Pages

Followers

Wednesday, July 20

Al-Kisah Watak Sampingan

Assalamualaikum w.b.t.

Aku harap korang semua sehat dan maseh mampu tersenyum lebar-lebar macam aku. Hari ne hari Rabu so, dalam masa 1jam lagi (di saat entri ni mula ditulis) kelas akan bermula. Kena update blog dengan kadar yang amat segera.

Untuk pengetahuan korang semua, kat sini aku belajar Kesusasteraan atau biasa disebut sebagai Malay A1. Full-stop.

Dijadikan cerita, tiba-tiba lah kerajinan menerpa diri aku yang sedia ada pemalas ini. Membelek dan terus membelek. Pap! "Ini satu yang menarik,"desis hati kecil ku. Wah, ayat dalam blog pun dah jadi puitis laksana kumbang singgah di sekuntum bunga. Okay. Abaikan ayat-ayat yang telah digunakan. xP

Apa yang menarik tu?
Dalam 'handbook' yang dibeli, ada tertulis mengenai jenis-jenis watak dalam sesebuah sketsa atau cerpen. Meh, aku story sikit. Ini penting taw!

Watak Bulat- Lebih kurang macam 'main actor' dalam 'movie' lah.
Watak Pipih- Ne pulak watak sampingan.
Watak Kodi- Watak pelengkap sesebuah cerita.
Watak Dinamis- Watak yang banyak mengalami perubahan dalam cerita
Watak Statis- Watak beku yang tiada perubahan

Apa yang ko nak cakap ne Aezu? Macam merapik je.
Okay. Okay. Aku cuma nak tahu la en. Berapa ramai di antara korang sidang pembaca yang kacak dan cantik sekalian nak jadi watak bulat? Sape? Sape? Cepat tinggalkan komen anda di bawah. Personally, aku lebih prefer jadi watak sampingan. Menempel dalam setiap cerita yang ada.

Kiranya, aku nak jadi watak sampingan yang berpengaruh. Aku nak jadi 'pelakon' yang mempengaruhi jalan cerita manusia sekeliling aku. So, walaupun tak semua yang akan perasan tentang lakonan aku. At least, si watak utama tahu yang aku ni lah orang yang banyak berjasa. Hehe. Tiba-tiba tergelak tanpa sebab yang konkrit.

Kenapa ko tak nak jadi watak utama?
Watak utama ni banyak kerja la. Selalu je jadi bahan perhatian mata-mata yang segar memerhati. Sebagai contoh; ketua kelas. Aku tak suka jadi ketua kelas sebab orang akan expect sesuatu daripada aku. Tapi aku suka jadi orang yang menyokong dari belakang. Tak banyak hal sangat. Give support bila perlu.Mudah kan?

Tapi tak syok la camtu. Bila lagi kau nak jadi karekter utama?
Em...

Kau kan pernah cakap, "kau adalah hero dalam cerita kau..."
Em..On second thought, betul jugak apa yang ko cuba persoalkan ne. Bila lagi KITA nak jadi watak utama kan? Sekarang adalah masa yang sesuai. Teringat pula kata-kata cikgu Kimia, "It is never too early to start on something."

Meh, kita semua fikir. Life is short. So, jom kita semua jadi watak utama. Jom, kita semua galas tanggungjawab yang ada kat atas bahu kita.

Eh eh, tapi sape nak jadi watak sampingan?
Kita semualah. Kita watak utama dalam kisah hidup kita dan kita adalah watak sampingan dalam kisah hidup orang lain. Kan lagi seronok camni. Kita support each other. :)

Em. Okay lah. 30  minit lagi, kelas akan bermula. Perlu bersiap dalam kadar yang pantas. Sarapan belum lagi ni. Haish. Bye. Jumpa laen kali.

Sunday, July 17

Dua Pilihan Yang Utama

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.
Bila aku ada kat sini, macam-macam input berpaksikan agama dapat aku peroleh. Kalau kat rumah dulu, aku memang malas nak cari makanan untuk ruh aku. Hanya solat 5 waktu menjadi makanan harian. Dan aku tahu 'makanan ruji' itu, tidak pernah cukup bagi memutihkan hati aku yang semakin kotor.

Semalam, aku sempat menonton perlawanan persahabatan antara Harimau Muda dan Liverpool (kat TV je). Hebat. Sungguh mengagumkan. Tak sangka Malaysia masih ada pemain yang 'power' seperti Safiq Rahim dan Safee Sali. Untuk Khairul Fahmi, aku rasa kau perlu lebih latihan. Eh. Tiba-tiba pula bercerita tentang perlawanan bola sepak. =.='

Tamatnya perlawanan tersebut kami bergegas ke Surau An-Nur. Selesai solat jemaah maghrib, tibalah masa untuk 'makan'. 'Menu' pada hari semalam ialah berkenaan pilihan dalam kehidupan. Ya. sebelum ini pernah juga aku menulis berkaitan pilihan. Tetapi kali ini aku ingin menspesifikasikan mengenai pilihan antara benar dan salah.
Tiba-tiba terasa diri seperti ustaz yang berjanggut dan berkopiah sedang memberi tazkirah. Ah, abaikan sahaja.

Bermulalah 'the sharing moment'.
Saudara Naim, berkata dengan penuh yakin, "Hari ini aku nak kongsi tentang pilihan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim." Lantas, dia membaca terjemahan ayat 8 surah As-Syams.
"Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa."
Ditegaskan, Allah telah memberi kita dua pilihan utama dalam kehidupan. Jalan menuju jahat dan jalan menuju benar. Dan Allah tidak pernah memaksa kita untuk memilih.

