Pages

Followers

Monday, May 14

Menggaru Hidung Yang Tiba-Tiba Sahaja Gatal

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang
Suasana tiba-tiba sahaja gegak gempita! Meriah tak terhingga. Hampir keseluruhan isi asrama blok C berpusu-pusu menyempitkan bilik TV. Terdiam. Aku tersenyum sendiri. Ketika itu, aku bersama seorang ikhwah sedang dalam perjalanan ke blok A atas satu urusan yang agak mustahak. Dalam fikirku, agak sedih melihat tingkah mereka. Bersorak-sorak, menjerit-jerit. Untuk apa? Bola je kot. Entahlah. Garu-garu kepala.

Setibanya di blok A, kami terus ke bilik senior. Malangnya, tuan bilik tiada. Kecewa. Tapi tak mengapa. Kami dengan selamba masuk dan lepak dengan harapan, senior itu cepat pulang. Kemudian, terdengar pula sorakan yang hampir sama seperti di blok C. Sorakan senior tahun 2 yang mungkin sahaja sedang menonton TV. Amboi, seronok betul! Keliru. Sekali lagi, kesedihan itu timbul dari mana entah.

Diri ini dipersalahkan oleh aku, akibat tidak giat dalam aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Mereka tiada salah, kerana mereka belum betul faham. Tidak lah ingin aku menabik diri, mengatakan yang aku benar faham. Benar. Taraf ku tidak kurang dan tidak lebih dari mereka yang lain. Tapi etlis aku sedar akan tenatnya masyarakat sekarang. Dan merupakan tanggungjawab ku untuk menyedarkan mereka juga. Ramainya bilangan di bilik TV, mungkin sahaja ramai juga yang akan mendakwaku di akhirat kelak. Oh. Aku mesti lakukan sesuatu. Tapi apa?

Lagi mau tanya? Heh. Apa lagi yang di tunggu? Jom! :D

Tak salah jika kita ingin bersorak gembira melihat pasukan kegemaran menang. Tak salah juga jika membuat bising hingga menganggu mereka yang lain. Dan lagi. Tak salah jika kita ingin memberi sokongan padu atas dasar patriotisme. Jadi, jika semua tak salah, apa masalahnya lagi wahai Penulis Jalanan? Oh, ya. Pura-pura lupa. Heheh. Masalahnya, adalah bila kita kurang cerdik dalam memilih mana yang dahulu. Jika kita arif membuat pilihan, pasti tak huru-hara kehidupan. Ahah!

Ya, secara peribadi, tak salah jika kita ada kemahuan (desire) untuk itu, ini dan itu kembali. Sebab kemahuan lah yang menggerakkan manusia. Kemahuan jugalah yang memberi tenaga untuk kita terus berusaha. Kemahuan jugalah yang membuatkan anda sedang membaca belog ini. Oops. Kantoi sudah! Wahaha. Tapi, jika kemahuan itu tidak dicorak dengan tepat, pasti sia-sia jadinya. Niat tidak menghalalkan cara, ya. Jangan lupa. Kenyit mata.

Contoh mudah. Tiba-tiba sahaja kita berkemahuan untuk melalak dan menyanyi di khalayak umum. Jika tidak dapat, terasa bagai bermain jigsaw puzzle yang kehilangan kepingannya. Dasyat! Tidak lengkap hidup! Waduh. Getir sekali gamatnya. Seperti biasa, pilihan itu senantiasa berada di hadapan mata kita. Tinggal nak pilih je. Mudah, bukan? Malangnya, ramai yang memilih jalan yang salah. Rasanya, tak perlulah aku cakap, apa jalan yang betul. Tak perlu, kan?

Eh, nak jugak? Okay lah. Mengada betul. Wahaha. Jalan yang benar pastilah jalan yang membawa kita lebih akrab dengan Allah. Menyanyi di khalayak umum membawa mesej dakwah. Bersama-sama mengingatkan sesama kita. Sebaliknya, bukan pula menyanyi, melalak, dengan pakaian tak tutup aurat. Lelaki dan perempuan lebih kurang sahaja. Aduhai. Dalam Islam juga ada hiburan, taw. Sebab itulah, Islam bukanlah agama yang membosankan. Hiburan yang bagaimana? Hah. Pergilah tanya ustaz, ustazah dan mereka yang berilmu. Buat apa tanya aku? Aku bukan ustaz. Wahaha.

Nanti dah tahu jawapan, sila post di ruangan komen, okeh. Boleh sama-sama kita tambah ilmu yang cetek ni. InsyaAllah.

Jadinya, aku tak larang jika kau mahu bersorak. Aku tak tegah jika kau mahu berdating. Aku tak marah jika kau mahu membakar minyak di tengah malam (burn the midnight oil). Asalkan, kau bersorak untuk kebebasan saudara kita di Palestin sana. Bersorak untuk menegakkan syiar Islam. Kau berdating dengan isteri yang sah diijab kabul. Kau berjaga malam, selepas tidur sebentar dan bangun untuk solat sunat tahajud terlebih dahulu.

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.
(Surah Ar-Rum, ayat 64)

Kawan-kawanku, teman sekuliah, para pensyarah, saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga, pembaca belog yang budiman dan kacak bergaya sekalian. Tidakkah dunia hanyalah sekadar senda gurau? Ouch! Terkena batang hidung sendiri. Gatal. Garu-garu hidung. Ahah! I see what you did there.

Sekian.

No comments:

Post a Comment