Pages

Followers

Wednesday, May 28

Figura publik

"Antum rasa apa yang kita perlukan untuk menarik lebih ramai orang kepada Islam?”

“Mudah. Kita perlukan public figure di kalangan kita-kita.”

***

Tak dinafikan mempunyai figura yang berpengaruh dalam sesebuah organisasi adalah amat mustahak. Tanpa figura publik ini, keterlangsungan sesuatu yang ingin disampaikan mungkin hanya sekadar menjadi angan-angan. Tidak boleh tidak mesti kena ada etlis seorang yang memikul tanggungjawab ini.

Persoalannya.

Benarkah seorang sahaja sudah memadai?

***

Rata-rata kita (bukan semua) begitu gemar mengecilkan skop dan memandang enteng dalam memproses ide-ide. Jelas, kita telah dihidupkan Tuhan dalam satu generasi manusia yang benar-benar malas berfikir.

“Dunia di hujung jari, apa lagi yang kita nak cari?” 

Ia satu tingkah yang normal. Jadi, tak perlu risau pun. *senyum*

Namun, sedikit demi sedikit ayuh kita cuba luaskan boundary pemikiran kita-kita.

***

Apa itu public figure?

Definisi mudah, public figure ialah orang (figura) yang disegani dan dihormati oleh masyarakat umum (public) dek kerana ciri-ciri tertentu yang ada pada orang tersebut.

Dan…

Pada kebiasaan, perkataan “masyarakat” HANYA di associate dengan gambaran sekumpulan manusia yang super banyak bilangannya. Super banyak di sini membawa maksud “banyak gila ah!” Hah. Cam gitu.

Tapi sejak dua menjak ini saya berfikir:

Mungkin definisi umum yang sedia ada ter programme ini perlu dibuat sedikit modifikasi.

***

Kita perlu akui, bukan semua orang macam semua orang. Dan setiap daripada kita adalah unik, yakni berbeda antara satu sama lain.

Setiap daripada kita punya keahlian dalam bidang-bidang yang tersendiri.

Secara tidak langsung, definisi “masyarakat” yang saya ketengahkan di atas tadi –sepatutnya– bersifat dependence kepada bidang yang kita ahli. Tak semestinya masyarakat untuk seorang doktor adalah masyarakat untuk seorang engineer. Tak semestinya masyarakat untuk seorang guru adalah masyarakat untuk seorang pelajar. Dan tak semestinya masyarakat untuk seorang pemain bola adalah masyarakat untuk seorang pelumba drift.

Kita akan dapat lihat di sini akan kewujudan pelbagai kumpulan masyarakat dan bukan setakat menyapu rata masyarakat itu sebagai satu golongan sahaja.

Dengan definisi “masyarakat” yang ini, SEMUA orang pun boleh dan mesti jadi public figure. Seterusnya, tanggungjawab ini tidak lagi hanya terbeban kepada “orang-orang penting” dalam sesuatu organisasi sahaja.

Kini, akan wujud "public figure" dari sekecil-kecil kelompok masyarakat (seperti: study group, ahli rumah) sehinggalah ke sebesar-besar kelompok masyarakat.

(PERHATIAN: Istilah sebenar yang diguna pakai untuk figura kepada kelompok masyarakat yang kecil ialah private figure. TQ.)

***

Persoalan akhir:

“Cemana nak jadi public/ private figure ni, akhi?”

“Mudah aje. Jadi lah yang terbaik! Qudwah hasanah orang kata.” *senyum*

Enonimes: Fuh! Nak jadi figura dalam usroh pun payah. Cemana ni?

Tuesday, May 27

Menulis jom!

Tulis tulisan menulis tertulis,
Ditulis lisan penulis menulis.

***

Di awal dulu, aku menulis hanya untuk suka-suka. Sekadar mengisi ruangan masa yang penuh lapang. Hanya niat untuk berkongsi dan meluahkan rasa hati. Langsung tiada di fikir ku, sampai ke sekarang pun masih aku menulis huruf-huruf.

Agak kelakar sebenarnya. Kerana di satu saat kita rasa kita tidak mampu. Namun, di saat yang seterusnya, tiba-tiba sahaja ia bagaikan sesuatu yang telah mengalir lama dalam bebuluh darah kita. Ia rasa sebati dengan jiwa. Tidak ada lagi rasa awkward untuk bercerita dari sekecil-kecil perkara hingga yang sebesar-besarnya.

Bebaru ini, aku telah mendengarkan satu recording tentang perihal penulisan; sesuatu yang mengembali rasa mahu untuk mengatur jari-jemariku agar gah berdansa menyusun kata demi kata.

Buktinya, sekarang aku sedang menulis, bukan? *Senyum*

***

Dalam pada itu, aku juga mahu menyeru kalian untuk bersama aku untuk turut sama-sama menulis. Bukan sekadar menulis ringkas di tweeter. Bukan sekadar menulis status-status di mukabuku. Bukan sekadar itu. Malah lebih-lebih-lebih lagi!

Aku mahu kita tahu. Gagasan ini adalah gagasan yang perlu. Ia adalah gagasan yang memandaikan manusia-manusia. Mengembalikan kita-kita dari kebodohan yang sempit dan nyata kepada keluasan dunia yang sebenar-benarnya.

***

Cuba kita fikir seketika.

Cuba kita kira dalam satu hari berapa masa yang kita peruntukkan untuk membaca. Tidak kisah lah samada sekadar membaca nota-nota dari kuliah, membaca akhbar-akhbar, membaca status-status ataupun novel-novel ringan.

