Pages

Followers

Wednesday, May 2

Aku Dan Kucing

Bismillahi Arrahman Arrahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Baru-baru ini saya menerima sebuah komen yang amat jarang-jarang di dapati. Tidak terkejut tapi mampu membuat kan saya tersenyum simpul. Komen tersebut berbunyi seperti yang berikut:
"Weh asal ko fanatik dgn kucen kah?"

Wah! Ada juga rupanya mereka yang perasan akan perubahan trend gambar yang Penulis Jalanan gunakan. Apa-apa pun, terima kasih di ucapkan atas keprihatinan anda. Di sebabkan saya agak teruja dengan penyataan yang dikemukakan, satu entri ini, saya tulis untuk menjawab nya. Harap entri ini mampu menjadi jawapan akan sebarang bentuk kesulitan yang di hadapi kalian. Terimalah!

Aku dilahirkan ke dunia sebagai seorang kanak-kanak yang comel, gebu dan amat gemar mengejar kucing-kucing yang berkeliaran. Bagi aku, mengejar kucing adalah satu hobi yang amat menyihatkan. Dengan mengejar kucing, secara tidak langsung seluruh tubuh badan beserta otak diperguna untuk berjaya. Ingat, objektif utama bukan lah menangkap kucing tapi memastikan kucing itu giat berlari-lari. Wahaha.

Bayangkan lah, satu malam di sebuah restoran. Aku dan sidang keluarga sedang sibuk menunggu sajian makanan yang di pesan. Kemudian, seekor kucing datang melintasi meja yang kami duduk. Kucing itu kelihatan amat slumber. Mungkin kucing itu tidak kenal siapa kah Penulis Jalanan. Atau mungkin sahaja kucing itu terpedaya dengan muka comel anugerah Tuhan kepada ku. Tanpa segan silu tersipu malu, aku pantas mengorak langkah memulakan misi mengejar kucing.

Aku terjun dari kerusi yang pada ketika itu agak tinggi bagi ku. Aku berlari dan mengelak sebarang halangan yang ada; kerusi, waiter dan longkang. Cahaya yang amat terhad pada malam itu tidak langsung menggentar kan hati ini. Aku hanya teruskan berlari tanpa sebarang nawaitu yang jelas. Di mana kucing itu berada, di situ juga aku. Tiada peluang ku berikan kepada kucing itu untuk berehat sebentar walaupun bersama  Kit-Kat. Hahaha. Aku hanya akan menangguh misi tatkala kedengaran suara ibu yang merdu memanggil ku untuk makan.

Semakin ku membesar, hobi itu kian hilang. Kucing-kucing juga seakan-akan tiada lagi dalam kamus hidupku. Mungkin aku semakin matang. Hehe. Tiba-tiba tersenyum bangga. Aku tidak lagi mengejar kucing. Walaupun ngiauan kucing seperti memanggil ku, mencabar agar di kejar, aku tidak endah. Aku hanya buat-buat kool. Namun, perlu diakui terkadang aku akan sengaja menyergah kucing-kucing yang ada agar mereka lari bertempiran. Melihat mereka berlari, memberikan aku that sense of victory. Yeah!

Ketika sekolah berasrama, pernah juga seluruh ahli dorm aku bertindak memelihara seekor kucing. Seekor anak kucing yang comel bermata bulat. Setiap hari kami akan bermain dengan kucing tersebut. Sehinggalah, pada suatu hari kucing itu hilang dari penglihatan kami. Aku dan yang lain berasa amat sedih. Sehari suntuk kami mencari tapi kelibatnya tiada terlihat. Pada malam itu, senior ku telah menemui sang kucing di dalam lokernya. Lega. Walaubagaimanapun, kucing tersebut telah menyahtinjakan bahan-bahan buangan ketika berada dalam loker. Hal ini melayakkannya untuk dibuang dorm. Kami bersepakat untuk tidak lagi membela kucing.

Aku semakin membesar dan membesar menjadi seorang pemuda yang tampan segak bergaya. Kini aku berpindah rumah ke Kuantan. Di sebuah taman perumahan yang pada pendapat ku aman dan tenteram. Tapi jangan di sangka taman yang tenang tiada kucing. Eh? Di sebabkan laman rumah ku agak luas, kucing gemar sekali menabur baja organik bertaburan di merata tempat. Pada mulanya aku tidak kisah kerana aku jarang sekali keluar rumah. Aku berfikiran, bahawa perbuatan kurang pendidikan kucing tersebut tidak langsung akan menjejaskan aku.

Namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan turun di tengah hari. Wah! Selesai SPM, ketika bercuti, aku sering kali di suruh untuk membuang harta peninggalan kucing di laman rumah ku. Ia seakan menjadi satu rutin yang tiada berpenghujung. Oleh yang demikian, setiap kali aku terlihat kekucing sedang bertatih di atas pagar atau mengintai di luar pagar, aku akan menghalau mereka dengan amat ikhlas. Segala bola rugby, pistol air serta selipar jepun menjadi senjata utama ku. ‘Semoga mereka berasa khuatir untuk datang selepas ini,’ harapku.

Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi diri ku. Setiap kali aku terjumpa kekucing, pasti akan timbul satu perasan hasad yang amat tinggi. Pasti aku berasa ingin mengenakan kekucing yang ada.

Setibanya aku ke alam perkolejan, persepsi aku beranjak lagi. Masih ingat, ketika sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini, satu tayangan video diadakan. Video tersebut adalah berkenaan peribadi nabi Muhammad s.a.w. yang luhur lagi amat murni sekali. Merujuk video tersebut, ada bahagian yang menceritakan mengenai perihal Rasulullah s.a.w. dengan kucing. Diceritakan, bahawa baginda amat menyayangi kucing. Dan disaat terbacanya sebuah hadis, jiwa ku tersentap:

“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi.” (Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Oh, my Allah! What have I done! I never fail to make those innocent cats to suffer. I never respect those furry creatures. And I always try to vary my approach in hurting them. What have I done! If the prophet Muhammad p.b.u.h. care to love those cats, why should not I? Am I that perfect to ignore this one simple but excellent deed? Am I? Am I? I knew the answer, “I am not!” Oh, Allah, forgives me for all the wrongdoings I had done.

Disebabkan video tak sampai setengah jam itu, perasaan ku terhadap kucing telah berubah. Aku semakin menghormati kucing. Selalu sahaja aku membelai mereka ketika mereka menyibukkan diri di anjung surau. Selalu juga aku menegur dan bergosip dengan mereka ketika terserempak dalam perjalanan menuju ke koperasi kolej. Dan terkadang, duit belanja ku di habiskan untuk membeli Whiskas untuk mereka. Entah lah kenapa. Tapi aku agak berbangga dengan perubahan ini.

Hubungan aku dengan kucing semakin rapat dari ke hari. Sekian.

[ p/s: Oh, ya. Aku tidak akan membuka muka buku dari tarikh 3/5 hingga tamat exam. Sila doa akan keberjayaan aku dan rakan-rakan menjelang exam SEM 2 nnti~ ]

1 comment:

  1. what a funny way to look back at your life. kucing kat rumah aku ni ngada2 sgt. nengalahkan tuan rumah tatkala dgn bangganya landing atas kerusi empuk sambil mengurai bulu-bulunya yg sudah naik berbulu aku tengok. ;P

    ReplyDelete