Dalam sedar tidak sedar, ia adalah sesuatu yang bahaya!
***
Walaupun, dalam satu masa boleh dibuat tanggapan umum, bahawa orang tersebut atau kita -sebenarnya- tidak berminat untuk berbual panjang dengan orang yang bertanya.
Ataupun…
Mungkin kita -sebenarnya- MEMANG tak tahu akan “Kenapa?”.
Tidak tahu akan kenapa adalah antaranya satu hasil daripada indoktrinisasi yang berjaya. Di mana, individu yang didoktrin akan berbuat sesuatu tanpa asbab yang nyata, tanpa reason yang kukuh atau tanpa ruh di dalamnya.
Umpama robot atau mesin, yang diberi input, memproses dan kemudiannya mengeluarkan output tanpa banyak tanya.
Jadi, kenapa ia bahaya?
***
Bahaya pertama
Antara mesin dan manusia, beza yang ketara adalah pada presentasi akalnya.
Jika pada mesin kita bertanya, “Kenapa sekian-sekian?” mungkin tiada respon yang diberi. Tapi tidak pada manusia.
Jika ditanya “Kenapa?”, pada awal mungkin akan hanya timbul jawapan seperti “Saja-saja” atau “Tidak tahu”. Bahayanya akan timbul, bila individu ini mencari jawapan kepada persoalan. Jika jumpa guru yang betul, alhamdulillah. Jika tidak?
Bagaimana pula jika tiada langsung guru yang boleh memuaskan kehendak soalan “Kenapa?” tersebut. Ini akan jadi lebih parah!
Individu-individu yang di program ini akan terus memberontak walau dalam diam! Kerana pada “proses” nya terganggu.
Seperti mana vending machine yang bila ditaruh duit kertas yang teruk berkeronyok tidak akan mengeluarkan tin minuman dan memuntahkan kembali not kertas tersebut. Atau lebih teruk, terus memakan wang tersebut tanpa memberi tin minuman yang diminta. Bagaimana pula, jika vending machine ini tidak mempunyai wang syiling untuk dibakikan? Ya, ia akan menyusahkan pengguna-pengguna seterusnya, sehinggalah satu maintenance yang dirapi dibuat (walaupun dengan hentakan kuat di sisinya juga terkadang boleh membantu, tapi ia adalah kes yang sangat terpencil).
Kemudian, akhirnya (jika individu-individu ini tidak ketemu jawapan) mereka akan layu, futur di pertengahan jalan. Alangkah!
***
Bahaya kedua
Membalas dengan “Saja-saja” atau “Tidak tahu” juga boleh menjadi satu indikasi bahwa, tiada elemen sengaja pabila certain-certain perkara itu dibuat. Seakan-akannya kita di control oleh satu alat kawalan jauh. Mungkin ia hanyalah sekadar tabiat individu yang unik.
Atau…
Boleh jadi, ketika itu, nafsu kita yang mengawal gerak kita!
Percayalah cakap saya, bahawa orang yang waras atau normal tidak akan berbuat sesuatu tanpa sebab.
Apa yang akan kita kata, bila sebuah kereta tiba-tiba sahaja bergerak tanpa ada pemandunya? Apa yang akan kita kata bila laptop kita tiba memainkan lagu tanpa ada orang yang menekan butang-butang?
Ini… ini kegilaan!
Dan pasti akan ada orang kata, “Hm… mesti ada hantu yang buat semua tu.”
Jika begitu, bilamana kita melakukan sesuatu seperti itu (buat sesuatu tanpa sebab) mungkin juga ada “hantu” dalam diri kita-kita. Nah! Bagaimana?
***
Poin saya, terus dan teruskan lah mencari sebab-sebab dalam berbuat sesuatu. Jangan ikut membabi buta sahaja! Carilah jawapan sepertimana Ibrahim a.s. keluar mencari Tuhan.
Kerana, “There is no such thing as stupid question but stupid answers!”
Cari sebab. Bila jumpa, genggam!
Sesungguhnya, kita tak mahu merobotkan manusia-manusia.
Sekian :)
enonimes: Mahu tak mahu, al-Quran dan as-Sunnah adalah pegangan kita sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment