Pages

Followers

Monday, September 24

Logik Catur


Nama: Tuan Raja 
Gerakan: 1 petak ke mana-mana arah
Atribut:
1) Kurang boleh diharap dalam strategi serangan kerana sering menjadi sasaran musuh
2) Lebih gemar melarikan diri dari merempuh
3) Watak yang AMAT penting kerana dirinya menjadi tujuan utama permainan.  
Kelebihan: Mengistana dengan watak Istana
Kelemahan: Langkah pendek
Moto hidup: “Dunia ini berputar di keliling beta. Betalah segala-galanya! Kalau tiada beta, tiada orang mahu main catur. Wahaha”

Nama: Puan Permysuri 
Gerakan: Larian lurus sehala ke mana-mana arah yang disukai
Atribut:
1) Antara watak yang paling digeruni atas papan catur
2) Biasanya menjadi simbol kekuatan barisan serangan
3) Kematian watak ini boleh menjadi satu penangan hebat pada mental
Kelebihan: Dapat gerak jauh-jauh ke mana-mana arah
Kelemahan: Hm.
Moto hidup: “Saya adalah tulang belakang kepada segenap aspek permainan; samada serangan atau pertahanan.”

Nama: Istana
Gerakan: Gerakan lurus melintang atau menegak, sejauh mata memandang.
Atribut:
1) Mungkin watak paling dipercayai oleh Tuan Raja kerana hanya beliau yang boleh mengistana dengan Tuan Raja
2) Antara watak yang digeruni selepas Puan Permysuri
Kelebihan: Mengistana dengan watak Tuan Raja
Kelemahan: Ada kebarangkalian yang tinggi untuk tidak boleh bergerak kerana sesak
Moto hidup: “Aku hidup demi Tuan Raja!”

Nama: Rahib 
Gerakan: Gerakan lurus bukan melintang mahupun menegak.. Hm. Orang panggil apa ye?
Atribut:
1) Duduk di sebelah Tuan Raja dan Puan Permysuri sebagai penasihat
2) Sering kelihatan membawa kitab apaentah
3) Suka baca buku tak kira masa atau tempat
Kelebihan: Persis sniper kerana amat berguna jika ingin membuat serangan mengejut
Kelemahan: Sukar bergerak dan ada tendensi untuk tersekat.
Moto hidup: “Membaca jambatan ilmu.” (Er..)

Nama: Askar Kuda
Gerakan: Gerakan huruf L
Atribut:
1) Ada kuda
2) Suka sangat kuda
3) Em.. Pandai berkuda
Kelebihan: Boleh melangkah apa-apa halangan yang mendatang
Kelemahan: Sering dijadikan bahan korban di medan tempur. (Eh, Ya ke?)
Moto hidup: “Aku ada kuda, kau ada?!”

Nama: Askar
Gerakan: 1 petak kehadapan. Kalau mahu serang, hanya boleh pukul orang yang ada di depankanan atau depankiri
Atribut:
1) Barisan pertama serangan dan pertahanan
2) Hanya mewakili 1 poin dalam catur
3) Tetap berjuang walaupun tahu dia bahawa kehadirannya umpama semut kecil 
Kelebihan: Boleh transformasi kepada apa-apa watak yang diingini jika jejak ke kubu pihak lawan
Kelemahan: Lambat dan lembab
Moto hidup: “Saya hidup untuk mati!”

Nama: Penulis Jalanan
Gerakan: Menaip sepantas kura-kura Red Eared Slider
Atribut:
1) Gemar menulis walaupun tiada yang  mahu membaca
2) Suka merapu dalam penulisan dan perosak bahasa ibunda
3) Suka makan burger.
Kelebihan: Direct translation tahap melampau
Kelemahan: Sering perasan hensem, kacak, kool dan beriman
Moto hidup: "Ehem.. Ehem.. Kepada ANDA (Ya, anda semualah!) wahai watak -watak catur sekalian: Ketahuilah, bila nanti mati anda semua akan ditanam dalam kubur (TANAH) juga."

“DESPITE of your strengths and weaknesses, after the game ENDS, all pieces are kept in the SAME box.”




Saturday, September 22

Penulis Jalanan Nak Ajak SEMUA Turun Demo!


[Disklaimer: Aku tak tahu banyak, tapi aku tahu apa yang aku tahu. Terima kasih.]

Assalamualaikum WBT

"Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 demonstrasi memberi definisi, tunjuk perasaan dengan cara BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI.”

Demonstrasi telah menjadi satu trend masyarakat. Asal ada isu yang dibangkitkan, pasti akan ada kumpulan yang menganjurkan demonstrasi jalanan. Dan selama ini aku fikir, ‘aktiviti masa lapang ini’ adalah sesuatu yang awesome. Tapi kini tidak lagi.

