Sudah lama jari-jemari tidak berdansa di papan kekunci. Otak pula masih padat dengan formula dan jalan kira matematik yang panjang tak ingat. Huh, ini realiti! Apa boleh buat? Tapi aku masih mampu tersenyum. :))))
Alhamdulillah. Peperiksaan SEM 1 telah tamat. Berjaya jugak aku keluar dari exam hall dengan keadaan yang masih bernyawa. Aku hampir tersungkur. Soalan matematik yang terhidang amat lazat. Tak mungkin ingin aku menikmatinya lagi. Huh, realiti terlalu kejam!
Sepanjang exam week, aku tidak belajar. Okay. Itu tipu. Aku kurang belajar. Mungkin terasa diri ini bijak atau kacak. Ya, ini mungkin pemangkin ketidakbelajaran aku. Tertipu dengan indahnya dunia. Dunia yang dihadapan pastikah aku masih terus menulis melalui arena blog? *bunyi cengkerik* Soalan yang samar jawapannya.
Sudah! Cukuplah dengan alasan-alasan BODOH itu. Pasti. Tak mungkin akan maju andai terus merangka alasan. Alasan boleh dicipta. Alasan boleh di google. Alasan juga boleh di cari di wall facebook rakan taulan dan sahabat handai. Amat mudah mencari alasan. Ini serius! Aku tak menipu.
Kamu percaya tak?
Kejayaan itu tidak penting. Maksud aku. Kejayaan itu kurang penting jika dibandingkan dengan usaha dalam mencapai kejayaan itu. Ya, mungkin aku akan berjaya. Cemerlang dalam exam yang baru berlalu. Bagaimana pula dengan ijtihad aku? Padankah dengan pencapaian aku?
Seorang manusia pernah berkata, “Allah menilai seseorang itu berdasarkan usahanya BUKAN dalam kejayaannya.” Insaf sebentar. Berguling-guling. Dan kembali menaip.
Terimbas memori ketika sebuah kuliah lepas maghrib (PERHATIAN: roommate aku yang bagi tazkirah tu). “Apa yang kita kejar sebenarnya? Recognition manusia atau Sang Pencipta?” Aku terkesima. Sedikit terkedu. Allah menilai usaha. Manusia menilai Berjaya.
Teringat juga sebuah kuliah lepas maghrib yang lain. Eh, banyak jugak ya aku pergi kuliah lepas maghrib. Sedikit takabur. KAMU (yang sedang membaca) berapa kali pergi kuliah maghrib dalam seminggu? Manik-manik kristal bergenang di kelopak mata. Insaf!
Kembali ke perkara yang asal.
Manusia tersebut menyatakan dalam sebuah hadis ada menceritakan, Rasulullah pernah berpesan, “Jika di tanganmu ada sebutir biji benih, dan hari kiamat akan berlaku esok hari, maka tanamkan biji benih itu..”
Ya, ada sesetengah manusia dihidangkan kejayaan walaupun tanpa usaha. Mendapat nama walau tanpa cara. Mendapat isteri tanpa mas kahwinnya. Eh, semakin pelik! TAPI pastikah kita kejayaan yang dikecapi itu adalah kurniaanNya agar kita terus bersyukur? Mungkin ia hanyalah istidiraj semata-mata.
Istidraj. Apakah itu? Istidraj adalah sesuatu keistimewaan yang dikurniakan kepada manusia yang leka agar mereka terus leka dari mengingati Ilahi. Amat menakutkan! Along aku pernah cakap, “Kita berjaya ni, yakin ke bukan istidraj? So, kena selalulah tempelak diri sendiri.” :')
Mari berhenti memberi alasan! Berusahalah! Kerana berusaha itu eskalator kejayaan.
DITEGASKAN: USAHA ITU ESKALATOR KEJAYAAN.
p/s: baru ditegur PEDAS oleh saudara Taufiq Hamidi (mamat ni, class repsentative kelas aku). Sob. Sob. T.T
p/s2: aku nak makan peparu goreng!
Bagus gile roomate ko. Kim salam kt die.
ReplyDeleteBtw, gaya ko tulis mcm abg naqib ko... HAHA. mmg ptotla. Osem!