Kemudian..

Dalam masa yang kita peruntukkan itu, berapa pula portion bacaan yang mampu buat kita kembali ingat pada Tuhan, pada Neraka dan Syurga, pada dosa dan pahala. Berapa?

Ayuh kembali muhasabah.

Mengertilah di keliling kita (kebanyakkannya) hanya ada tulisan-tulisan sekular yang memisahkan kita daripada perihal ketuhanan. Tulisan-tulisan yang sedikit demi sedikit menjauhkan kita dari matlamat hidup kita yang sebenar.

Ini-inilah yang aku takutkan. Ini-inilah juga yang aku bercita-cita mahu perangkan.

Kita lawan kata dengan kata.

Kita lawan pena dengan pena.

Kita kembali mengharmonikan dunia yang semakin tua. Kita sebarkan cinta seluas-luasnya. Kita ceritakan kepada mereka-mereka ini betapa indahnya apa yang kita rasa. Kita bersihkan kembali pemikiran karut dan taghut yang sekian lama meraja. Kita hapuskan perhambaan manusia dengan manusia dan memperkenalkan perhambaan manusia dan Tuhan semata-mata.

***

Aku ada satu keyakinan.

Yakni. Bilamana makin ramai kelompokan-kelompokan penulis ini kembali bernyawa, alam ini pasti akan kembali lebih mesra manusia.

Semakin kurang lah berita-berita yang kurang enak kedengaran. Pasti kurang lah segala apa yang membantutkan perkembangan minda manusia-manusia. Pasti nanti, akan hadir satu era di mana segala macam manusia akan kembali menjadi hamba kepada Tuhan yang sebenar.

Sungguh! Aku benar yakin.

Tidak kah kalian?

***

Tapi…

Tidak pula aku mahu mengatakan bahawa penulisan-penulisan yang bakal kita sajikan ini menjadi penganti pada amal kita yang pertama dan utama.

Ingat!

Penulisan ini bukan alternative atau substitute. Ia adalah sekadar pemudah cara dan pelangsung bicara. Medan utama kita bukan di ruangan maya, BUKAN! Medan juang kita yang sebenar adalah di luar sana. Amal kita yang utama adalah menyentuh hati-hati mereka yang bingung, lapar dan dahaga. Mengembalikan mereka ke atas jalan menuju Shurga.

Kedua-duanya harus selari sekali. Seperti kaki kanan dan kaki kiri. Mana mungkin kita tinggalkan sebelah anggota kita di belakang demi untuk kita terus berjalan ke hadapan.

Jadi, apa lagi akhi?

Jom menulis! *senyum*

Enonimes: Tersenyum kehairanan saya bila baca kembali tulisan-tulisan lama.

Monday, May 26

Saat genderang perjuangan bertalu…

Aku mahu kembali menulis. Menulis kisah-kisah, menulis apa-apa yang terbenak di pemikiranku, Menulis setiap apa yang terlihat di mata ku, setiap apa yang terdengar di telingaku, juga, menulis perihal apa yang tercapai dek genggaman ku.

Berbeda dengan kali-kali yang sebelumnya.

Di kali ini, aku benar-benar ingin kembali. Tak lagi mahu berhenti. Tak lagi mahu melari. Walau apa yang bakal terjadi, kali ini aku akan benar-benar cuba dan terus mencuba tetap kukuh di pijakan ku. Terus menulis dan menulis hingga nafas ku tak lagi terhela, hingga anggota ku tak lagi bersama, hingga kuburan tak lagi hanya di mata.

Dengan lafaz basmallah, aku kembali berlangkahan ke medan tempur penulisan dakwah dan tarbiyyah. Semuga di kali ini, tidak lagi aku mengundur (walau setapak ke belakang).

In sha’ Allah. Maju. Dan ke hadapanlah!

enonimes: Doakan saya agar terus istiqamah okeh :D

Saturday, May 3

Waktu yang mengkelakarkan

Ia adalah sesuatu yang kelakar. Pabila alasan untuk tidak datang awal adalah kerana tidak mahu menunggu orang yang tidak datang awal.

Ia juga adalah sesuatu yang kelakar. Pabila ikhtiar untuk mengurangkan orang daripada datang lambat adalah dengan mengawalkan sesuatu.

Jika ini-ini datang dari kita, persoalaannya sampai bila?

***

Datang lambat.

Ia bukanlah penyakit. Bukan! Sebaliknya, ia merupakan antara simptom-simptom awal.

Sepertimana tidak menyelesaikan tugasan dengan sempurna, kerap beralasan dan tidak dapat merasakan nikmat berukhuwah, datang lambat juga merupakan tanda-tanda yakni simptom kepada permasalahan atau “penyakit” yang lebih kronik.

Sebagai “doktor”, simptom perlu dikawal dan penyakit itu wajar dikesan dan diberi perhatian yang melebih.

Bayangkan apa akan jadi jika kita berlebih-lebihan mengubati simptom sambil tidak mengendahkan permasalahan yang lebih besar?

***

Kerana objek dakwah kita adalah hati, segala apa yang berlaku, baik atau buruk, tidak boleh tidak pasti berbalik kepada persoalan mudah ini: “Masih hidup kah wahai sang hati?”

Jika merasakan hati sudah mati, mintaklah penganti.

Jangan dibiar nanti, sang jasad pula ikut menuruti.

enonimes: Biarlah sebelum hati aku mati, jasad aku dulu. Janganlah sebelum jasad aku mati, hati aku dulu.