(Kerana amat susah payah sekali untuk mengumpulkn kita smua dalam satu ruang dalm satu masa untuk bersolat jemaah. Saya, dgn prtolongn Inche Mark Zukebek membawa rancngn beri ingatan ini terus kepada anda. Harap beri manfaat.)
Bismillahi Arrahman Arrahim
Tatkala kita di kolej suatu ketika dulu, semangat kita berkobar-kobar mahu menolong orang di sekitar Kemboja.
Mereka payah, mereka susah.
Lalu, dengan segala kudrat yang sedia ada terpinjam dari Yang Maha Esa, kita sama-sma mengembleng tenaga menjayakan program ini.
"Hoyeah!"
Kita sibuk berseronok serta bersusah-payah membawa al-Quran terus kepada mereka, dengan harapan mereka membaca dan mengambil manfaat darinya.
Kita sayu bertambah sebak melihat mereka tidak mendapat nikmat ber al-Quran dan beralatan aksesori ibadah yang lengkap.
Kita berasa bangga kerana berpeluang masih dapat menghulurkan bantuan meringankan tulang. Kita senyum.
Alhamdulillah!
TAPI alangkah lebih indah dan molek andainya kita juga turut serta membaca al-Quran di kala waktu lapang tak tau nak buat apa. Kan? :)
( p/s: Berapa ramai je di klgn kita yang mmbawa al-Quran utk diri sndri ya? Hmm. )
No comments:
Post a Comment