Pages

Followers

Friday, June 1

Saya Nak Jadi Sahabat Yang Sangat Baik [edit]

[credit]
Apa sebenarnya erti kita berkawan? Pabila kita berkawan, apa yang kita harapkan sebagai imbalan? Perlu ke ada rasa cemburu akan kawan kita? Wujudkah makhluk bergelar kawan ini? Atau agak lebih kritikal, kawan ini resipi masakan jenis apakah? Sedap ke? Ada rasa macam ikan paus goreng celup tepung tak?

(Oh, ya! Sebelum saya menulis dengan begitu panjang lebarnya. Suka saya ingatkan, saya tak mahu membahaskan berkenaan perbezaan rakan, kawan, sahabat dan perkara yang seantero dengannya. Saya rasa ada perkara yang lebih mustahak untuk dibicarakan jika dibandingkan dengan masalah perbezaan definisi rakan, kawan dan sahabat. Sumpah!)

Okay. Mari kita mulakan!

Masyarakat masa kini sering dimomokkan dengan artikel berkenaan cara-cara untuk memilih kawan yang baik dan sifat-sifat kawan yang sebenar. Ada juga artikel berkenaan, kepentingan memilih dalam berkawan. Saya tidak menafikan bahawa elemen ini amat vital dalam sistem perhubungan dan pembentukan jati diri seorang manusia.

Seorang kawan itu mencerminkan siapa kita yang sebenar. Dalam pada yang sama, seorang kawan juga akan menjadi pembentuk akhlak dan pegangan hidup seorang manusia. Terutamanya manusia yang bergelar remaja. Hal ini kerana majoriti remaja lebih seronok meluangkan masa mereka bersama rakan-rakan berbanding bersama famili di rumah. MasyaAllah!

Walaubagaimanapun, artikel-artikel jenis seperti yang disebut di atas ada buruknya. Melalui artikel tersebut, manusia seakan-akan diasuh jiwanya agar menjadi terlampau suka berharap. Dengan erti kata lain kita seperti diasuh untuk berkawan demi kepentingan kita sendiri sahaja. Berharapkan pulangan yang baik-baik daripada mereka yakni insan yang bergelar kawan. 

Kita berkawan agar kita menjadi orang yang lebih baik. Kita berkawan agar kita mendapat sesuatu pulangan yang lumayan dalam persahabatan. Kita berkawan agar hidup kita lebih terencana. Kita berkawan agar kita tidak kesunyian. Kita berkawan agar kita sahaja yang dapat segalanya. Ohoi! Cantik benar muka kita!

Adilkah begitu? Tidak self-fish kah kita?

Bayangkan, anda seakan menganggap persahabatan itu seperti sebuah perniagaan yang anda seorang sahaja nak untungnya. Sekerasnya-kerasnya saya katakan, ini adalah tidak adil! Dalam bersahabat, kedua-dua pihak sepatutnya mendapat manfaat. Bukan sebelah pihak sahaja. Em.

Namun begitu, sejauh manakah kedua-dua pihak sepatutnya mendapat faedah? Ahah. Kita perlu berhati-hati dalam membuat ta'rifan. Jika kedua-dua pihak mengharapkan manfaat, pasti erti berkawan itu tidak tercapai matlamatnya. Oh, alangkah ruginya!

Oleh yang demikian, amat moleklah untuk kita tahu apa maksud adil. Adil secara umumnya membawa erti meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. Kontranya, jika kita meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya, kita boleh dikategorikan sebagai zalim. Na'udzubillah.

Jadi, apa sebenarnya erti berkawan?

Saya suka mendefinisikan berkawan sebagai berhubung dengan orang lain tanpa mengharapkan balasan. Maksud yang lebih mudah adalah berkawan dengan niat agar kawan kita bahagia. Biarlah kita berasa entah apa-apa asalkan kawan kita itu berasa seronok riang ria gembira. 

Mesej yang ingin diklarifikasikan di sini adalah dalam berkawan perlukan pengorbanan. Kita perlu mendidik diri kita untuk mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri tanpa mengharapkan sebarang bentuk imbalan hatta senyuman sekali pun. 

Ya, saya terpaksa akui. Memang sukar untuk kita tidak mengharapkan etlis sesuatu pulangan dari orang lain. Kita makhluk yang lemah dan sering lupa. Sesungguhnya, Allah jualah sebaik-baik pemberi pulangan di dunia juga di kampung akhirat sana.
Contoh mudah:

"Saya ada seorang kawan. Kami berkawan baik semenjak sekolah menengah lagi. Namun begitu, semenjak kami semakin mengarah ke alam dewasa, kawan saya mula meninggalkan saya. Dia lebih suka keluar bersama kawan-kawan barunya. Saya rasa sedih dan kecewa."

