Pages

Followers

Monday, May 28

Saya Seorang Penghantar Surat

Bismillahi Arrahman Arrahim
Hari-hari yang berlalu akan aku habiskan dengan rutin yang sama. Rutin ini ku anggap sebagai tugasku. Satu amanah yang mustahak dipikul. Satu tanggungjawab yang hanya aku layak untuk menggalasnya. Sebab apa kau tanya? Sebab aku seorang penghantar surat. 

Menjadi penghantar surat bukanlah mudah. Ini serius. Aku tak tipu! Kebanyakan mereka beranggapan, profesion ini lapuk dan hanya layak untuk golongan lemah seperti aku. Tidak kah mereka sedar, ini juga tugas mereka? Atau mereka sahaja yang buta hati dan tak tahu? Entah lah- 

Setiap hari seperti hari yang sama. Terik mentari menjadi teman ku buat saban hari. Burung-burung tak pernah berhenti bergosip di atap rumah siapa entah. Aku pula kepanasan. Tak pernah langsung berubah. Inilah jalan yang ku pilih, satu jalan yang amat panjang lagi tiada disanjung kecuali segelintir cuma. 

Tugas ku amat mudah. Hanya ada satu. Semudah mengunyah gula-gula getah perisa mint oh, enak sekali. Hanya perlu menghantar surat dari rumah ke rumah. Ke sana ke mari. Walaupun tempat yang aku belum pernah terokai. Pastinya aku akan jelajahi. 

Kadang-kadang, ada juga aku terpegun di satu simpang. Membaca alamat yang tertera. Tapi gagal ditafsir oleh akal fikiran ku. Lantaran itu, aku terpaksa menebalkan muka setebal Tembok Cina bertanya kepada mereka yang seronok lalu lalang. Malu bertanya, sesat jalan cik adik hoi! 

Dan setiap kali itu juga. Pasti! Aku pasti akan belajar sesuatu yang baharu. Sesuatu yang mungkin sahaja tak akan aku pelajari jika tidak mahu bertanya. Seusai mengetahui jawapan, aku akan terus kehadapan, kiri atau kanan mengikut arahan. Tapi, selalu sahaja aku terlupa. Dan memaksa aku bertanya kembali. Hihi. 

Panas, terik, hujan, badai, salji, rebut topan, mahupun ada raksasa Musang Ekor Sembilan yang mengganas, aku pasti harungi dengan penuh gagah. Kerana aku yakin, ada jutaan jiwa yang sedang menunggu ku. Menunggu di pintu rumah atau depan pagar utama dengan penuh harapan dan mata yang bersinar-sinar aduhai terangnya! 

Aku menghantar surat kepada semua. Tak kira umur, warna kulit, sokong parti mana atau pakai cermin mata ke tidak. Ohoho. Aku tak memilih. Kerana kerja ku hanya menghantar. Selesai menghantar, terpulanglah kepada mereka untuk membaca atau tidak. 

Kalau nak buang dalam parit pun boleh. Aku tak kisah! Kerjaku, tugasku hanyalah untuk memastikan risalah ini sampai ke tangan pemiliknya. Jika mereka buang dalam parit pun, mereka yang rugi dan bukan aku. Dan jika diperlukan, hari esok pasti aku akan datang lagi membawa surat yang mungkin berlainan isinya. 

Ya, aku tahu. Masih ada jutaan lagi jiwa yang menunggu di luar sana. Sebab itulah aku tak pernah berhenti beraksi. Bersama motor kapcai milik ku, aku berangkat tak kira berat atau ringan, memulakan sayembara pengembaraan yang penuh mehnah. Penuh kekacauan dan kacau bilau. 

Tak cukup dengan itu, kadang-kadang aku juga di uji dengan kenakalan anjing-anjing di tepi jalan. Entah kenapa, makhluk ini gemar mengejar ku tak tentu haluan. Aku buntu. Aku keliru. Apa salahku? Aku hanya menjalankan tugasku. Tugas yang diamanahkan oleh Tuhan.

(p/s: Lusa, saya akan terbang ke negara jiran menjadi penghantar surat dari Malaysia. Oh ya. 'Anjing-anjing' ini juga makhluk Tuhan, jadi jangan rasa berat hati untuk menegur mereka ya. Aman.)

7 comments:

  1. @Inspector Saahab:
    Alhamdulillah kalau faham. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah paham :)
      teruskan bershahadatul haq :)
      saya juga seorang postman ! hoyeahh

      Delete
    2. haih.. antum ni. dah jumpa kat tempat sama, hari sama, tarikh sama, matlamat sama. takkak mcm ni?? erm, wokey, mesti tau masjid salak tinggi kan. jadi, yihaah~

      Delete
  2. eh sapekah antum berdua ni? salak tinggi woot woot. memori. haha

    ReplyDelete
  3. kat rumah skang ni, hantar-hantar la surat kat parents + adik-beradik terchenta pulak lagi-lagi surat dari taski shah Alam. semoga jumpa lagi.

    ReplyDelete