Pages

Followers

Monday, June 4

Beri Teguran Yang Sepatutnya Bertarikh 3 Jun

(Maaf. Semalam amat letih pula nak menaip.Hihi)

Bismillahi Arrahman Arrahim

Tersebut lah al-cerita yang di reka-reka...

Saya ada sepasang mata. Saya ada satu mulut dan dua telinga. Siapa saya?
"Haiwan lah!"

Err..Okey..Semula-semula..Heheh..Saya ada sepasang mata. Saya ada satu mulut dan dua telinga.Saya juga boleh bercakap..Siapa saya?
"Haiwan lah"

Why haiwan ?
"Sebab haiwan pon boleh cakap pakai bahasa diorang!"

Heish..Sekali lagi..Saya ada sepasang mata. Saya ada satu mulut dan dua telinga.Saya boleh bercakap.Dan lagi, saya ada hati dan perasaan.Siapa saya?
"Haiwan lah!"

Eit..Awat pulak?
"Sebab ritu ceq tegok nasonal geo gerapik ada mak singa sayang anak dorg..So,mestila dorg ade jiwa yang agak sentimental jugak kan"

Hadoi!Err.Hokay.Ne serius last.Saya ada sepasang mata. Saya ada satu mulut dan dua telinga.Saya boleh bercakap.Dan lagi, saya ada hati dan perasaan.Tapi paling spesel, saya ada akal.Ahah!Siapa saya?
"MANUSIA lah!"

*     *     *

"KAMU (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) KAMU MENYURUH BERBUAT SEGALA YANG PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (al-Imran:110)

Andai ada yang tersilap atau tersalah dengan tidak sengajanya, sudi-sudilah menegur..
Kita semua kan umat Muhammad SAW..
Jangan la hanya gemar bersembang kencang di belakang sahaja..
Mereka ta rugi dan hakikat nya kita lah yang paling amat sungguh rugi berlari berganti-ganti..
Eh? Wihihi..

Terkadang kita khuatir untuk menegur kerana takot kehilangan member..
Tapi perlu tahu kalau ikhlas kita sayang member, kita wajib tegur mereka..
Terkadang juga kita gentar untuk beri tahu kerana takot mereka terasa..
Tapi hakikatnya, itula tujuan memberi tahu..Yakni agar mereka tersentap dan bukan pula merana di hari esok lusa..
Terkadang kita rasa kita lah yang paling betul, sebetul-betul nya..
Tapi perlu ingat, kita semua ialah khalifah, abid dan hamba pada Tuhan Yang Esa dan tiada bezanya kita melainkan nilai mata wang taqwa...

Wallahua'lam

(p/s: Sila jangan menyimpan 'cerita kisah hikayat' sehingga mencecah tarikh luput lamanya..Tegur dengan hikmah (bijaksana) tahu..Buat tanda aman..)

3 comments:

  1. bak angg tu apa? kasar bunyinya. :O

    ReplyDelete
  2. Di atas keprihatinan beberapa orang yang sudi menegur, saya telah meng edit entri ini sdikit..Sekian.

    ReplyDelete