Pages

Followers

Friday, August 5

TETAMU RAMADHAN?

Assalamualaikum w.b.t.

Hai, semua manusia pembaca. Aku harap korang masih mampu senyum lebar-lebar sambil membaca entri sulung di bulan Ramadhan ni. Hari ni aku nak ajak korang berfikir dengan aku.­ Dah sedia? Cepat! Jawab soalan ni: “Kita tetamu Ramadhan atau Ramadhan tetamu kita?”

Anda pening? Confuse? Keliru? Okay. Rilek lu. Meh, kita sama-sama faham erti tetamu. Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain samada dijemput atau tidak dijemput.

So, dari pandangan minda korang kan, agak-agak sape yang datang kat sape? Ramadhan datang kat kita atau kita datang kat Ramadhan? Ketahuilah walaupun kita tak berniat nak berjumpa dengan Ramadhan, Ramadhan akan tetap datang seperti yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Nyata di sini, Ramadhan sepatutnya dianggap sebagai tetamu VVVIP kepada kita sebagai muslim yang sejati. Rugilah muslim yang membenci kehadiran bulan ni. Betul tak?

Dan tetamu ni terbahagi kepada dua kelompok pulak.
1. Tetamu yang diundang- manusia yang di ajak atau di jemput singgah ke rumah kita.
2. Tetamu yang x diundang- manusia yang tiba-tiba datang kat rumah kita.

Depending on the person itself, ada orang akan anggap Ramadhan ni sebagai tetamu yang diundang dan of course akan ada minoriti menganggapnya sebagai tetamu yang xdiundang. Na’uzubillah. Tapi kita kena tahu. Melayan tetamu yang datang adalah sesuatu yang wajib.

Cuba anda bayangkan…

Anda telah singgah ke rumah sahabat anda. Anda masuk dan terus ke dapur untuk menyiapkan sedikit makanan dan minuman. Seterusnya, anda menghidangkannya dan melahapnya bersama sahabat anda. Then, setelah selesai makan dan minum, anda membasuh pinggan mangkuk yang digunakan dengan bersungguh-sungguh, bersalaman dan terus beredar pulang.

Eh, tak pelik ke?

Anda adalah tetamu tetapi anda pula yang terpaksa bertungkus-lumus melayan tuan rumah. The concept is certainly not right. Sebetulnya, tuan rumah lah yang perlu melayan tetamu dan bukan sebaliknya.

Logik akalnya, kita lah yang bertanggungjawab melayan (menghidupkan) Ramadhan dengan cara beribadat. Kita lah yang kena bertungkus lumus menyambut dan meraikannya bukan sekadar membiarkan tetamu itu berlalu pergi tanpa sebarang endah.

Dapat kita sama-sama simpulkan kat sini bahawa kita perlu berusaha untuk menghayati bulan yang mulia ni. Janganlah just mengharapkan bulan Ramadhan ni datang untuk mentarbiyah kita tapi berusaha lah untuk mengtarbiyah diri sendiri melaluinya.

Jom jom! Kita hayati bulan Ramadhan, bulan padat dengan barakah berganda-ganda.

Eh eh, jap! One last simple reminder question for you guys. Tatkala azan Maghrib berkumandang, yang mana satu terlintas kat hati korang?
(a) “Yeay! Dah berbuka! Sikit je lagi then dah raya. Yeay!” atau
(b) “Eh, dah berbuka ke? Alamak, cepatnya Ramadhan kali ni.”

Renung-renungkan, jangan sampai termenung. Bye. :)

p/s: for those bloggers I’m following; im sorry for not leaving any comment in your entries lately. Internet kat sini lambat. Hanya sesuai untuk meng‘update’ blog sahaja.

1 comment: