Pages

Followers

Wednesday, June 6

Jangan Cepat Marah, Nanti Cepat Tua!

Bismillahi Arrahman Arrahim

Rumah Ku Syurga Ku,
Kuantan, Pahang Darul Makmur

6 Jun 2012

Ke hadapan saudara Penulis Jalanan di masa hadapan,

Saya harap anda sedang sihat di ketika anda membaca entri ini. Saya di sini, sihat sahaja seperti biasa dan masih kool seperti adanya. Hihi. Tujuan saya memperkenalkan label baru ini (Kawal Marah) adalah sebagai sebuah peringatan untuk diri anda. 

Mungkin anda masih ingat atau sedang pura-pura lupa sambil menggaru kepala. Pada zaman entri ini tertulis dan zaman sebelumnya, anda merupakan seorang yang panas baran. Gemar betul marah-marah secara amatlah tiba-tiba sekali. 

Saya pun tak pasti kenapa. Ramai juga yang kurang senang dengan sikap anda di ketika itu. Tapi apa boleh buat. Benda dah terjadi tak boleh nak diubah kembali.

Alhamdulillah. Semakin hari, anda semakin berubah dan bertambah matang. Tahap api kemarahan anda semakin mengurang dan sikap panas baran itu terhakis sendiri. 

Alhamdulillah. Anda lebih mudah mengawal perasaan. Anda sudah kurang marah-marah. Setiap kali ada yang tidak kena anda akan cuba untuk tidak marah dengan berikhitiar sebaik mungkin.

Namun begitu, setelah melalui beberapa siri pencerahan, anda sebenarnya tidak lah berubah ke arah yang lebih baik. Malah, mungkin sahaja lebih teruk dari sebelumnya. Hadoi! 

Anda sangkakan dengan tidak meluahkan perasaan marah itu perkara yang bagus sebenarnya tidak langsung. Anda sangkakan ikhtiar yang diambil untuk kekal tidak marah itu adalah yang terbaik sebenarnya hampeh.

Wahai,

Sikap pemarah dan panas baran itu satu bentuk jahiliah anda tahu. Ketika anda sedang marah, nafsu lah yang merajai jasad. Bukannya hati, dan bukan juga rasional akal. 

Walaupun sekejap cuma, saat itulah yang akan mencorak masa depan anda sama ada cerah atau gelap. Sebab itu lah saya rasa wajib untuk saya menegur sikap mazmumah anda ini.  

Disebabkan itu, saya, Penulis Jalanan versi sekarang ingin mengambil inisiatif ini untuk menulis beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk anda benar-benar dapat mengawal amarah. 


Bukanlah saya nak kata saya ni lebih baik dari anda. Cuma saya mahukan anda menjalani kehidupan yang lebih baik dari apa yang saya sedang jalani sekarang.

Untuk pengetahuan anda, anda dulunya sering bergaduh dengan kenalan anda. Lebih pedih pabila anda juga sering membuatkan ikhwah anda terasa hati dengan perbuatan anda. 

Oleh sebab itu, saya mahu menegur setiap apa yang salah dan membetulkan apa yang kurang betul. Ini semua adalah untuk mencapai redha Allah SWT.

Dalam kita sibuk menegur orang lain itu dan ini. Jangan pula kita lupa nak tarbiyah diri sendiri yang masih lemah dan hina. Mungkin sahaja kita masih di takuk lama dan Allah SWT sedang menguji iman kita. Wallahu'alam. 

Semoga entri seterusnya yang berlabel 'Kawal Marah' mendapat perhatian anda yang di masa hadapan. Sekian.

Yang benar,
Saudara Penulis Jalanan,
Anda yang dahulu.

No comments:

Post a Comment