Pages

Followers

Friday, June 1

Gerabak Yang Pasti Akan Menang!

Bismillahi Arrahman Arrahim
Merasa pun saya naik bas selama 8 jam tak henti-henti. Hadoi! Apa-apa pun, sekarang dah selamat sampai. Alhamdulillah.

Pagi tadi saya berserta ahli-ahli kumpulan yang lain bersiap-siap untuk ke Vietnam setelah 2 hari berkampung di Hotel Indochine I, Kemboja. Wah! Terasa amat eksaited sekali. Apa kan daya diri ini tidak selalu berjalan-jalan di atas lautan. Wohoho.

Pukul 5 sudah bangun pagi bersiap-siap, mandi-mandi, gosok gigi. Barang selesai di kemas dan tersumbat dalam bagasi yang kurang lebih dari 10 kg. Wihihi. Sarapan tak lagi tapi tak mengapa. Rasa teruja betul-betul mengenyang kan si perut yang seronok benar menyanyi lagu apa entah.

Tepat jam 7 pagi waktu Kemboja, kami berdoploh hempat orang menaiki bas menuju ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Di bahagian hadapan aku duduk. Sedikit belakang dari tempat abang-abang pemandu bas. Cuaca, Alhamdulillah! Tak hujan dan tak pula panas terik.

Pada mulanya perjalanan kelihatan amat lancar walaupun sedikit lewat dari yang dirancang hari sebelum itu. Dalam perjalanan, kami dihadapkan dengan keluh kesah trafik yang tak henti-henti memenuhi ruang jalan. Meriah betul jalan raya di sini. "Pinn! Ponn!" pemandu bas memicit-micit hon di stereng bas berkaler merah.

Saya yang duduk agak terkehadapan amat susah payah sekali untuk tidur. Bising memanjang. Hadoi! Tapi bila melihatkan rakan-rakan yang lain, mereka sudah lama lelap lena dibuai mimpi-mimpi. Tak dinafikan, ada juga yang sedang enak bergelak ketawa dan ada juga yang sedang berborak sakan dengan ustaz Kemboja pemandu arah di keursi sebelah. Er. Saya lah tu. Tunduk. Tersipu malu kucing Parsi.

Melihat mereka nyenyak tidur umpama bayi yang baru letih bermain-main membuatkan saya cemburu buta. Eh. Saya hanya mampu menggaru-garu kepala sambil cuba membilang kambing biri-biri. Ternyata, usaha ini gagal. Hampeh.

Ikhtiar! Ikhtiar! Saya perlu teknik yang berkesan utnuk tidur di kala kebisingan bunyi hon. Tarik nafas panjang-panjang dan hembus pendek-pendek. Wahaha. Terasa segar bugar. Kini, saya langsung tak rasa nak tidur. Saya mengambil beg sandang dan membukanya dengan tertib. Sebuah buku bacaan dikeluarkan.

Wahai! Baca buku. Inilah apa yang dapat saya fikirkan di ketika ini. Nak tidur malas pula. Suasana yang tidak kondusif tidak membenarkan saya untuk memburu lena. Bukan sahaja bunyi hon yang bingit malah kerusi juga sempit untuk saya tidur dengan gaya bebas atau gaya kuak rama-rama. Haish. Peluh kecil.

Beberapa jam kemudian, kami sampai di sebatang sungai apa entah. Bas merah itu perlahan-lahan dan dengan macho nya menaiki feri yang sedia ada menunggu di tepi kali. Saya kembali eksaited! Sudah berkurun lamanya tak naik feri. Hidung kembang kempis.

Ingin sahaja saya melompat di dalam bas sambil berteriak, "Hoyeahh!" Tapi umur sudah mencapai 19 tahun, agak tak matang lah kalau berkelakuan seperti itu. Hihihi. Lihat kiri kanan depan belakang, rakan-rakan yang lain juga sudah bangun dari tidur mereka. Mereka juga setanding eksaited seperti saya.

Setibanya bas Sapaco yang dinaiki kami di seberang sungai sebelah sana, keadaan menjadi sepeti biasa. Muka-muka yang tadinya eksaited kembali normal. Ohoh.

Alhamdulillah. Setelah hampir 8 jam mengharungi jalan raya yang penuh dengan kenderaan. Kemudian terpaksa pula meredah bangunan imegresen. (Al-maklumlah, kami bukan penduduk tempatan kan?) Kami selamat tiba di Ho Chi Minh City lebih kurang jam 2.00 petang waktu Vietnam. Ketibaan kami disambut baik oleh hujan yang renyai-renyai turun berserta pak cik ustaz dari Vietnam.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
 
Wahai! Amat panjang kembara ini. Lamanya apatah lagi. Ada yang menunggang motor seorang diri, ada juga yang menaiki bas beramai-ramai. Namun, semuanya mahu bergegas menuju ke matlamat yang satu. Jadi, walau apa pun wasilah yang digunakan, tujuan kita tetap sama.

Dihadapkan dengan ujian yang beribu itu satu kemestian. Inilah rencah perisa tambahan di atas jalan ini jika kau mengerti. Pantaskah kita berkata kita beriman walhal tidak diuji keimanannya dengan sok sek kehidupan yang pelbagai ragamnya. Saya rasa, tidak.

Walaupun jalan ini amat panjang, tapi itu sudah mesti. Tidak seronoklah jika jalan ini begitu kontot jaraknya. Nak buat apa-apa pun tak sempat. Huh. Lagi satu, walaupun jaraknya panjang dan kelihatan agak membosankan tapi ini semua terpulang kepada individu itu sendiri untuk memanfaatkannya.

Sama ada untuk terus tidur di sepanjang perjalanan atau untuk membaca buku atau bergelak ketawa atau apa-apa sahaja. Ini semua pilihan kita sendiri. Lantaklah kita nak buat apa. Akhirnya nanti, kita semua pasti menuju mati sama ada bersama-sama atau secara solo berkeseorangan.

Masalahnya, bila dah mati, kita tidak disoal ramai-ramai kamu tahu. Kamu buat, kamu tanggung. Saya tulis, anda baca. Wahaha. Jelasnya di sini apa yang saya cuba tekankan adalah tentang perihal kita yang sedang berada di atas jalan yang sumpah panjang ini. Adakah kita benar-benar ingin sama-sama memikul bebannya atau tidak?

Ingat, jika kita tidak bertindak dengan serius pun, Islam pasti akan menang. Islam pasti akan kembali menaiki takhta. Jika kita leka dan lalai Islam tak rugi apa-apa, malah kita lah yang paling rugi aduhai kasihannya. Na'udzubillah min zalik.

Jadi, pintu gerabak sudah terbuka, apa pilihan anda? Kening-kening.

( p/s: Suasana di Vietnam ternyata 180 darjah dari Kemboja. )

2 comments:

  1. mashaallah. ke vietnam kemboja dah. teruskan usaha. :) Kening-kening jugak.

    ReplyDelete