Assalamualaikum w.b.t.
Aku harap korang semua tersenyum dan terus tersenyum. Tadi aku pergi solat sunat tarawikh. Korang pergi tak? O.o Em. Kalau kat area rumah aku, jemaah yang memenuhi surau memang ramai. Kecik, tua, muda, remaja, belia benci dadah semua ada. Memang seronok. :D
But there's one problem.
Berdiri tegak dan bersedia menghadap Rabb Yang Esa. Aku mengkhusyukkan diri mengangkat takbir dengan penuh rasa rendah diri. Then, suddenly "BOOOOOM!" Kedengaran bunyi mercun yang begitu 'lunak' dan kurang ajar. Fokus aku terganggu. Segala perkataan ekstrem yang aku belajar selama 18 tahun tiba-tiba memenuhi ruangan pemikiran aku.
'Kurang ajar betul la budak ni. Tak ada tempat lain ke nak main mercun.' <---- Ni ayat paling baik aku boleh kasi. =.='
Kadang-kadang aku pelik, apa yang best sangat main mercun ni? Korang ada tak any reason yang dapat membuatkan hati aku melonjak-lonjak untuk bermain mercun? Bagi aku, tiada sebab yang jelas untuk seorang manusia bermain mercun. Especially time orang tengah sibuk 'online' dengan Allah.
Selesai tarawikh aku pantas beredar. Otak aku ligat memikirkan tentang mercun. Kenapa mercun itu tidak diharamkan seperti rokok? Mercun itu berbahaya. Mercun itu membuang duit dan masa. Monolog dalaman dengan jiwa yang separa memberontak.
Aku teringat kali terakhir aku bermain mercun. Member aku panggil mercun ketupat silinder. Bunyinya amat mengkagumkan. Dan aku juga seronok bermainnya. Sehinggalah suatu hari, aku dimarahi oleh Ayah. From that very moment onwards, aku tak main mercun dah. Aku dah insaf.
So, apa sebab orang nak main mercun? o.O
"Sebenarnya saya mercun sebab nak bergembira dengan kawan saya je."
Gembira? Seriously. Aku rasa korang tak faham maksud gembira yang sebenar. Meh, aku share satu analogi yang agak indah. Bayangkan, korang pergi ke kedai 7Eleven dan membeli topup Celcom bernilai RM50. Tanpa membuang masa, anda terus menggores kad topup tersebut dengan rasa teruja yang maksima. Anda berjaya! Nombor kod itu jelas kelihatan. Setelah memasukkan no kod tersebut dan menekan button send, tertera di skrin, "Tahniah! Anda baru sahaja selesai topup. Sekarang baki akaun anda adalah RM0.00".
Apa perasaan korang? Gembira? Bahagia? Duhhhh. Mesti la bengang kan? Tapi time korang menyalakan sumbu mercun, campak ke udara dan mercun itu meletup, kenapa anda berasa gembira? Bukan dapat apa-apa pun. Like seriously! Apa korang dapat dowh?
"Saya rasa gembira sebab bunyi mercun tu kuat sangat. I like."
Bunyi mercun tu kuat? Maybe kuatlah jugak TAPI bunyi mercun tu tak ada lah lama sangat. Paling lama pun 2 saat je bertahan. Adakah korang suka akan nikmat yang berbentuk sementara? C'mon lah. Gua rasa nikmat pergi melabur dalam tandas tu lagi best kot. Free of charge! Rasa lega pun long lasting. Korang apa de hal? Main mercun pun nak gembira. =.='
"Disebabkan mercun tu bunyik sekejap lah kitorang main mercun banyak-banyak."
Ceit. Tak habis lagi ke? Ooooookay. Satu hari paling banyak, berapa korang main? Aku bajet korang main seratus lah paling banyak pun. Yeala. Nak main banyak-banyak, takut habis stok pulak. Plus, duit raya pon tak collect lagi kan. Then, Emak selalu pesan, membazir tu amalan syaitan. So, kena pandai saving. Betul tak?
Back to the main thingy. Agak-agak 100 kali 2 berapa? Korang kan pandai math. Cepat jawab!
"200 saat!"
200 saat bahagi 60?
"Em. 3 minit lebih-lebih."
Adakah korang rasa itu sebagai lama? Shoot! Tak ada lah lama sangat. 3 minit jea pun. Kesian aku tengok korang. Kesian seperti baru sudah menonton filem kat TV3. Klise dan menyedihkan. Okay. Sorry. Tiada berkaitan.
Last words from me, harap-harap kalau korang memang nekad nak main benda alah mercun ni, korang main lah kat tempat lain. Jangan ganggu jemaah yang sedang 'online'. :)
'Till next post. Thank you.
p/s: Mercun = Damn annoying thing! =.='
seriously....that was true...!!well..aku pon pernah maen mercun mase kecik2 dulu...maybe sebab dah matang...aku terfikir bahawa mercun nie sememangnya satu pembaziran...diulangi PEMBAZIRAN...!!aku pun tak kisah kalau ada yang nak main mercun...setahun sekali dikatakan...but,at least,respect la orang yang nak sembahyang terawikh tuh...aku pun sembahyang gak...tak pernah nak kusyuk sebab mercun yang diorang baling tuh aku boleh agak-agak dalam berapa kaki la..dekat tuh..!!lau nak main gak..please lah...not at the surau atau masjid...carilah tempat lain...lau dapat bala,korang sendiri lah yang jawab.....aku kalau nampak budak yang putus jari sebab mercun..first thing i want to tell...serve you right...tapi of course la mintak bantuan...dalam paper selalu sebut sal putus jari...mungkin tak de effect kat diorang...xpe lah...biarlah kena batang hidung sendiri...baru tahu apa rasanya....
ReplyDeletehuraian kau utk each reason sumpah lawak gila! HAHAHA
ReplyDeletekau mesti mempunyai zaman kanak2 yang malang, en ? ayah tak kasi maen bagai. tu pasal kau condemn sngat dak maen mercun nie. haha. :P
ReplyDeleteaisehmen..nape mesti saya sokong pendapat anda????
ReplyDeleteabsolutely..betul lah..!! 101 % setuju!! tolong la kesian kat pemilik2 jantung wahai pemain2 mercun sekalian....lemah semangat eden jadinye...adoi =.="