Alhamdulillah. Telah selesai menyidai pakaian di belakang rumah. Fuhh. Tidak lah begitu meletihkan. Tiba-tiba teringat akan kenangan ketika menyidai pakaian sewaktu berumah di Kemaman dahulu. Panas!
Em. Mungkin ketika nanti aku mendaftarkan diri. Pasti blog ini akan menjadi tidak terurus. Sawang dan habuk akan menjadi-jadi. Harap-harap follower akan bertambah hari demi hari. Amiiin. Adakah masa yang semakin kesuntukkan ini boleh dianggap sebagai kekurangan? Mari kita berfikir sejenak.
Pasti anda pernah dengar, "Ada udang di sebalik batu," kan? Selalunya kita akan nampak batu (kekurangan) sahaja. Tapi tak pernah melihat udang di sebaliknya. Okay. Bagi tidak mengelirukan mana-mana pihak dengan maksud asal peribahasa tersebut. Aku akan menukar istilah tersebut kepada ''Ada udang di sebalik mee." Dan dalam entri ini, aku harap anda menganggap mee itu sebagai satu kekurangan. Boleh?
Melihat udang di sebalik mee.
Selalunya kita akan nampak mee. Tapi udang di sebaliknya tidak akan kelihatan kecuali anda tanpa jemu dan terus berusaha keras mencarinya di dalam mee. Ingat. Jika anda berusaha, pasti anda akan berjaya. Ini janji aku kepada anda.
Masa yang kurang itu bukan kekurangan atau so-call-masalah. Dengan masa yang kekurangan ini, aku (Insya'Allah) akan menjadi lebih matang dalam mengurus masa. Dan akhirnya masa aku akan lebih terurus dengan rapi. Okay. Itu satu kelebihan.
Mari kita lihat situasi yang berbeza. Menjadi manusia yang rabun itu kekurangan. Adakah anda setuju? Ya dan tidak. Itu sahaja jawapannya. Jangan pandai-pandai mereka struktur jawapan yang berlainan. Dua-dua jawapan adalah betul. Rabun adalah kekurangan dan rabun juga adalah kelebihan.
Di mana kelebihan menjadi rabun?
Apabila kaca mata itu ditanggalkan pasti figura yang jauh tidak jelas kelihatan (bagi yang rabun jauh sahaja). Dengan ini anda akan mempunyai alasan yang super kukuh untuk terus fokus daripada gangguan luar yang di akibatkan daripada visual. Itulah antara perkara yang aku lakukan ketika makan. Ya. Makan perlu fokus yang tinggi.
Macam mana pula dengan menjadi buta?
Ya. Ia juga ada kelebihan yang tersendiri. Kerana menjadi buta memberikan sesuatu kelebihan kepada anda untuk lebih tumpu terhadap sesuatu perkara. Contohnya, ramai sahaja hafiz yang menghafal 30 juzuk Al Quran adalah mereka yang buta. Ingat! Jangan pula anda dengan tidak semena-mena mencucuk mata anda dengan garfu untuk berjaya seperti mereka pula.
Belajarlah melihat udang di sebalik mee. Kerana udang itu sumber protein yang nyata. Itulah yang dinyatakan dalam buku biologi yang pernah aku baca. Kalau salah, sila betulkan.
p/s: Entri kedua untuk hari ini. Yes! Ni mungkin entri terakhir sebelum aku sambung belajar. Nak update entri payah sikit pasni sebab aku tak bawak laptop pergi sana. So, until next entry readers. All the best. Chiaw! :D
org rabun ni mmg sgt kelebihan... sbb ada kaca tertenggek kt mata.. (lebih) O.o
ReplyDelete:)
ReplyDelete