"Khairul ni kawan baik saya. Tapi semenjak dua menjak ni, dia sering membuatkan saya berkecil hati. Dulu dia tak macam ni. Sekarang saya dah mula benci dia. Benci. Benci Benci."

Bila kita berkawan untuk membahagiakan orang lain hati akan menjadi lebih tenang. Secara tidak langsung kita dapat mengikis perasaan pentingkan diri sendiri yang sibuk beranak pinak dalam jiwa kita. Sepatutnya dalam kes di atas, jika benar kita ikhlas dalam berkawan, kita tidak sepatutnya rasa kecewa.

Sebaliknya, kita perlu rasa bangga kerana pernah berkawan dengan dia. Kita juga perlu sama-sama rasa bahagia melihat kawan kita gembira walaupun tidak lagi bersama kita. Wajib kita buang jauh-jauh rasa iri hati yang bertunas dalam diri kita. Ini betul!

Sesungguhnya, orang yang mudah rasa kecewa adalah orang yang sudah berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Kita rasa sedih pabila kehilangan kawan kerana kurangnya kebergantungan kita kepada Allah SWT. Ingat tahu, erti ikhlas adalah berbuat sesuatu hanya kerana Allah taala.

Saya ulang, hanya kerana Allah taala!

Jika benar kita berkawan ikhlas kerana Allah SWT wajarkah untuk kita berasa kecewa dan sedih pabila kita kehilangan kawan? Bukankah kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah SWT? Wajarkah kita seakan-akan mempersoalkan keadilan Allah terhadap makhlukNya? Allah itu Maha Tahu baik yang zahir atau yang batin.

Dan tahukah anda di antara 7 golongan yang di akhirat nanti dinaungi Arasy Allah 2 orang pemuda yang berkasih kerana Allah, dan bertemu dan berpisah kerana cinta akan Allah. Anda rasa kita layak tak? Hm. Entahlah.

Hah, nampak tak apa punca utama kita sering berasa kecewa dalam persahabatan? Punca utamanya adalah kita selalu mengutamakan rakan-rakan berbanding Allah Tuhan Yang Maha Esa. Jika ada apa-apa pasti hak rakan diutamakan. Hak Allah SWT perlu kita buat tak tahu sahaja. Wahai! Ayuh berfikir sejenak atau berjenak-jenak.

Siapa yang memberi rezeki, rakan atau Tuhan? Siapa yang menghiburkan hati kita, rakan atau Tuhan? Siapa yang betul-betul kenal kita, rakan atau Tuhan? Siapa yang sebenarnya lebih dekat dengan kita, rakan atau Tuhan? Sesungguhnya, Allah itu lebih dekat dengan manusia berbanding urat leher manusia itu sendiri. Amat dekat!

Jarang sekali kita fikirkan hak Allah terhadap kita. Hey, Allah yang ciptakan kita dari air mani yang kotor dan hina! Allah jualah yang menaikkan darjat kita dengan ugama Islam. Allah juga yang banyak memberi kita segala mak datuk nenek perihal kebendaan. Namun jarang sekali kita duduk walau seminit cuma, untuk bersyukur dan bertahmid.

Allah yang amat paling sungguh berhak terhadap diri kita. Memang sepatutnya kira akrab dengan Allah SWT terlebih dahulu. Kenal siapa Tuhan kita, kenal mana yang lebih berhak dan yang lebih utama. Dalam pada kita mengutamakan hablum minnallah, jangan pula lupa untuk menjaga hablum minnanas. Kita utamakan Rabb yang Maha Esa tanpa lupakan persahabatan yang sedia ada terjalin. 

Ayuh, mari pantul diri kita. Apakah niat sebenar kita berkawan sama ada untuk kebahagian kita atau untuk kebahagiaan kawan kita. Tidak sempurna iman seorang mukmin sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri (Applicable untuk kawan sejantina sahaja okeh). Wallahu'alam.

( p/s: Err. Tak boleh tidur pula.)

5 comments:

  1. indahnya berkawan, eh, bersahabat kerana Allah. <--- yg ni demi Allah tak tipu.

    thnks

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum~

    thats why i said u are my friend~! ukhuwah fillah. ^___^

    ReplyDelete
  3. salam! terbaik:) memberi "relief" kpd diri sy yg kadang kala berseorangan, kadang kala galak bergelak ketawa bersama-sama sahabat, kadang kala memendam sedih, dan kadang kala sujud kepada-Nya bersama sahabat yg khusyuk di sebelah. kenapa KADANG KALA? sebab sahabat tak perlu SELALU ada di samping kita, tapi akan selalu ada bila tiba saatnya, saat kita memerlukan:)

    ukhwah fillah Penulis Jalanan.

    ReplyDelete