Pages

Followers

Tuesday, May 27

Menulis jom!

Tulis tulisan menulis tertulis,
Ditulis lisan penulis menulis.

***

Di awal dulu, aku menulis hanya untuk suka-suka. Sekadar mengisi ruangan masa yang penuh lapang. Hanya niat untuk berkongsi dan meluahkan rasa hati. Langsung tiada di fikir ku, sampai ke sekarang pun masih aku menulis huruf-huruf.

Agak kelakar sebenarnya. Kerana di satu saat kita rasa kita tidak mampu. Namun, di saat yang seterusnya, tiba-tiba sahaja ia bagaikan sesuatu yang telah mengalir lama dalam bebuluh darah kita. Ia rasa sebati dengan jiwa. Tidak ada lagi rasa awkward untuk bercerita dari sekecil-kecil perkara hingga yang sebesar-besarnya.

Bebaru ini, aku telah mendengarkan satu recording tentang perihal penulisan; sesuatu yang mengembali rasa mahu untuk mengatur jari-jemariku agar gah berdansa menyusun kata demi kata.

Buktinya, sekarang aku sedang menulis, bukan? *Senyum*

***

Dalam pada itu, aku juga mahu menyeru kalian untuk bersama aku untuk turut sama-sama menulis. Bukan sekadar menulis ringkas di tweeter. Bukan sekadar menulis status-status di mukabuku. Bukan sekadar itu. Malah lebih-lebih-lebih lagi!

Aku mahu kita tahu. Gagasan ini adalah gagasan yang perlu. Ia adalah gagasan yang memandaikan manusia-manusia. Mengembalikan kita-kita dari kebodohan yang sempit dan nyata kepada keluasan dunia yang sebenar-benarnya.

***

Cuba kita fikir seketika.

Cuba kita kira dalam satu hari berapa masa yang kita peruntukkan untuk membaca. Tidak kisah lah samada sekadar membaca nota-nota dari kuliah, membaca akhbar-akhbar, membaca status-status ataupun novel-novel ringan.

Kemudian..

Dalam masa yang kita peruntukkan itu, berapa pula portion bacaan yang mampu buat kita kembali ingat pada Tuhan, pada Neraka dan Syurga, pada dosa dan pahala. Berapa?

Ayuh kembali muhasabah.

Mengertilah di keliling kita (kebanyakkannya) hanya ada tulisan-tulisan sekular yang memisahkan kita daripada perihal ketuhanan. Tulisan-tulisan yang sedikit demi sedikit menjauhkan kita dari matlamat hidup kita yang sebenar.

Ini-inilah yang aku takutkan. Ini-inilah juga yang aku bercita-cita mahu perangkan.

Kita lawan kata dengan kata.

Kita lawan pena dengan pena.

Kita kembali mengharmonikan dunia yang semakin tua. Kita sebarkan cinta seluas-luasnya. Kita ceritakan kepada mereka-mereka ini betapa indahnya apa yang kita rasa. Kita bersihkan kembali pemikiran karut dan taghut yang sekian lama meraja. Kita hapuskan perhambaan manusia dengan manusia dan memperkenalkan perhambaan manusia dan Tuhan semata-mata.

***

Aku ada satu keyakinan.

Yakni. Bilamana makin ramai kelompokan-kelompokan penulis ini kembali bernyawa, alam ini pasti akan kembali lebih mesra manusia.

Semakin kurang lah berita-berita yang kurang enak kedengaran. Pasti kurang lah segala apa yang membantutkan perkembangan minda manusia-manusia. Pasti nanti, akan hadir satu era di mana segala macam manusia akan kembali menjadi hamba kepada Tuhan yang sebenar.

Sungguh! Aku benar yakin.

Tidak kah kalian?

***

Tapi…

Tidak pula aku mahu mengatakan bahawa penulisan-penulisan yang bakal kita sajikan ini menjadi penganti pada amal kita yang pertama dan utama.

Ingat!

Penulisan ini bukan alternative atau substitute. Ia adalah sekadar pemudah cara dan pelangsung bicara. Medan utama kita bukan di ruangan maya, BUKAN! Medan juang kita yang sebenar adalah di luar sana. Amal kita yang utama adalah menyentuh hati-hati mereka yang bingung, lapar dan dahaga. Mengembalikan mereka ke atas jalan menuju Shurga.

Kedua-duanya harus selari sekali. Seperti kaki kanan dan kaki kiri. Mana mungkin kita tinggalkan sebelah anggota kita di belakang demi untuk kita terus berjalan ke hadapan.

Jadi, apa lagi akhi?

Jom menulis! *senyum*

Enonimes: Tersenyum kehairanan saya bila baca kembali tulisan-tulisan lama.

No comments:

Post a Comment