Semakin dekat tarikh 28 Jun, semakin banyak hal yang menimpa. Jerawat semakin rancak beranak-pinak dan menapak di atas muka. Penanda bahawa otak kian runsing. Situasi yang amat tidak diperlukan. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Segar sebentar. Dan masalah itu datang kembali. Huh.
Anda tahu tentang kuasa 'first impression'. Ya. Benda ini memang ada. Tak boleh nak kata tidak ada. Percaya sajalah. Jerawat yang banyak boleh menjatuhkan keyakinan individu. Secara tidak langsung 'impression' atau tanggapan manusia lain terhadap kita akan berkurang. Jadi perlu yakin kan diri dengan tiba-tiba dan kadar yang amat segera.
Jadi, macam mana perlu bagi memenangi tanggapan manusia lain terhadap kita?
1. Keyakinan.
Kalau anda tidak yakin, wanita yang jelita dan lelaki yang kacak pasti tidak akan mendekati anda. Tapi elemen pemalu itu perlu ada. Jangan pernah lupa. Untuk menjadi yakin pastikan anda tidak cepat gelabah dan terlebih menggedik apabila di tempat awam. Jika anda gagal, saham anda akan jatuh merudum. Ini bukan entri untuk mencari pasangan. Jadi endahkan sahaja perkataan saham sebentar tadi.
2. Jujur.
Satu perkataan yang hebat. Anda pasti berkata, ''Poyo juga aezudin ni." atau "Duhhhh." Ya. Katakan lah kuat-kuat. Berlaku jujur dengan diri anda. Jangan menipu. Kerana Emak pernah kata, ''Orang yang menipu akan masuk neraka kalau tidak bertaubat." Jujur juga dengan manusia lain. Tidak perlu hipokrit dalam pergaulan.
3. Penampilan.
Isu yang semakin menjadi-jadi ketika entri ini di tulis. Penampilan perlu ikut tema semasa. Kalau di kolej nanti tidak pelulah terlalu lagak seperti artis plastik. Andai kata ada cermin berdekatan, pasti rambut atau tudung dibetulkan tanpa sebarang alasan yang kukuh. Rambut cacak dan memakai shawl ke kuliah. Itu agak melampau. Tapi ini hak individu tak perlu aku panjangkan cerita. Yang penting anda selesa.
Andai kata anda berjaya mengharungi tanggpaan pertama ini, masa depan akan bersinar seperti 'spotlight' yang ada di Stadium Bukit Jalil. Anda akan menjadi seperti Rosyam Nor. Walaupun sudah tua, tapi masih mampu berlakon. Oh, ya. Rosyam Nor tidaklah begitu tua. Abaikan. Tapi kalau anda gagal, jangan risau berlebih-lebihan. Kerana lampu spotlight di lebuhraya itu juga terang.
Okay. Sudah tidak mahu menulis lagi. Kerana ada jemuran yang perlu disidai di ampaian. Sebentar lagi aku akan kembali dengan entri yang lain. Bye.
p/s: Perlu bergegas menyidai pakaian. Cepat!
yakin!! yoshi.. sambil sipu2 malu~ heheheh
ReplyDeleteI HATE MY PIMPLES TOO. T_T
ReplyDeleteboleh jadi Allah adakan pimples tu utk kita rasa malu,, kerana malu itu perisai orang beriman.. O.o
ReplyDelete