Makhluk Bernama Manusia
Selalu sahaja kita lupa yang mana lebih utama. Antara makhluk dan Tuhan, kita sering terkeliru yang mana dahulu. Secara amnya, makhluk merujuk kepada semua benda yang hidup atau yang mati. Laptop ini makhluk. Belog ini makhluk juga. Kau makhluk. Aku pun makhluk.
Semua pun makhluk kecuali Allah SWT. Setiap ruh terikat dengan kalimah tauhid Lailahaillah. Semenjak di Luh Mahfuz lagi kita telah berjanji taat setia untuk mengesakan Allah SWT. Selagi kita tertakluk kepada kalimah syahadatain kita wajib sembah Allah SWT.
Islam itu juga menuntut kita menyerahkan segala apa yang kita ada hanya untuk Allah SWT. Mengerahkan segala kudrat, mengeluarkan segala wang ringgit, dan berpenat hanya kerana Allah SWT. Beribadat dan beramal hanya kerana Allah SWT.
Kalau tak mahu hidup bertuhankan Allah SWT, nerakalah jawabnya. Nau’zubillah. Sesungguhnya, neraka merupakan seburuk-buruk tempat kembali. Oleh itu, amatlah wajib untuk kita sentiasa mengrefresh niat kita agar hidup hanya kerana Allah SWT.
Manusia Makhluk Yang Amat Awesome
Jika semua pun makhluk, apa hebatnya manusia berbanding makluk yang lain? Hm. Jika dinilai dari segi kepatuhan, makhluk lain juga patuh perintah Allah SWT. Matahari Islam kerana ia patuh pada perintah Allah SWT sebagai sumber cahaya. Kucing juga Islam kerana ia tidak makan burger.
Tidak pernah pula saya dengar kucing tiba-tiba meminta mahu makan Kentucky Fried Chicken. Wahaha. Kerna itu bukan fitrah untuk seekor kucing. So, again what is the difference between mankind and the rest of living creatures?
Manusia makhluk yang sangat awesome kerana akalnya. Manusia diberi pilihan sama ada ingin makan burger atau makan ayam celup tepung. Manusia diberi pilihan untuk memilih syurga atau neraka, pahala atau dosa. Seronok kan?
Dengan izin Allah SWT pilihan itu ada di tangan kita. Tambahan lagi, manusia juga dikurniakan nafsu. Satu elemen yang sentiasa memanggil-manggil ke arah kecelakaan. Menjunam diri kita terus ke lembah kehinaan.
Dengan akal dan nafsu, manusia membuat pilihan yang sentiasa sukar untuk diputuskan. Tidak cukup dengan itu, Allah SWT juga menjadikan hati untuk manusia. Sesungguhnya, dalam setiap manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu baiklah tubuhnya dan begitu juga sebaliknya. Ketahuilah daging itu merupakan hati.
Hati inilah yang menjadi pembimbing jasad manusia dalam kembara hidup bertuhankan Allah SWT. Hm. Okey, manusia ada hati, nafsu dan akal. Tapi itu belum cukup lagi. Allah SWT juga telah mengamanahkan manusia dengan risalah suci al-Quran.
Gunung-ganang pun akan hancur kerna gentar memikul amanah yang ternyata berat ini. Tetapi manusia dengan slumber sahaja menggalas tanggungjawab ini menjadi khalifah di muka Bumi. Awesome betul manusia kan?
Tapi yang paling awesome, tentunya manusia yang menyerahkan jiwa raganya di jalan yang lurus ini. Manusia yang sanggup berbuat apa sahaja agar Islam kembali menjadi Ustaziatul Alam. Manusia yang arif akal fikirannya, unggul fikrahnya dan thabat di jalan yang sumpah panjang ini. Well, itulah bezanya manusia dengan makhluk yang lain. Ada faham?
Secara ringkasnya, dengan adanya hati, akal, nafsu dan takwa serta iman, manusia akan menjadi makhluk yang amat awesome sekali. Tidak hairanlah ada ungkapan yang berbunyi, darjat manusia bukan sahaja boleh jadi lebih tinggi dari malaikat, malah boleh jadi lebih rendah dari iblis laknatullah.
Ini Pelik!
Apa yang paling memeranjatkan jiwa dan raga saya adalah pabila melihat manusia yang ingkar dengan ketetapan yang simple ini. Alangkah! Manusia diperintahkan untuk menyembah Allah SWT sahaja bukan menyembah makhluk.
Namun, ada di antara kita (mungkin juga kita yang sedang membaca ini) yang entah bagaimana rela hidup bertuhankan makhluk. Hadoi! Ya, rata-rata kita mungkin tidak sedar dan ada juga yang terleka dek arus kehidupan yang sungguh menghiburkan.
Terkadang kita menjadi hamba rokok. Pabila stress dengan kehidupan, penawarnya rokok bukan pula ayat suci al-Quran. Terkadang terjadi hamba perut. Bila lapar, segala yang terhidang disumbat ke dalam mulut agar perut berasa gembira.
Terkadang kita menjadi hamba muka buku. Walaupun azan sudah dilaungkan, muka buku juga yang kita dahulukan. Terkadang kita menjadi hamba cerita Korea. Pabila diajak mendengar ceramah, drama Korea itu terlebih dahulu dihabiskan.
Terkadang kita menjadi hamba bola. EURO mampu menjadi pemangkin untuk kita bangun malam, ganjaran qiamulail pula ketepikan. Terkadang kita menjadi hamba tilam dan bantal. Seruan haiya’alasolah terasa begitu berat, sehingga tilam yang empuk sukar ditinggalkan.
Terkadang kita menjadi hamba kawan. Segala tingkah buruk yang mereka lakukan dibuat-buat tak nampak, perintah nahi mungkar itu ditolak bulat-bulat ke tepi. Terkadang kita menjadi hamba pasangan kekasih kita. Kita menjaga hati dan perasaan mereka sehingga terlupa menjaga batasan pergaulan yang ditetapkan syariat Islam. Hadoi!
Jom Jadi Hamba Allah SWT
Pabila kita menjadi hamba Allah SWT. Sepatutnya dan sewajarnya perintah Allah SWT kita dahulukan. Allah itu raja manusia, Tuhan manusia dan sembahan manusia; Ilah Yang Maha Esa. Tiada yang layak disembah melainkan Allah SWT.
Allah SWT sahaja yang layak dan berkuasa merampas dan memberi segala macam kurniaan dan nikmat kepada kita. Hatta nikmat membaca belog ini sekalipun. Ehehe. Jadi, kenapa nak perbodohkan diri kita menghamba abdikan diri kepada makhluk lain?
(p/s: Petang tadi main futsal. Fuh, letihnya.)
No comments:
Post a Comment