Alhamdulillah. Telah selesai menyidai pakaian di belakang rumah. Fuhh. Tidak lah begitu meletihkan. Tiba-tiba teringat akan kenangan ketika menyidai pakaian sewaktu berumah di Kemaman dahulu. Panas!
Em. Mungkin ketika nanti aku mendaftarkan diri. Pasti blog ini akan menjadi tidak terurus. Sawang dan habuk akan menjadi-jadi. Harap-harap follower akan bertambah hari demi hari. Amiiin. Adakah masa yang semakin kesuntukkan ini boleh dianggap sebagai kekurangan? Mari kita berfikir sejenak.
Pasti anda pernah dengar, "Ada udang di sebalik batu," kan? Selalunya kita akan nampak batu (kekurangan) sahaja. Tapi tak pernah melihat udang di sebaliknya. Okay. Bagi tidak mengelirukan mana-mana pihak dengan maksud asal peribahasa tersebut. Aku akan menukar istilah tersebut kepada ''Ada udang di sebalik mee." Dan dalam entri ini, aku harap anda menganggap mee itu sebagai satu kekurangan. Boleh?
Melihat udang di sebalik mee.
Selalunya kita akan nampak mee. Tapi udang di sebaliknya tidak akan kelihatan kecuali anda tanpa jemu dan terus berusaha keras mencarinya di dalam mee. Ingat. Jika anda berusaha, pasti anda akan berjaya. Ini janji aku kepada anda.
Masa yang kurang itu bukan kekurangan atau so-call-masalah. Dengan masa yang kekurangan ini, aku (Insya'Allah) akan menjadi lebih matang dalam mengurus masa. Dan akhirnya masa aku akan lebih terurus dengan rapi. Okay. Itu satu kelebihan.
Mari kita lihat situasi yang berbeza. Menjadi manusia yang rabun itu kekurangan. Adakah anda setuju? Ya dan tidak. Itu sahaja jawapannya. Jangan pandai-pandai mereka struktur jawapan yang berlainan. Dua-dua jawapan adalah betul. Rabun adalah kekurangan dan rabun juga adalah kelebihan.
Di mana kelebihan menjadi rabun?
Apabila kaca mata itu ditanggalkan pasti figura yang jauh tidak jelas kelihatan (bagi yang rabun jauh sahaja). Dengan ini anda akan mempunyai alasan yang super kukuh untuk terus fokus daripada gangguan luar yang di akibatkan daripada visual. Itulah antara perkara yang aku lakukan ketika makan. Ya. Makan perlu fokus yang tinggi.
Macam mana pula dengan menjadi buta?
Ya. Ia juga ada kelebihan yang tersendiri. Kerana menjadi buta memberikan sesuatu kelebihan kepada anda untuk lebih tumpu terhadap sesuatu perkara. Contohnya, ramai sahaja hafiz yang menghafal 30 juzuk Al Quran adalah mereka yang buta. Ingat! Jangan pula anda dengan tidak semena-mena mencucuk mata anda dengan garfu untuk berjaya seperti mereka pula.
Belajarlah melihat udang di sebalik mee. Kerana udang itu sumber protein yang nyata. Itulah yang dinyatakan dalam buku biologi yang pernah aku baca. Kalau salah, sila betulkan.
p/s: Entri kedua untuk hari ini. Yes! Ni mungkin entri terakhir sebelum aku sambung belajar. Nak update entri payah sikit pasni sebab aku tak bawak laptop pergi sana. So, until next entry readers. All the best. Chiaw! :D
Saturday, June 25
Jerawat Ini Menganggu
Andai ku pergi dulu sebelum mu, kenangkanlah detik-detik bahagia. Lalalala. Lirik daripada kumpulan Alleycat. Tak pasti betul atau tidak apa yang ditulis. Ah, biarkan sahaja.
Semakin dekat tarikh 28 Jun, semakin banyak hal yang menimpa. Jerawat semakin rancak beranak-pinak dan menapak di atas muka. Penanda bahawa otak kian runsing. Situasi yang amat tidak diperlukan. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Segar sebentar. Dan masalah itu datang kembali. Huh.
Anda tahu tentang kuasa 'first impression'. Ya. Benda ini memang ada. Tak boleh nak kata tidak ada. Percaya sajalah. Jerawat yang banyak boleh menjatuhkan keyakinan individu. Secara tidak langsung 'impression' atau tanggapan manusia lain terhadap kita akan berkurang. Jadi perlu yakin kan diri dengan tiba-tiba dan kadar yang amat segera.
Jadi, macam mana perlu bagi memenangi tanggapan manusia lain terhadap kita?
1. Keyakinan.
Kalau anda tidak yakin, wanita yang jelita dan lelaki yang kacak pasti tidak akan mendekati anda. Tapi elemen pemalu itu perlu ada. Jangan pernah lupa. Untuk menjadi yakin pastikan anda tidak cepat gelabah dan terlebih menggedik apabila di tempat awam. Jika anda gagal, saham anda akan jatuh merudum. Ini bukan entri untuk mencari pasangan. Jadi endahkan sahaja perkataan saham sebentar tadi.