Then, saudara Airod membaca pula terjemahan ayat 9 - 10 Surah As-Syams.
"Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya)."
"Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat)."

Allah berfirman bahawa, kemenangan itu untuk orang yang membersihkan dirinya dari dosa (bukan dengan mengikuti BERSIH 2.0 ya) Dan orang yang rugi ialah orang yang bergelumang dengan maksiat. Jelas. Tepat. Jitu. Tiada apa lagi yang dapat di sangkal.

So, the choice is ours. Hell or Heaven, choose one.  
"Tapi kan. Saya dah banyak buat dosa. Banyak sangat maksiat yang pernah saya buat. Macam mana dowh?"

Ya. Inilah persoalan yang sering bermain-main serta beriadah dalam fikiran aku. Ia sering menganggu konsentrasi hidup. Hm. Macam mana ya? Teringat aku, berkenaan jawapan teman sebilik mengenai persoalan berusia 18 tahun itu.

"Aku ada dengar satu hadis berkaitan benda ne. Bunyi dia lebih kurang macam ni lah. ''Andai kata dalam sesebuah kaum itu tiada orang yang berbuat dosa, nescaya Allah akan mengantikannya dengan kaum yang lain. Di mana ahlinya berbuat dosa dan meminta keampunan dari Aku.''

Aku mendengar dengan penuh taat. Kerja yang sedang dibuat dibiarkan tidak berteman di atas meja. Sahabat aku itu menyambung lagi. "Kalau kita faham en. Allah amat paling sungguh suka dan sayang hambaNya yang sentiasa memohon keampunan daripadaNya."

Terkesima. Aku seperti mendapat satu kunci untuk merungkai persoalan yang selalu mendampingi aku. Dan saudara ku menambah lagi. "Dalam satu hadis yang lain, ada tiga orang pemuda datang bertemu Rasulullah s.a.w."

Pemuda 1: Ya Rasulullah, aku ingin menjadi kaya.
Rasulullah : Beristigfar lah.
Pemuda 2: Ya Rasulullah, aku ingin mendapat zuriat.
Rasulullah : Beristigfar lah.
Pemuda 3: (Okay. Part ne aku tak ingat. Sorry.)
Rasulullah : Beristigfar lah.

The main point kat sini, beristigfar lah bila dah sedar bahawa diri sedang atau telah melakukan dosa. Tak rugi pon. :D

Okay. That's all peeps. Aku ne, kerja tak siap lagi. Tapi sibuk nak update blog. Haha. Bye.

p/s: room mate aku takde. so, laptop dia, aku yang punya. hahah. credit to him as well, okay.

Tuesday, July 12

Finding A Way Through

Assalamualaikum w.b.t.

Hey, it'd been a while since the last time i updated this blog. Hahah. Well, i'm trying hard to adapt myself to the new environment  here in Kolej MARA Banting. And in my opinion, i'm doing just fine. :D

Since the first day in the middle of the geniuses, i feel kinda a lil bit stress. Can you imagine it? Being in the middle of 369 people with extremely full self esteem! Most of them speaks as English is their mother tongue. Oh, God i wish i'm not here. Believe me. You don't want to be here. Do you believe me?

Okay. Enough with the complaining and whining. None of that matters now. Back to the main topic, peeps.

The first thing you must remember about living is to set a goal. A goal that you are really want to achieve in life. For example; to be a doctor, to have a big happy family or to get the chances to study abroad.

What about me?
Well, since i was born. I want to be the eldest in my family. So, i made up a plan to kill my two big brothers and throw their dead bodies in the sea like the U.S army did to Osama bin Laden. Em. Okay that seems kinda 'mengarut'. Hahah.

Okay. Be serious [penulisjalanan]. Since i was in Standard 1. My main objective is to be far better than my Along and Angah. Both of them are my main inspiration through my life from Form 1 to Form 5. That's why i strive really hard to excel in PMR and SPM. Alhamdulillah. I do excel in both examination.

But when I first registered here. I don't have the actual reason to excel. Yeala, both of Along and Angah tak buat International Baccaulaureate (IB). I'm lost. I have no reason to be here. Camne aku nak atasi abang aku walhal dorang tak amek pun IB?

"Gelabah la kau ne, [penulisjalanan]."

Eh, suka hati aku la. Em. Finding a way around is very very very difficult if you don't have or don't find any guiding hand(s). Alhamdulillah. I found a lot of them. They are the Year 2 students here in KMB. If i'm not mistaken. On the first night of the orientation week, Airod, the President of MPP, give a talk about niat during the sharing session.

He is saying something like, "Ingat balek apa tujuan korang datang kat sini?" "Betulkan niat korang." and then he shares something like..

"Dari Amirul Mukminin Abu Hafzin, Umar ibnu Khattab RadhiyalLahuanhu katanya: aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya.”

So, i'm just like. "Em. I think I somehow doesn't realise that most crucial part in my life." What is my niat for being here? For Him or for His magnificent creations?

What about you readers? What are your reasons to stay alive? Hebat soalan ne. Aku pun payah jugak nak jawab. Let us all think it through. Leave your responds in the comments below, okay? Share your thought and opinion.

Okay, the assignments are eagerly waiting for me right now. So, that's all. Bye. :)

P/S: tak sempat dowh nak update entri kat sini. haha. and tak ada gambar internet di sini agak lambat.