Pages

Followers

Thursday, November 3

GARIS NOMBOR INFINITI

Assalamualaikum w.b.t.
Laptop baru di format. Dan penulisan blog kembali aktif. Standardize test dah habis. Kini menunggu tarikh 18 November untuk peperiksaan SEM 1. Adoi. -.-’ Ah, tak kisah lah! Letak sebentar buku di tangan ke tepi agar jari dapat menari tarian Agogo di atas papan kekunci. Terus tersenyum di hadapan lappy.

Wahai manusia genius Matematik sekalian,
Kalkulator. Sempoa. Dua alatan yang sering di gunapakai untuk merungkai permasalahan tentang angka. Baik yang beribu-ribu atau yang berjuta-juta. Woah! Hebat betul kalkulator! Okay. Aku nak tanya soalan matematik sikit. Nombor apa yang mempunyai nilai numerikal yang paling besar? Eh! Tak dapat jawab?

Jawapannya adalah INFINITI. Tak ada orang tahu nombor apa exactly yang paling besar. Sebab nombor itu akan terus bertambah dan bertambah tanpa berhenti berehat bersama Kit Kat. Hebat, kan? Infiniti boleh juga di sebut sebagai sesuatu yang berterusan tanpa limitasi dan terus menerus tanpa titik noktah.

Tidak samakah dengan kehidupan di akhirat kelak? Kehidupan yang infiniti jangka hayatnya.

Wahai manusia suka nombor sekalian,
Sekarang jom kita beranalogi. Sila lukis atau tulis apa yang disuruh. Pertama, sila lukis garis nombor dari 0 hingga infiniti. Panjang tak? Kedua, letakkan satu tanda pada nombor yang ke-63. Kalau dibandingkan antara 63 dan infiniti, adalah bagai langit dengan parit. Terlalu besar perbezaannya. 

Purata jangka hayat umat Muhammad s.a.w. adalah 63 tahun. So, jika dibandingkan dengan jangka waktu 63 tahun dengan kehidupan yang abadi di akhirat. Woah! Memang terlajak ketara perbezaannya. Terlalu kecil nilai 63 di sisi infiniti. Terlalu singkat hidup kita jika di‘compare’kan dengan kehidupan abadi. 

Sepatutnya kita berasa bahawa hidup kita amat singkat. Amat singkat untuk tidak menonjolkan diri. Amat singkat untuk tidak menegakkan syiar Islam. Amat singkat untuk hanya berdiam diri. Ya, hidup terlalu sekejap. Tapi itulah masa yang diperuntukkan untuk kita mengubah segala-galanya. Bersyukur sajalah.

Wahai manusia guna kalkulator sekalian,
Ingatkah lagi di saat anda dilahirkan ke dunia? (Confirm la tak ingat kan? HEHEH) Bapa anda melagukan azan di telinga sebelah kanan. Dan melagukan iqamat di telinga sebelah kiri. Syahdu. Sungguh indah suasana di ketika itu. Menggamit seribu perasaan. Kemudian, di saat anda telah mati. Anda disembahyang mayat kan. :‘)

Jom! Cuba ‘scan’ balik.

Dalam kehidupan seharian kita, sela masa antara iqamat dan solat amatlah pendek. Tak sampai 5 minit derr. Sekejap sangat. Dalam 5 minit tu, ko nak update blog pun tak sempat. Ko nak jawab soalan Pure Math High Level pun tak sempat. Ko nak apa lagi?! Semua pun tak sempat. Terlalu singkat masa yang di peruntukkan.

Which mean, hidup kita amat singkat. Terlalu singkat. Singkat yang amat! Singkat ibarat masa kecederaan ketika MANU dibaham MANC. Sungguh sedih singkat.

"NOBODY CAN CHANGE THE PAST AND MAKE A NEW BEGINNING, BUT EVERYBODY CAN CHANGE THE PRESENTS TO CREATE A NEW ENDING"
– (ayat yang dicilok dari blog roommate

Mari membuat turning point ke arah kebaikan! Iosh!

p/s: Buzz Lightyear said, “To the infinity and beyond!” But. Seriously, what is beyond infinity? o.O

5 comments:

  1. macam citer yang ditulis oleh Hilal Asyraf dalam bukunya Fanzuru. :) Jazakallahu khairan kathira. Teruskan berjuang dalam penulisan!

    ReplyDelete
  2. LUV THIS..^^tho i have that kind kind alergic towards number,this article is just fine!!awesome!!

    ReplyDelete
  3. anologi bagus kan, nice writing!

    ReplyDelete