2. Jujur.
Satu perkataan yang hebat. Anda pasti berkata, ''Poyo juga aezudin ni." atau "Duhhhh." Ya. Katakan lah kuat-kuat. Berlaku jujur dengan diri anda. Jangan menipu. Kerana Emak pernah kata, ''Orang yang menipu akan masuk neraka kalau tidak bertaubat." Jujur juga dengan manusia lain. Tidak perlu hipokrit dalam pergaulan.
3. Penampilan.
Isu yang semakin menjadi-jadi ketika entri ini di tulis. Penampilan perlu ikut tema semasa. Kalau di kolej nanti tidak pelulah terlalu lagak seperti artis plastik. Andai kata ada cermin berdekatan, pasti rambut atau tudung dibetulkan tanpa sebarang alasan yang kukuh. Rambut cacak dan memakai shawl ke kuliah. Itu agak melampau. Tapi ini hak individu tak perlu aku panjangkan cerita. Yang penting anda selesa.
Andai kata anda berjaya mengharungi tanggpaan pertama ini, masa depan akan bersinar seperti 'spotlight' yang ada di Stadium Bukit Jalil. Anda akan menjadi seperti Rosyam Nor. Walaupun sudah tua, tapi masih mampu berlakon. Oh, ya. Rosyam Nor tidaklah begitu tua. Abaikan. Tapi kalau anda gagal, jangan risau berlebih-lebihan. Kerana lampu spotlight di lebuhraya itu juga terang.
Okay. Sudah tidak mahu menulis lagi. Kerana ada jemuran yang perlu disidai di ampaian. Sebentar lagi aku akan kembali dengan entri yang lain. Bye.
p/s: Perlu bergegas menyidai pakaian. Cepat!
Thursday, June 23
LOSING IS CRUEL BUT. . .
May peace be upon you, readers.
Tragedi Buah Salak yang berlaku minggu lepas seperti meracuni fikiran aku daripada terus mentunaskan idea yang baru. Hari ini aku mampu bersyukur kerana kesakitan itu beransur hilang.
Apa yang aku mahu sampai kan di sini adalah kekalahan itu perlu. Kalau tiada kalah pasti tiada menang. Daripada kalah akan muncul pengajaran. Dan akan terbit erti kebangkitan. Dari situ, bermula lah perjalanan baru menuju menang.
Semenjak aku kecil, aku diasuh dengan sesuatu yang aku gemar sebut sebagai kekejaman. Kekejaman yang aku maksudkan ini bukan satu benda yang salah. Kerana ia mengajar aku menjadi aku yang sekarang. Andai kata tidak wujud perkara ini, pasti aku masih jauh bermain angan.
Masih ku ingat kata-kata guru Fizik yang aku amat kagumi, "Kekejaman tanda kejayaan." Dan itu terbukti benar kerana ramai di kalangan rakan ku yang berjaya kerananya. Mungkin anda akan sedikit terkeliru. Maaf kerana itu. Kekejaman yang saya definisikan di sini adalah kekejaman dunia. Dengan erti kata lain, halangan dan ujian; kekalahan, anugerah dari Yang Maha Esa.
Masih ku ingat kata-kata guru Fizik yang aku amat kagumi, "Kekejaman tanda kejayaan." Dan itu terbukti benar kerana ramai di kalangan rakan ku yang berjaya kerananya. Mungkin anda akan sedikit terkeliru. Maaf kerana itu. Kekejaman yang saya definisikan di sini adalah kekejaman dunia. Dengan erti kata lain, halangan dan ujian; kekalahan, anugerah dari Yang Maha Esa.
Kenapa aku menyebutnya sebagai kekejaman? Kerana jutaan manusia di luar sana selalu menyumpah kegagalan yang mereka hadapi dengan kata-kata kesat. "Sial! Dapat markah rendah lagi!" "Camne boleh kalah ni. Celaka betul lah." Ini antara kata-kata yang tidak enak untuk didengari. Tapi sering diungkapkan tanpa kesedaran yang total.
Apa yang aku mahu sampai kan di sini adalah kekalahan itu perlu. Kalau tiada kalah pasti tiada menang. Daripada kalah akan muncul pengajaran. Dan akan terbit erti kebangkitan. Dari situ, bermula lah perjalanan baru menuju menang.
Oh, ya. Aku baru selesai membuat 'medical check-up' sebagai kemestian untuk aku melanjutkan pelajaran ke Kolej MARA Banting. Alhamdulillah. Satu bab telah siap. Hanya tinggal beberapa salinan dokumen yang perlu di'photostate' dan disahkan sahaja yang tinggal. Serta borang yang perlu di isi dan barang yang perlu di'packing'. Ah, masih bertimbun hal yang belum aku sudahkan. =.='
P/S: Mulai hari ni banyak perkara akan berubah. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)