Pelbagai ambiguiti turut terselit melalui kegiatan ini. Contohnya, apa signifikan berdemonstrasi? Apa kesan demonstrasi kepada kumpulan sasaran? Adakah demonstrasi ini satu ikutan ATAU satu keperluan? Tiada jalan lainkah yang lebih layak? Demonstrasi sebagai satu solusi? Oh, aku rasa tidak!

Ohoh. Tak mahu cakap banyak.

Point pertama: (Setakat yang aku belajar) Demonstrasi adalah BUKAN sunnah Rasulullah SAW.

Kamu tahu cerita dakwah Muhammad SAW di Thaif? Kalau tak tahu sila tanya ustaz Google atau syeikh Yahoo. Er. Tapi disebabkan aku berburuk sangka bahawa tak ramai yang akan cari maklumat yang berkenaan. Jadi, aku dengan selambanya tiru dan tampal (baca: copy and paste) teks di bawah. Sila baca:

“Ketika itu baginda merasakan perasaan duka dan lara yang memenuhi hatinya kerana penduduk Thaif menolak sama sekali da’wah baginda kepada mereka. Bahkan tolakan mereka diikuti pula dengan CERCAAN dan MAKI HAMUN serta LEMPARAN BATU kepada baginda dan Zaid bin Haritsah yang menemani baginda. Di sini diperlihatkan satu bentuk mehnah psikologi dan mental yang amat berat buat baginda sehinggakan baginda S.A.W. dalam satu hadith riwayat Al-Bukhary dengan sanadnya dari Urwah bin az-Zubair daripada Aisyah r.a menyatakan bahawa ia merupakan saat yang paling berat dalam hidup baginda. Di dalam teks Raheeq Makhtum diceritakan bagaimana penduduk Thaif dari golongan hamba sahaya, anak-anak kecil dan orang-orang jahat dari kalangan mereka mengekori beliau sehingga tiba ke kebun anggur itu, iaitu kira-kira tiga batu dari bandar Thaif sambil MENCACI dan MELEMPARKAN BATU kepada baginda dan Zaid. Pada ketika itu dikisahkan terumpah baginda yang basah dengan lelehan darah sedang Zaid bin Haritsah mengalami luka-luka yang amat banyak di kepala dan badannya demi melindungi Rasulullah S.A.W.”

Berhenti penuh (baca: full stop).

Hebatkan? Demi misi menyebar risalah suci, Muhammad SAW rela dicerca, dimaki serta dilempar batu. Kita bagaimana? Sudahlah tidak rela dicerca dan dimaki, kerja dakwah pun tak mahu buat! Sob. Sob. Hm.

Point yang aku nak luahkan disini adalah berkenaan reaksi Rasulullah SAW seusai peristiwa tersebut:

“Nabi tidak menyetujui akan cadangan malaikat Jibril dan malaikat penjaga gunung untuk meratakan Akhsyabaini. Sebaliknya baginda mengharapkan agar Allah S.W.T mengeluarkan dari kalangan mereka yang menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Di dalam keadaan baginda yang kesedihan dan kedukaan, baginda tetap mengharapkan kebaikan dari mereka.”

Nabi SAW tidak melatah. Nabi SAW tidak berteriak kembali melontar maki hamun dan caci maki keji. Sebaliknya, baginda SAW berdoa, memohon kepada Allah SWT mengharapkan kebaikan kepada mereka. Malah, baginda SAW juga menolak bantuan malaikat yang mahu meratakan Akhsyabaini.

(Maaf. Aku tak tahu apa itu Akhsyabaini. Aku agak, ini adalah nama lain bagi Thaif.)

Jadi, di sini aku tak nampak point untuk berdemonstrasi. Jika demonstrasi adalah sesuatu yang betul dianjurkan oleh ugama KITA, kenapa tidak Rasulullah SAW sebagai qudwah memulakannya dahulu? Suka juga aku petik kata-kata seorang penceramah di IKIM bahawa,

“Ramai orang yang sangat MARAH apabila Nabi SAW dihina, tapi tak ramai yang cuba CINTA Nabi SAW sebagaimana yang sepatutnya..”

Dan ini membawa kepada point kedua: (Kebanyakkan) Demonstrasi TIDAK mempunyai objektif yang awesome.

Lawan bagi kata marah adalah sayang. Jika benar cinta Nabi SAW, kenapa KITA tidak hidupkan sunnah baginda SAW? Kenapa kita mengada-adakan sesuatu yang tiada terakam dalam lensa sirah nabawiyah. Adakah mereka-reka itu sunnah juga? Hmpf.

Kita sibuk berasak sesak melaungkan cinta akan Nabi SAW pada hari demonstrasi. Semangat kita berkobar! Bagai mahu pergi perang! Sepanduk dibawa! Takbir dilaungkan! “ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!” Dan ulang lagi!

TAPI bagaimana dengan IMAN kita? Bertambah atau statik di takuk yang sama? ATAU lebih teruk, adakah iman kita semakin menurun merudum? Aku mahu bertanya, “Apa TUJUAN utama buat demonstrasi ni?”

Adakah sekadar untuk mengisi masa lapang? Adakah sebagai pertandingan siapa jerit paling kuat? Adakah hanya sebagai ikutan? “Eh, orang lain buat demo. Jom, ikut!” Adakah sebagai pertandingan mereka slogan paling kreatif? Adakah pertandingan mereka sepanduk paling cantek?

Demonstrasi yang diagung-agungkan ni boleh tambahkan iman ke?

(Insha’Allah mungkin ada yang bertambah imannya..)

Tapi aku yakin dengan penuh gaya, bahawa kebanyakkan demonstrasi tidak bertujuan untuk menambahkan iman. Hanya sekadar demonstrasi kering dan lagi mengeringkan. Hanya sekadar mengikuti trend semasa. “Eh, orang buat demo! Aku mesti join. Nanti boleh update kat belog. Yeay!”

Dr. Raghib As Sarjani pernah menyebut dalam satu kuliah-kuliahnya yang berkait soal solat jemaah di kala subuh, 

"Salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat". 

Nampak tak point aku kat sini? Sepatutnya dan sewajarnya, perkara asas seperti pembangunan akidah menjadi keutamaan BUKAN demonstrasi jalanan. Ya, aku sendiri tak tahu validiti statement di atas. Tu memang salah aku sebab tak kaji lebih. TAPI jika betul demo kerana TUHAN, apa kesan pada IMAN?

Nak habis dah…

Aku melihat MUSLIM sekarang hilang. Hanya muncul pabila ada demonstrasi tunjuk perasaan atau bantahan. Kemudian, hilang kembali. Hanya muncul pabila ada isu baru. Hey, isu yang sedia ada pun tak settle lagi! Kamu nak menghilang ke mana?

Umat masih hanyut dalam lautan budaya hedonisme, tak ada yang nak buat demonstrasi ke?
Bilangan orang buat kerja dakwah sangat sedikit, tak ada yang nak buat demonstrasi ke?
Kedai 7 Eleven dan seantero dengannya bebas menjual arak, tak ada yang nak buat demonstrasi ke?
Ada had umur untuk lihat filem lucah (18SX), tak ada yang nak buat demonstrasi ke? (Sepatutnya, filem jenis ni langsung tak ditayangkan.)
Easy access untuk supply rokok, tak ada yang nak buat demonstrasi ke?
DAN yang paling UTAMA!
“JEMAAH SUBUH MASIH TAK CUKUP, TAK ADA YANG NAK BUAT DEMONSTRASI KE CIK ABANG HOI?”

Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang MUNAFIK. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak” (HR Ahmad dan An Nasa’ie)

Hm. Mampu ke orang MUNAFIK mempertahankan kesucian Islam? Uhuk.. Uhuk..

p/s: JOM, berdemontrasi (Sila rujuk definisi demonstrasi di awal entri ini.) di masjid dan surau berdekatan ketika Subuh dan waktu solat fardu yang lain; untuk SOLAT BERJEMAAH, sebagai bukti perasaan cinta pada Allah SWT. JOM! :D

Rujukan:
  • http://www.tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/minda-pejuang/115-sebelum-demonstrasi-bersih-kita-demonstrasi-subuh-berjemaah-dahulu
  • http://dakwah.info/bekal-dakwah/peristiwa-thaif/
  • http://keretamayat.blogspot.com/2012/09/demonstrasi-di-mana-kita.html

Friday, September 21

One-Way Elevator



LIFE is like ‘riding’ an elevator
It is all about going up or going down
Or doing nothing
And stay silent on the filthy ground
Into whole new floors we are ought to found
Leaving the JAHILIYYAH behind on the ground
Pursuing the TOP FLOOR Jannah
We’d been searching this all time around

LIFE is like ‘riding’ an elevator
It is all about pressing the RIGHT buttons or switches
OR pressing nothing
And just making some STUPID wishes
Roaming free pretending nobody notices
Deciding routes, leaving trails as we progresses
Embarking to the EXCLUSIVE VVIP ‘room’ we embraces

LIFE is like ‘riding’ an elevator
It is all about following SIMPLE rules
AND basic obligations to THE ONE who handles its operation
No vandalism, no smoking, no littering, no peeing;
The don’ts carved on the wall for those with PATIENT
A simple one though BUT majority decides not to know 


LIFE is like 'riding' an elevator
It is all about meeting new STRANGERS
Allowing them to hop in
OR simply being ignorance
Its either you choose to be ALONE 
Or travel in group and making ALLIANCE
Achieving MARDHATILLAH in organisation


Yes. Yes. Yes.
LIFE is hard and difficult, I know
‘Cause we will be tested on each and every FLOOR we go
BUT that’s LIFE!
It’s all about ‘riding’ an elevator;
A one-way elevator to be precise
There is no turning back
Just GO! GO! GO!
To the TOP FLOOR Jannah we are craving for.

(p/s: Elevator.. Elevator.. Hm.. It's TIME to go to the NEXT floor.. Need to RUSH! MUST capture hadek-hadek.)