Bismillahi Arrahman Arrahim
Entri kali ini sebenarnya merupakan himpunan tazkirah ringkas yang tertulis di laman kumpulan muka buku kelab Sehati Serumpun 4.1 (ni la nama kelab bantuan kemanusiaan yang saya sertai) sepanjang seminggu berprogram di Kemboja dan Vietnam.
(Oh, ya. Buat anda yang tak tahu. Sebenarnya, baru-baru ini saya dan seluruh isi kelab telah bertandang di Kemboja dan Vietnam. Kami telah melawat perkampungan Islam di sana dengan misi menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan.)
- Tazkirah Bertarikh 1 Jun Yang Ternyata Pendek
- Taálim Bertarikh 2 Jun Yang Mungkin Sahaja Pendek Juga >.<
- Beri Teguran Yang Sepatutnya Bertarikh 3 Jun
- Taálim Bertarikh 2 Jun Yang Mungkin Sahaja Pendek Juga >.<
- Beri Teguran Yang Sepatutnya Bertarikh 3 Jun
Di kesempatan ini juga, saya dengan kool nya memanjatkan kesyukuran dan ingin memohon ampun maaf jika ada entri yang mengguris serta merobek hati anda, sidang pembaca. Saya hanya menulis dan hakikatnya seratus peratus ilham itu datang darinya dari Allah SWT.
Semoga memori indah nan berbunga yang berputik di sana tidak terlupa dan tidak pula dipersia begitu sahaja. Harapnya kita semua mendapat iktibar dan pengajaran yang ternyata amatlah berguna sekali. Insha'Allah. Di sini, suka juga saya petik satu kata-kata yang amat indah lagi molek isinya:
Hassan al-Basri pernah berkata, “Sesungguhnya ketika aku menasihati kamu bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”
Wallahu'alam. Sekian.
(p/s: Terdapat sedikit perubahan pada entri Beri Teguran Yang Sepatutnya Bertarikh 3 Jun. Tapi isinya tetap sama jangan risau. Hihi.)
No comments:
Post a Comment