Nama gua Taiko. Gua harap lu semua sehat-sehat dan rajin qiam malam-malam. Qiam untuk ibadat tahu, bukan qiam tengok Manchester United menang 3-0. :P
Hari ni gua ade satu story nak bagi tahu lu orang. Benda ni berlaku 2-3 minggu sudah. Tapi gua baru teringat nak post kat blog sempoi gua ni. Kalau lu perasan la, gua dah 2 bulan jadi warga Kolej MARA Banting (KMB). Gua bukan nak kerek sangat pon, gua nak share pengalaman gua je.
Bila lu atau any relative lu masuk KMB, that person itself kompem kena buat extenal CAS (EC). External CAS ni benda alah apa plak en? Cam mengarut je. Okay. Cakap senang, benda alah ni macam an activity yang ada kaitan dengan masyarakat la. In our case, masyarakat PDK ngan orang asli.
But wait! PDK tu ape bro? Klik link DI SINI. Lu baca la sendiri. :)
Group aku kena EC dekat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kajang. First time kowt, gua, seorang taiko versatile, ganas dan sedikit beradab kena berkhidmat kat tempat-tempat cenggini. Gua memang agak angin gak ah kan. Gua belajar tinggi-tinggi tapi kena hantar kat tempat macam ni.
Ceh, ayat bajet giler kowt. Muahahaha. xD
Sampai-sampai je, gua kena sambut dengan warga PDK Kajang. Kat sini adalah brader and sistah yang down sindrome, hyperactive and so on. Taiko dorang ialah Puan Yun. Dan aku amatlah tersentuh bila seorang taiko berkata,
"Kami kat sini tolong jaga....bla..bla...bla.. sebab mereka semua ni (yang terbabit sahaja) dah confirm masuk syurga. Mudah-mudahan kami dan orang yang berbakti kat sini pun dimudahkan urusan untuk ke syurga."
Kat sini gua paling tak boleh blah dengan satu brader ni. Nama dia Safwan kot, warga yang hyperactive. Serious gua tak tipu! Kebetulan time gua ngan konco gua datang, dorang semua tengah practice persembahan dikir barat untuk satu dinner amal.
Gua duk perhati sorang-sorang kat situ. Heish. Ada ke yang boleh buat persembahan? Agak skeptikal di situ. Maafkan diri ini yang tetiba paras ego melepasi aras maksimum. =.='
Tapi gua duk dengar-dengar penjaga kat sana sembang. Dorang cakap brader Safwan ne pandai main percussion. "WOW!" gua agak kagum ah. Gua nak main ketuk-ketuk pun tak berapa nak bunyik. 180 degree, gua punya perception tentang diorang berubah. Gua malu sendiri.
Apa yang gua nak tekan kan kat sini, adalah Allah, tuhan kita dah jadi kan manusia tu sebaik-baik kejadian. Lu orang tak payah nak sibuk-sibuk menggedik nak merendah-rendahkan diri dengan kadar yang terlalu. Everybody has their own super special ability la der.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
Bahasa yang agak berlainan telah digunakan menerusi entri ini. i hope the real message i want to convey are explicitly receive by you. Bye.
p/s: Sekarang fasa ke-3 Ramadhan. Em. Perlu menggunakan saki baki hari (peluang) yang ada sebaik-baiknya. Kerna tahun depan tak tentu lagi akan ketemu. Jom super gandakan ibadah. Iosh! xD
dengan aku aku sekali terharu bace post nii...
ReplyDeletesubhanallah! pengalaman yang sgt hebat! :)
ReplyDelete