Pages

Followers

Friday, June 15

Er. Anda Pilihlah Sendiri.

Kekecewaan Yang Terpendam
Pemikiran tipikal majoriti masyarakat masa kini agak menyedihkan. Juga mengecewakan. Saya sebagai seorang pemuda, berasa amat terkesan dengan situasi yang melanda. Kadang-kala, ada juga terasa seakan-akan mustahil untuk Islam bangkit semula.


Lihat sahaja diri saya. Em. Penuh dengan erti kegagalan. Amat mengecewakan. Walaupun begitu, saya masih beria-ia mahukan Islam kembali bersinar setelah sekian lama. Banyak perubahan yang saya mahu realisasikan. Saya yakin, insha'Allah, kita semua pun mahukan benda yang sama!

Untuk melihat sistem khalifah kembali tertegak. Untuk melihat syiar Islam dijalankan di seluruh dunia merentas benua. Untuk melihat kita semua (Ya, kita semua!) kembali betul-betul mengesakan Allah SWT, mengabdikan diri hanya keranaNya.

Namun, ini semua terlalu utopia! Khayalan imaginasi peringkat tertinggi. Bagaikan imaginasi indah kanak-kanak yang hidup riang. Lihat sahajalah dengan situasi sekarang. Tidak perlu lihat jauh! Jenguk sahaja di luar tingkap tu. Anda sendiri pasti kecewa dengan realiti kehidupan. Hm.

Contoh mudah: Dahulunya kita semua digemparkan dengan rancangan realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor dan Malaysian Idol. Kemudian, muncul pula rancangan Bintang Kecil. Sekarang, program Kilauan Emas pula tersiar.

Habis! Masyakarat dari segenap umur telah dilekakan dengan sandiwara dunia yang amat menyeronokkan. Er. Juga, tidak lupa kepada program Himpunan Sejuta Belia. Sejuta lagi saudara kita berjaya dilalaikan. “Tahniah!” (Er. Sila jangan politikkan penyataan berani mati ini. Sekian) 

Begitu banyak program yang diadakan. Jika ingin disenaraikan satu-persatu, nescaya entri ini bakal meraih Anugerah Entri Terpanjang 2012. Pasti juga gambar saya akan terpampang di muka hadapan akhbar sambil memegang trofi. Er.

Cahaya Kebangkitan Yang Semakin Terang. Apa Rahsianya?
Tapi walaubagaimanapun, saya tetap yakin dengan janji Allah SWT. Kerana janji Allah SWT, bahawa ugama Islam akan kembali gemilang pasti akan tiba suatu hari nanti. Ya, saya benar-benar yakin! Anda bagaimana?

Lihat sahajalah. Walaupun masyarakat sering didoktrinkan dengan pelbagai elemen-elemen yang merosakkan. Di luar sana, masih ada individu-individu yang sedang berusaha untuk merawat majoriti masyarakat yang semakin tenat. Hasilnya, adalah Fenomena Ajaib Abad Ini.

Tidak kiralah apa pun yang kita faham, saya yakin pasti sahaja kita semua mahukan dan mengimpikan Islam mengungguli takhtanya kembali. Namun, persoalannya, apa usaha kita? Kita tahu itu, ini dan itu. Banyak sangat yang kita tahu. Tapi banyak mana yang kita faham?

Kita mahukan Islam kembali, bukan? Jadi, mari kita tanya diri kita, bagaimana Islam dulunya mampu menjadi ustaz kepada alam. Bagaimana satu agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW menjadi ikutan hampir 2/3 dunia?

Adakah kerana kuatnya tentera Islam? Adakah kerana hebatnya pemikiran cendikiawan Islam?  Adakah kerana makmurnya negara Islam ketika itu? Adakah kerana harta kekayaan yang melambak-lambak di negara Islam?

Ya, mungkin betul. Saya tak boleh nak kata salah. Tapi. Ketahuilah, sesungguhnya kehebatan umat Islam ketika itu berpunca daripada keimanan peringkat tertinggi terhadap keesaan Allah SWT. Tiada Tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah SWT.  


