenyum walau pada hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu.

Dan masa pun berlalu.

Liqo' demi liqo'. Dauroh demi dauroh.

Aku belajar untuk lebih mengenali mereka-mereka yang di keliling aku. Termasuk dirinya, yang kini aku tidak lagi benci.

Hmm.. Mungkin ada lah kot sikit lagi. Hahah ;p

Kini, aku dan dia belajar jauh-jauh. Tidak dekat seperti dulu.

Hanya muka buku yang menjadi medium perkhabaran antara kami. Aku baca status dia, dia -mungkin- baca status aku. Saling belajar antara satu sama lain. Aku begitu yakin dia akan menjadi orang hebat di suatu masa akan datang. Di saat itu, aku akan jadi antara penyokong dari belakang.

Begitulah.

Maaf aku bukan pencerita yang baik. Tapi jika kau ada di dekatku sekarang, pasti kau akan tersenyum juga mendengar cerita ini. Pasti.

Kerana aku pun sedang bersenyum sekarang :)

Tuesday, March 25

Pemolitik

Aku orang muda,
Kurang tahu apa-apa,
Hanya dengar cerita-cerita,
Dari mulut mereka-mereka

***

Kebanyakkan pemuda (mungkin) menyatakan kepimpinan sekarang adalah zalim. Jadinya, ia perlu ditukar dan diganti dengan kepimpinan baru yang lebih adil. Seakan-akannya, "menukar" adalah satu-satunya jalan yang ada.

Aku tertanya-tanya, jika kepimpinan sedia ada berubah menjadi tidak zalim apakah pula yang mungkin berlaku?

Mungkin kurang (atau tiada) yang memikirkannya kerana kita-kita telah putus harapan terhadap mereka. Umpamanya, setiap jalan telah dicuba direncana. Umpamanya, neraka untuk mereka dan syurga untuk "kita". (?)

Dan aku tahu, kita-kita pun belum benar jelas tentang hala tuju perjuangan yang dibawa. Yang ada dalam minda kita, hanyalah "gulingkan" dan "jatuhkan" tanpa satu asbab yang nyata.

* Kita perlu kurangkan tukang sorak dan lebihkan 'player'. Kerana bangku simpanan masih mengosong.

enonimes: Pemolitik itu, orang yang mempolitikkan semua perkara :v

Wednesday, March 19

Minda keliru

Tangisan tak terluahkan dek air mata yang kekeringan
Tawa tak menceriakan dek suara yang hilang dari pendengaran
Kalian atau aku yang buta
Cuba pejam celik mata
Terlihat hanya impian di awanan terbang mengelilingi orbit langsung ke Pluto sana
Pada mentari ada cahaya
Pada rembulan ada pantulannya
Pada Bumi ini aku berdiri
Menatap satu-persatu kejadian yang berlaku
Keliru tanpa asbab yang nyata hingga hilang rasa bangga menjadi manusia yang juga hamba
Jika aku tanyakan, "Menjadi siapa yang kau paling bangga?"
Pasti akan ada "tapi" di tengah jawabnya
Jelas
Kita semua pendosa dan pentaubat dalam satu masa
Runsing memilih ke Syurga atau Neraka di penghujungnya