Pages

Followers

Sunday, June 3

Taálim Bertarikh 2 Jun Yang Mungkin Sahaja Pendek Juga

Bismillahi Arrahman Arrahim

Kali ini, saya ingin membawa saudara saudari berfikir berjenak-jenak seusai penat lelahnya berjalan-jalan siang tadi.
InsyaAllah.
Hari ini, kampung itu kita jelajahi.
Seantero kampung diteroka mencari manusia yang susah payah lagaknya.
Di situ, di sana, di sini.
Melihat mereka yang dalam keadaan begitu membuat hati ini bergetar sebak sedikit ingin meneteskan air mata.

Tapi aku menahan!

Khuatir air mata ini bakal menjahanamkan tembok keegoan dan kemachoan yang sedia ada teguh dalam sanubari.
Lantas, hati pula sibuk bergosip tatkala mata sibuk betul menyaksikan segala yang ada.
Saya tertanya, 'Kenapa masih pantas mereka tersenyum walau dirudung seribu satu juta masalah?
Jika aku lah di tempat mereka, pasti sahaja aku memberontak ingin kan lagi nikmat harta kebendaan.' 
Aku konpius lagi keletihan.

Namun, datang pula sang ilham menenteramkan hati yang kebingungan.
Mungkin sahaja, selama ini kita terlalu dimanjakan dengan nikmat kesenangan.
mungkin sahaja, hingga saat ini kita selalu di suap manja oleh nikmat kebendaan.
Mungkin sahaja, terlalu lama kita diperam di dalam nikmat kekayaan.
Sehinggakan, kita lupa siapa Tuhan.
Sehinggakan, kita lupa erti sebenar kesyukuran.
Sehinggakan, kita lupa tujuan.
Sehinggakan, kita lupa dan leka dan lalai dan alpa dan cuai dan lena terbuai oleh mimpi-mimpi dunia oh indah sekali.

Bersyukurkah kita selama ini?
Cukupkah dengan hanya lafaz tahmid, Alhamdulillah ?
Macam mana pula kualiti amal harian kita?
Bagaimana pula dengan cara kita membelanjakan Vietnam Dong (VND) dan US Dollar (USD) dan Ringgit Malaysia (MYR) yang tiba-tiba sahaja terasa banyak di tangan?
Ke mana habisnya duit tersebut?
Tahukah kita, setiap apa yang dibelanjakan akan disoal bulat-bulat di mahkamah masyar nanti?
Eh, kita tak tahu ke?

Hm.Entah lah. Wallahuálam.

(p/s: Agak-agaklah kan berapa banyak USD, MYR dan VND kita terhabis untk menuntut keredhaanNya..sob..sob..tetiba terasa insaf..)

No comments:

Post a Comment