Dalam surah al-Ikhlas, Allah SWT berfirman, maksudnya, "Katakanlah : Dialah Allah Tuhan Yang Satu. Tuhan Yang Maha Esa. Tidak beranak dan tidak pula dilahirkan. Dan tiada sesuatupun yang sebanding denganNya. 

Dakwah nabi SAW ketika 10 tahun di Kota Mekah sendiri, baik secara sembunyi atau secara terbuka, lebih menekankan kepada isu akidah. Yakni, penekanan aspek keimanan kepada Allah taala. Mengtauhidkan Allah merupakan elemen asas yang paling utama. (kredit)

Kita lihat pula kisah Sultan Muhammad Al-Fateh (kredit):

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Jika sebelum ini kita melihat bahawa kehebatan umat Islam pada ketika itu adalah semata-mata kerana kehebatan strategi ketenteraan, kita salah! (Saya berkata begini kerana, biasanya di kuliah-kuliah atau majlis ilmu pasti perkara tentang strategi perang sahaja yang ditekankan. Hm.)

Sebenarnya, kehebatan tentera umat Islam ketika itu dan selamanya adalah kerana ibadatnya. Mengimbuhkan sebuah komitmen yang ternyata tinggi dalam beribadah kepada Allah SWT. Meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan yang paling utama.

Sesi Pantulan Kendiri
Em. Kita yang sibuk bercakap-cakap ni, solat terjaga tak? Berapa kali je solat jemaah kat surau? Kita buat tak solat sunnat rawatib? Selama hidup ni, kita berapa kali je dah bangun solat malam? Orang yang sedang menulis ni, berapa kali je Qiamulail? Hm. :’(

Kalau kita fikir semula, pasti sahaja Sultan Muhammad Al-Fateh akan berasa letih ketika siri penawanan Kota Konstatinopel, bukan? Nak takluk sebuah kota yang sudah lama berdiri kukuh! Ingat boleh main petik jari je ke? Payah kowt!

Tapi berdasarkan cerita yang dipetik tadi, Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah langsung meninggalkan solat tahajud walaupun satu malam! Er. Hebat sungguh! Benarlah, bahawa gelaran sebaik-baik sultan itu memang ekslusif untuk dirinya seorang.

Em. Mungkin ada yang tertanya-tanya, atas dasar apakah yang mungkin mendorong Sultan Muhammad Al-Fateh untuk istiqamah solat malam? Jujurnya, saya pun tidak tahu. Namun, saya amat yakin dan benar-benar pasti! Dorongan utamanya adalah kerana keimanan yang tinggi kepada Allah SWT.

Untuk merealisasikan impian bahawa Islam akan kembali bangkit, memerlukan himpunan jiwa-jiwa yang bersungguh beriman kepada Allah SWT. Mungkin tidak perlu ramai. Sebab dalam perang Badar sekali pun, dengan izin Allah SWT, 313 orang tentera Islam berjaya mengalahkan tentera musyrikin Mekah yang ternyata amatlah ramai bilangannya. (kredit)

Jadi, jom ramai-ramai kita rebut peluang yang terbuka luas ini dalam menjadi hamba Allah SWT, melaksanakan amanat suci ini. Hm. Walau apa pun, pilihan sedia ada di tangan kita. Sama ada, ingin bersama-sama mahu menyertai misi ini atau duduk di tepi sahaja. Anda pilihlah. Saya sudah. 

Wallahu'alam. Sekian.

3 comments:

  1. makin hebat penulisan kamu. cemburu mula terbit. memang terbaik anda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. er.takdelah hebat mane.penulis jalanan je kot.hihi

      Delete
  2. penulisan yang sangat mantap! yep, teruskan dengan penulisan sebigini. anak muda perlu diberikan kesedaran. masyarakat kita semakin lemah.

    ReplyDelete